
Terdapat banyak perkongsian pengalaman suami menemani isteri di dewan bersalin. Ketika inilah suami kena kuat semangat untuk membantu isteri melahirkan zuriat yang dikandung selama sembilan bulan sepuluh hari.
Apatah lagi pada ketika ini, isteri berdepan dengan kesakitan dan bertarung dengan nyawa demi untuk melahirkan anak dengan sempurna.
Seorang pengguna Twitter, Milin Mieshalkaliesh berkongsi pengalaman menemani dan memberi sokongan kepada isterinya di dewan bersalin yang boleh bakal bapa jadikan rujukan seandainya satu hari nanti anda berdepan dengan situasi yang sama.
Semoga dengan perkongsian ini memberi bakal bapa persediaan untuk anda melalui momen terindah bagi seorang suami bergelar ayah.
BACA: Selain Datangnya Wanita Seksi Semasa Isteri Hamil, Ini 5 Waktu Suami Diuji
Pasrah dengan isteri ketika contraction
Boleh ramal contraction guna graf
BACA: Bila Suami Layan Isteri Bercakap Rupanya Boleh Buat Otak Bergeliga!
Beri isteri kata-kata semangat
Setiap kali wife nak push, tolak sama belakang wife
BACA: Cium Ketiak Suami Selepas Pukul 6 Petang Boleh Jadikan Isteri Awet Muda
Manipulasi Semula Scammer, Jangan Sampai Anda Yang Tertipu & Rugi!

Saban hari, kisah orang kita ditipu scammer bagaikan tiada kesudahan. Dalam sebulan, mesti ada sekali-sekali kita terbaca, guru/ warga emas/ penjawat awam & swasta/ mahu pun penganggur mengalami kerugian yang cukup besar nilainya.
Bagi yang belum pernah terkena atau menerima panggilan daripada scammer, ini antara perkara yang perlu tuan-tuan dan puan-puan tahu :
1. Guna spoofing
Scammer biasanya akan menggunakan sejenis alat yang dipanggil ‘spoofing’. Dengan menggunakan ‘spoofing’ ini, jika sang scammer menghubungi telefon bimbit anda, nombor yang tertera adalah nombor sah misalnya milik bank negara atau balai polis namun realitinya, panggilan itu akan disambungkan kepada sang scammer.
Oleh sebab itu jika selepas mereka memutuskan talian telefon dan kita menghubunginya semula nombor terbabit, pihak yang lain akan menjawab dan pastinya mereka juga akan terpinga-pinga tidak tahu apa yang sedang berlaku.
2. Buat panggilan rawak
Scammer ini juga sejenis makhluk yang akan membuat panggilan secara rawak dan popularnya, talian itu akan disambungkan ke telefon rumah atau pejabat yang sukar mengenal pasti apakah nombor yang sedang masuk.
Yang merisaukan, jika talian ini sampai ke rumah ibu bapa, saudara-mara, atuk dan nenek atau orang-orang tua yang langsung tidak mengetahui tentang bahaya serta modus operandi scammer ini. Sudah tentu mereka antara yang mudah terdedah kepada risiko untuk menjadi mangsa.
3. Dengar suara operator
Kebiasaannya, apabila panggilan yang diterima itu kita angkat, kita akan mendengar suara mesin operator yang akan bercakap terlebih dahulu. Misalnya, panggilan dibuat daripada Mahkamah Tinggi Klang, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Tujuan nama-nama besar ini dipetik sudah tentu kerana mahu menakutkan orang awam dan mereka yang tidak bersalah pun, mungkin akan menjadi panik secara tiba-tiba kerana itu adalah lumrah manusia biasa. Perasaan takut menyelubungi diri secara tiba-tiba. Andai kata selepas ini tuan-tuan dan puan-puan ada menerima panggilan sedemikian, terus tetapkan dalam kepala, itu adalah scammer.
Putuskan sahaja panggilan
Di akhir pesanan suara itu, penerima panggilan biasanya akan terdengar ‘perempuan itu’ berkata, sila tekan ‘0’ untuk bercakap dengan pegawai kami dan jika itu yang berlaku, putuskan sahaja panggilan dan teruskan rutin harian tuan-tuan dan puan-puan. Kita ada banyak lagi kerja yang hendak dibuat.
Jadi sebagai anggota masyarakat yang prihatin dan tidak mahu perangai busuk mereka terus menular atau lebih ramai lagi yang akan menjadi mangsa, apa yang perlu atau boleh kita buat? Secara peribadi, cadangan penulis cukup mudah iaitu :
1. Hebahkan modus operandi ini
Kongsikan tentang hal ini. Banyakkan bersembang dengan mereka yang tidak terdedah kepada media sosial, akhbar mahu pun saluran TV terutamanya warga emas yang bersendirian. Dalam erti kata lain, kalau ada terjumpalah, alang-alang bertegur sapa.. apa salah buka topik ini untuk pengetahuan mereka.
2. Buang sikap cepat takut
Kenali diri kita secukup-cukupnya dan sebaik-baik mungkin. Buang sikap ‘cepat takut’ dan ‘gabra’ kecuali hanya untuk Allah S.W.T. Hal ini kerana dengan adanya sikap sedemikianlah, scammer lagi seronok memperdayakan mangsanya.
Jika tahu diri itu bersih, tidak bersalah dan tiada membuat sebarang tindakan yang melanggar undang-undang, kenapa perlu takut tak pasal-pasal semata-mata mendengar perkataan POLIS, SPRM, MAHKAMAH dan sebagainya? Mereka itu rakan kita bagi orang yang baik.
3. Bertindak bijak
Jadi bijak. Jangan dedahkan sebarang maklumat diri seperti nombor kad pengenalan, nombor akaun serta ‘CVV’nya atau apa-apa sahaja. Tanyakan semula kepada scammer itu, “Awak yang hubungi saya.. tentu awak ada maklumat tentang saya..” Mereka pasti gagal menjawab dan akan terkantoi di situ.
4. Sedar ruang dan masa
Lihat hari dan waktu. Jika di luar waktu bekerja atau pun pada hujung minggu, nama-nama itu yang disebut, pasti ada sesuatu yang aneh dan tidak kena. Seperti apa yang pernah saya katakan sebelum ini, letak sahaja telefon dan sambunglah kerja atau urusan anda yang lebih penting dan bermakna.
Semoga dengan tip yang dikongsikan ini mampu memberikan manfaat kepada ramai pihak dan marilah kita hapuskan scammer yang bermahajaralela di negara ini. Yang penting, jangan biar diri tertipu.
Anda ada kisah tentang scammer jahat ini? Apa yang anda lakukan? Ceritakan di ruangan komen!!
Menangi Pas Tayangan Perdana ‘Spider-Man: Far From Home’ Percuma Bersama MASKULIN!

Adakah anda masih terkesan dengan kesimpulan tragis dan penuh keperwiraan daripada filem ‘Avengers: Endgame’?
Selepas pemergian Tony Stark (Iron Man) dan persaraan Steve Rodgers (Captain America), Marvel Cinematic Universe (MCU) kini berdepan cabaran baru untuk meneruskan legasi mereka. Selepas berjaya menamatkan riwayat Thanos dan mengembalikan semula keamanan dunia, apakah yang akan terjadi kepada adiwira yang lain?

Adakah dunia akan pulih daripada kesan psikologi serta keamanan yang diragut oleh Thanos sebelum ini? Kesemua ini mungkin akan terjawab menerusi filem ‘Spider-Man: Far From Home’ yang juga merupakan filem terkakhir fasa ketiga MCU.
Selepas ‘dihidupkan’ semula dalam filem terdahulu, Spider-Man (Peter Parker) kembali meneruskan kehidupan normalnya sebagai seorang remaja. Namun kematian Tony Stark yang betindak sebagai mentor dan figura seorang bapa dalam hidupnya benar-benar memberikan kesan mendalam terhadap Peter Parker.
Dalam filem terbarunya ini, Peter Parker yang dalam proses untuk menerima hakikat dengan pemergian Tony cuba mengalihkan perhatiannya dengan melakukan aktviti normal sebagai seorang pelajar.

Peter bersama rakan-rakan sekolahnya mengikuti rombongan sambil belajar ke Eropah. Namun ketika berada di luar negara dia telah didatatangi oleh orang kuat S.H.I.E.L.D, Nick Fury.
Namun Nick Fury tidak keseorangan kerana dia tampil bersama dengan seorang yang memiliki kuasa hebat dikenali sebagai Mysterio atau nama sebenarnya, Quentin Beck.
Kemunculam grup dikenali sebagai Elementals telah menggangu-gugat ketenteraman penduduk di Eropah. Namun adakah segalanya hanya semudah menewakan mereka sahaja atau ada perkara tersembunyi daripada Peter Parker yang bakal memerangkapnya?

‘Spider-Man: Far From Home’ akan mula ditayangkan di seluruh negara bermula pada 3 Julai 2019. Kepada anda pengikut setia filem-filem Marvel pastinya tak mahu terlepas menyaksikan filem hebat yang dibintangi oleh Tom Holland, Zendaya, Samuel L. Jackson, Jake Gyllenhaal, Cobie Smulders dan Jon Favreau.
Ingin menyaksikan filem ini secara PERCUMA pada tayangan perdana bersama MASKULIN?
Sertai peraduan tayangan perdana MASKULIN x ‘SPIDER-MAN: FAR FROM HOME’!
Tarikh tayangan: 2 Julai 2019 (Selasa)
Lokasi: GSC 1 Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor
Masa: 8:30 malam
Kami juga ingin memberikan hadiah eksklusif ‘Spider-Man: Far From Home’ kepada anda?
- T-shirt ‘Spider-Man: Far From Home’
- Cable organizer ‘Spider-Man: Far From Home’
- Patung figurin ‘Spider-Man: Far From Home’
- Topeng mata ‘Spider-Man: Far From Home’
- Pelekat luggage ‘Spider-Man: Far From Home’
- Tag luggage ‘Spider-Man: Far From Home’
- Cover pasport ‘Spider-Man: Far From Home’
- Bantal leher ‘Spider-Man: Far From Home’
Nak tahu bagaimana cara nak menang?
- Muat naik foto atau video di Instagram bertemakan MASKULIN & Spider-Man dengan cara paling kreatif.
- Sertakan kapsyen paling menarik berserta hashtag #MajalahMaskulin #SpidermanMaskulin.
- Pastikan akaun anda public. Pemenang akan dihubungi oleh pihak MASKULIN.
- Tarikh tutup 1 Julai 2019.
Jangan Marah Kalau Suami Curi-Curi Peluk Dari Arah Belakang, Sebaliknya Nikmatilah!

Saban hari kerana terlalu banyak dan sibuk dengan urusan pekerjaan, amalan suami isteri peluk-memeluk semakin pudar.
Paling kurang pun cium tangan dan dahi sebelum ke tempat kerja. Tambah-tambah pula bagi yang dah ada anak, memang tak cukup masa.
Namun begitu sebagai suami yang romantik dan takkan curang dengan isteri, amalan peluk-memeluk isteri ini harus dijadikan sesuatu yang wajib.
Ini kerana semasa pelukan terjalin, banyak manfaat yang suami isteri akan terima seperti :
1. Mencegah Stres
Ketika tidur dengan seseorang yang anda cintai, ini boleh membantu meringankan fikiran dan mengurangkan tahap stres. Apatah lagi jika akhirnya anda tidur berpelukan dan bercinta, manfaatnya boleh menjadi lebih dari itu. Ini kerana pelukan dapat menghilangkan kesakitan dan membantu meningkatkan peredaran darah pada tisu-tisu lembut dalam tubuh badan.
2. Menaikkan Kadar Hormon ‘Oxytocin’
Hormon oxytocin dikatakan juga sebagai hormon cinta. Apabila banyak hormon cinta dirangsang, maka bertambahlah kasih sayang dan ia dapat menghilangkan perasaan kesunyian atau kemarahan.
3. Tidur Lebih Nyenyak
Jika anda sukar tidur, mintalah pasangan memeluk anda semasa tidur. Kajian membuktikan, tidur berpelukan secara automatik membantu anda menyingkirkan masalah seperti sukar tidur (insomnia), merasa lebih relaks dan tidak memikirkan hal-hal lain dan membuatkan lebih cepat terlelap.
4. Baik Untuk Jantung
Tidur di samping pasangan juga baik untuk kesihatan jantung anda. Oleh itu, anda rasa aman dan kehangatan menyebabkan jantung pada kelajuan normal, sehingga tidak menyebabkan ketegangan pada jantung anda.
5. Bangun Penuh Bertenaga
Kebahagiaan tiada habis ketika bangun tidur, anda tetap melihat pasangan di samping anda. Malah, para pengkaji mendakwa, anda bakal merasakan tenaga positif yang melimpah dan bersemangat untuk bekerja.
6. Panjang Umur
Sebuah kajian menunjukkan, seseorang yang berehat di samping pasangan yang dicintainya dapat membuatkan otak, jantung, dan organ lain bekerja secara santai. Akhirnya, tanpa disedari perkara ini meningkatkan umur anda.
7. Tanda Luahan Kasih Sayang
Pelukan adalah tanda luahan kasih sayang antara suami dan isteri. Ia memperbaiki hubungan yang retak dan menyuburkan kasih sayang antara suami isteri serta meningkatkan kepercayaan pada pasangan.