Suka atau tidak, kita harus akui bahawa iPhone merupakan antara telefon pintar yang paling popular di dunia.

Malah penggunanya di negara kita sahaja begitu banyak sekali. Dengan lambakan iPhone yang silih berganti setiap tahun bertukar model pastinya kedai membaiki telefon jenis ini juga tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan.

Sebagai pengguna mungkin kita tak berapa arif tentang perkakasan hardware atau perisian iPhone. Bila berlaku kerosakan kita memang akan blur dan berserah sepenuhnya kepada kedai untuk membaikinya.

Tapi tahulah anda potensi anda untuk kena ‘ketuk’ harga melampau tinggi cukup besar jika anda menghantar membuta-tuli? Seorang pengguna Twitter yang juga mempunyai kepakaran membaiki telefon pintar, @manroux_ telah melakukan perkongsian bebenang cukup menarik.

BACA: Tip Untuk Panjangkan Jangka Hayat Bateri Telefon Bimbit Anda!

Dia berkongsi tip tentang 5 kerosakan asas iPhone yang wajib penggunanya tahu untuk elak daripada kena tipu. Jom ikuti perkongsian beliau di bawah:

IKLAN

1. Handphone terpadam atau tidak boleh hidup

Elak Jadi Mangsa ‘Ketuk’ Kedai Telefon, Ini 5 Kerosakan iPhone Yang Perlu Anda Tahu

Ini antara kerosakan biasa berlaku pada iPhone. Kejadian tipu customer biasanya berlaku bila kedai cakap bateri atau board ada masalah. Sedangkan hanya ribbon yang longgar. Anda hanya perlu tekan semula dan ia boleh hidup seperti biasa. Ia mungkin berlaku sebab handphone terjatuh atau sebagainya.

2. iPhone caj tak masuk

Elak Jadi Mangsa ‘Ketuk’ Kedai Telefon, Ini 5 Kerosakan iPhone Yang Perlu Anda Tahu

IKLAN

Kedai kaki ‘ketuk’ biasa akan cakap charging port atau plug in rosak. Lalu minta anda tukar baru, harga pun ketuk. Sedangkan jika dibersihkan dalam charging port (lubang dekat tengah dalam gambar) anda boleh caj seperti biasa.

3. Glass back camera hilang/pecah/crack 

Elak Jadi Mangsa ‘Ketuk’ Kedai Telefon, Ini 5 Kerosakan iPhone Yang Perlu Anda Tahu

Kedai ‘kaki ketuk’ akan suruh anda tukar body. Alasannya sebab ianya kena tukar semua sekali. Walhal anda boleh saja tukar lens semata.

IKLAN

4. iPhone tak boleh touch 

Elak Jadi Mangsa ‘Ketuk’ Kedai Telefon, Ini 5 Kerosakan iPhone Yang Perlu Anda Tahu

Anda boleh guna cara force restart sendiri (tekan power button + home button serentak dalam 5 saat). Kemudian, nanti akan keluar logo Apple dan boleh touch macam biasa. Kebanyakan kedai akan cakap LCD atau digitizer problem, tapi sebenarnya tidak.

5. Kamera depan atau belakang gelap

Elak Jadi Mangsa ‘Ketuk’ Kedai Telefon, Ini 5 Kerosakan iPhone Yang Perlu Anda Tahu

Mungkin ribbon camera (rujuk gambar) iPhone anda tercabut. Masalah ini biasa berlaku sebab ia longgar atau tercabut. Jadi sebenarnya bukan kamera yang rosak. Oleh itu lebih baik anda periksa dulu jangan terus cakap nak tukar kamera.

Semoga perkongsian dari saudara @manroux_ ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI