Ikan merupakan antara sumber protein yang sering diambil oleh kita dalam diet seharian. membekalkan sumber protein yang baik, ikan menjadi sebahagian daripada deit paling popular di negara kita.

Dengan sumber alam seperti laut dan sungai, kita cukpu beruntung kerana dapat menikmati pelbagai jenis spesies ikan sebagai juadah.

Namun terdapat beberapa jenis ikan terutamanya dari laut yang mengandungi logam berat merkuri. Buat pengetahuan anda, merkuri merupakan antara elemen yang boleh ditemui di dalam laut, tasik dan sungai akibat pencemaran alam.

Apabila elemen merkuri ini tercampur di dalam air ia akan bertukar menjadi methyl mercury. Ia menjadi masalah apabila bahan kimia ini turut berada di dalam beberpa jenis ikan.

Walaupun ia dalam kuantiti yangh rendah namun jika diambil secara berlebihan ia boleh menyebabkan keracunan kepada sistem saraf manusia.

Menerusi satu perkongsian posting di Facebook Public Health Malaysia dinyatakan beberapa jenis ikan yang telah dikenal pasti mengandungi kandungan merkuri yangh tinggi. Jenis-jenis ikan berikut ialah;

IKLAN
  • Tilefish

Elak Makan Ikan Mengandungi Tinggi Merkuri Ini Jika Tak Mahu Kena Penyakit Saraf

  • Ikan todak

Elak Makan Ikan Mengandungi Tinggi Merkuri Ini Jika Tak Mahu Kena Penyakit Saraf

  • Ikan jerung

Elak Makan Ikan Mengandungi Tinggi Merkuri Ini Jika Tak Mahu Kena Penyakit Saraf

IKLAN
  • Ikan markerel

Elak Makan Ikan Mengandungi Tinggi Merkuri Ini Jika Tak Mahu Kena Penyakit Saraf

BACA: Tip Menu Air Barli Untuk Turunkan Kolesterol & Berat Badan, Wanita Ini Kongsikan Cara!

Disebabkan kandungan merkuri yang tinggi pengguna dinasihatkan untuk mengurangkan pengambilan ikan-ikan tersebut. Jika anda nak makan juga janganlah ambil berulang kali dalam sebulan.

IKLAN

Golongan yang perlu elak sama sekali ikan-ikan ini ialah ibu hamil, menyusu badan dan juga kanak-kanak.

Elak Makan Ikan Mengandungi Tinggi Merkuri Ini Jika Tak Mahu Kena Penyakit Saraf

Dalam gambarajah yang dikongsi anda boleh lihat jenis-jenis ikan yang selamat dimakan tanpa mengikut masa.

Ikan & hidupan laut selamat dimakan

  • Salmon
  • Pollock
  • Tiram

Boleh dimakan beberapa kali seminggu

  • Trout
  • Tuna

Hanya boleh dimakan beberapa kali sebulan

  • Jerung
  • Todak
  • Markarel
  • Tilefish

Jika anda sedang mengamalkan diet dan menggunakan ikan sebagai sebahagian daripada menu anda silalah berhati-hati. Begitu juga buat anda sebagai pengguna konvesional makanan ikan dalam kehidupan seharian.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI