Image by Freepik

Ramadan tiba, Ramadan tiba!

Bermula esok, seluruh umat Islam akan menjalani ibadah puasa selama sebulan. Dan pastinya pada awal pagi esok kita akan mula bersahur untuk harungi hari yang panjang dengan berpuasa.

Rakyat Malaysia sememangnya terkenal dengan makanan pedas. Selain mampu menambahkan selera makan ia turut menghadirkan rasa sensasi yang unik dan hanya peminat makanan pedas sahaja yang faham.

Tapi bagaimana pula kesan makan makanan pedas terutamanya ketika bersahur sepanjang bulan puasa?

Makanan pedas mengandungi kandungan capsaicin yang terdapat di dalam lada atau cili. Ia merupakan sejenis komponen kimia di dalam cili yang menyebabkan rasa pedas pada lidah.

DALAM KEPEDASAN

IKLAN

Sepanjang hari berpuasa membuatkan perut kita menjadi kosong tanpa makanan dan minuman. Jadi secara tidak langsung apa yang kita makan akan terus bersentuhan dengan esofagus.

Elak Sahur Makanan Pedas, Kesannya Mudah Rasa Haus & Sakit Perut Ketika Berpuasa
Image by jcomp on Freepik

Oleh itu elakkan mengambil makanan pedas sebagai juadah makanan untuk berbuka puasa. Jangan terus ambilnya sebagai hidangan pertama anda.

Berikut merupakan kesan yang boleh berlaku kepada anda jika bersahur atau berbuka dengan makanan pedas:

IKLAN

1. MUDAH RASA HAUS

Sama seperti makanan yang mengandungi garam tinggi, makanan pedas juga boleh menyebabkan anda mudah berasa haus. Kondisi ini berlaku kerana sensasi rasa pedas pada lidah mendorong anda minum lebih banyak air.

Lalu ia menyebabkan suhu badan meningkat terutamanya jika menjamah hidangan pedas ketika sahur. Bila ia berlaku anda akan jadi mudah mudah berpeluh dan kesannya kandungan air dalam badan akan berkurangan dan boleh menyebabkan rasa haus.

Elak Sahur Makanan Pedas, Kesannya Mudah Rasa Haus & Sakit Perut Ketika Berpuasa
Image by Freepik

2. SAKIT PERUT

Bersahur dengan makan makanan pedas boleh mendatangkan implikasi yang mencabar. Kalau tidak ingin terperuk sepanjang pagi di dalam tandas elakkan makan makanan terlalu pedas ketika bersahur.

IKLAN

Apabila sakit perut dan berulang-alik ke tandas memang membuatkan anda rasa penat dan lemah. Jika berlarutan, barangkali anda terpaksa berbuka puasa kerana perlu mengambil ubat.

3. RISIKO GASTRIK

Walaupun ia sering digunakan sebagai alasan untuk orang tidak mahu berpuasa tapi masalah gastrik adalah satu kondisi serius. Gastrik berlaku disebabkan radang berlaku pada bahagian dalam dinding perut.

Ia disebabkan oleh jangkitan bakteria namun boleh berlaku disebabkan tabiat makan makanan pedas. Kandungan capsaicin menyebabkan kerengsaan pada dinding perut. Apatah lagi ketika perut kosong dan anda menjamah makanan pedas. Jika dibiarkan lama-kelamaan dinding perut boleh luka.

Selamat berpuasa!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI