Perceraian adalah satu perkara yang sukar dalam kehidupan rumah tangga. Walaupun ia mungkin menjadi jalan penyelesaian terbaik bagi sesetengah pasangan, proses ini tetap memberi kesan mendalam kepada emosi, keluarga, dan kehidupan sosial mereka.
Salah satu perkara yang sering menjadi isu selepas perceraian ialah tindakan membuka aib atau kelemahan pasangan kepada umum, yang akhirnya boleh membawa lebih banyak kemudaratan daripada kebaikan.
aib bercerai
Daripada Ibn Umar R.anhuma bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Barangsiapa yang mencari-cari aib (atau kelemahan) saudaranya yang muslim, nescaya Allah akan membuka aibnya walaupun dia berada di dalam rumahnya. Hadis riwayat Imam al-Tirmidhi (2032) dalam Sunan-nya
Dalam sebuah hadis riwayat Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Tidaklah seseorang hamba menutup aib hamba yang lain, melainkan Allah tutup aib hamba yang pertama tadi di Hari Kiamat. Hadis riwayat Imam Muslim (2590) dalam Sahih-nya
Sebar aib dosa berangkai
Aib saudara seagama adalah perkara yang tidak boleh dibuka atau disebarkan kepada orang lain sewenang-wenangnya. Umat Islam juga dilarang membuka aib pihak lain walaupun dianggap sebagai musuh dan tidak disukainya.
aib bercerai
Perbuatan menyebarkan aib orang lain termasuk dalam sunnah sayyiah yang berdosa jika diteruskan oleh orang lain. Daripada Jarir bin Abdullah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Barangsiapa yang memulakan suatu perbuatan dalam Islam suatu sunnah yang baik, lalu diamalkan orang selepasnya, dituliskan bagi pemulanya pahala orang yang beramal denganya, dan tidak akan berkurang daripada pahala mereka suatu pun, dan barangsiapa yang memulakan dalam Islam suatu sunnah yang buruk, lalu diamalkan orang selepasnya, dituliskan baginya dosa sesiapa yang beramal dengannya, tanpa berkurang dengan satu dosa suatu apa pun. Hadis riwayat Muslim (1017) dalam Sahih-nya.
Ads
Doa elak aib tersebar
Melihat betapa mudahnya aib tersebar seharus kita selalu mengamalkan doa ini,; daripada Ibn Umar R.anhuma, bahawa Rasulullah SAW sering mengulang-ulang doa ini para waktu pagi dan petang:
Maksudnya: Ya Allah aku memohon keselamatan di dunia dan akhirat. Ya Allah aku memohon kepada-Mu kemaafan dan keselamatan pada agamaku dan duniaku, pada ahli keluargaku dan hata bendaku. Ya Allah tutuplah auratku (aib dan kelemahan), dan amankanlah ketakutanku. Ya Allah peliharalah aku daripada bahaya yang datang dari hadapanku, dari belakangku, dari kananku, dari kriku, dari atasku, dan aku berlindung dengan keagungan-Mu daripada tergelincir daripada bawahku.
Hadis riwayat Imam al-Bukhari (2100) dalam Adab al-Mufrad
Ads
Kesimpulannya, perceraian sememangnya satu cabaran besar dalam kehidupan. Namun, sebagai individu yang matang, adalah penting untuk menjaga maruah dan privasi kedua-dua belah pihak. Membuka aib bekas pasangan hanya akan merumitkan keadaan dan memberikan kesan negatif kepada semua
Skuad Chinlone tekad memberikan emas sulung buat negara pada hari pertama temasya Sukan Sea 2017 berlangsung pada 16 Ogos nanti.
Skuad Chinlone kebangsaan tekad menghadiahkan pungutan pingat emas sulung buat Malaysia pada hari pertama temasya Sukan Sea 2017 di Kuala Lumpur, Ogos nanti.
Turun beraksi pada 16 Ogos 2017, sasaran emas diletakkan pada acara ketiga daripada empat acara yang disertai bagi mengatasi pencapaian pungutan pingat perak dan gangsa dua tahun lalu di Singapura.
Jurulatih Chinlone, Yusof Abdullah berkata, memandangkan sukan chinlone bakal memulakan perebutan pingat pada hari pertama kejohanan, inilah peluang terbaik untuk melakar nama pada negara.
“Kami akan menyertai empat acara yang dipertandingkan dalam sukan Chinlone ini, pada temasya dua tahun lalu, pasukan mendapat pingat perak dalam acara satu dan gangsa acara ketiga.
“Untuk aksi di Kuala Lumpur, kami yakin mampu mengatasi pencapaian di Singapura dengan acara ketiga bakal memberikan emas pertama buat pasukan dan negara,” katanya.
Ditanya mengenai keyakinan tinggi yang disuarakan, Yusof menjelaskan ia berdasarkan prestasi semasa dipamerkan anak didiknya dalam beberapa siri latihan dan perlawanan persahabatan di Myanmar.
“Sebenarnya pasukan baru pulang dari kejohanan di Myanmar dengan keputusan cemerlang merangkul kejuaraan bagi acara ketiga dan peningkatan pungutan mata oleh pemain.
“Kejohanan tersebut turut disertai kuasa-kuasa besar dalam sukan Chinlone ini antaranya Thailand, Myanmar dan Filipina yang memberikan saingan sengit dalam acara yang dipertandingkan.
“Jadi kami rasakan jika semuanya berjalan dengan lancar dan mengikuti perancangan, Insyallah emas mampu diraih sambil mengharapkan kejutan bagi acara pertama,” katanya pada sidang media Kita Juara di MSN Bukit Jalil, tengah hari tadi.
Turut hadir pada sidang media tersebut ialah pengurus pasukan, Wan Mohd Husni Abdullah dan atlet Chinlone, Mohd Faiz Roslan serta Ab Muhaimi Che Bongsu.
Sementara itu Wan Mohd Husni berkata, kelebihan pasukan tuan rumah akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk memburu pingat emas kerana kami percaya Myanmar memiliki kekuatan mereka tersendiri.
“Sebagai tuan rumah, Malaysia dibenarkan menyertai empat acara dipertandingkan, tetapi hanya dua buat negara lain dan berdasarkan penyertaan Myanmar hanya menyertai acara kedua dan keempat, jadi peluang meraih emas cerah.
“Bagi acara pertama perbezaan Malaysia dengan Thailand yang turut menyertainya adalah tidak banyak bezanya berdasarkan perlawanan yang disertai di Myanmar sebelum ini. Kami hanya dibezakan beberapa mata sahaja dengan Thailand yang menjuarai acara tersebut.
“Kami perlu menggunakan peluang yang ada selain keyakinan tinggi pemain untuk melakar kejayaan di laman sendiri,” katanya.
Pada masa sama, Wan Husni turut memaklumkan, khidmat dan kepakaran bekas jurulatih Myanmar yang membawa pasukan mengutip pingat emas dalam beberapa temasya Sukan Sea akan digunakan selewat-lewatnya, Jumaat nanti.
“Bekas jurulatih yang akan membantu pasukan kebangsaan ialah Khin Maung Win yang juga merupakan ketua pasukan Myanmar sebelum ini.
“Kehadiran Maung Win pastinya akan memberi lebih keyakinan buat pemain untuk terus menimba ilmu pengetahuan serta teknik lebih berkesan semasa latihan dan juga perlawanan berlangsung,” jelasnya yang turut memaklumkan barisan pemainnya akan terus berkampung di Myanmar menyertai kejohanan selepas sambutan Aidilfitri nanti.
Untuk rekod Malaysia memenangi satu pingat perak (acara pertama) dan satu gangsa (acara ketiga) dalam acara Chinlone sewaktu Sukan Sea Singapura, 2015.
Malaysia yang dibarisi Mohammad Kamal Azmi, Mohamad Azlan Alias, Mohammad Arif, Mohd Nazuha Mohd Nadzi, Muhammad Zaim Razali, Amirul Zazwan Amir, Ab Muhaimi Che Bongsu dan Mohamad Fazil Mohamad Asri mengalahkan tuan rumah, Singapura dengan kemenangan 2-0 (101-56, 107-56) pada penentuan pingat gangsa bagi acara ketiga.
Royal Canin, jenama pemakanan haiwan peliharaan premium global, melakar sejarah dengan melancarkan acara Purrever Healthy pertamanya di Malaysia.
Acara ini berlangsung di Sunway Pyramid dari 8 hingga 10 Ogos, menandakan komitmen Royal Canin dalam meningkatkan kesedaran tentang kesihatan kucing secara menyeluruh.
Acara Purrever Healthy ini menjadi platform bagi pemilik kucing, pencinta haiwan, dan pakar veterinar untuk berkongsi ilmu serta pengalaman.
Royal Canin menekankan bahawa pemahaman tentang keperluan kesihatan kucing dari segi pemakanan, penjagaan dan pemeriksaan kesihatan adalah kunci kepada kehidupan yang lebih sihat dan panjang.
“Di Royal Canin, kami percaya bahawa setiap kucing adalah unik, dan memerlukan pendekatan pemakanan serta penjagaan yang disesuaikan.
“Purrever Healthy bukan sahaja meraikan cinta terhadap kucing, tetapi juga mendidik pemilik tentang bagaimana membuat pilihan terbaik untuk kesihatan mereka,” kata Pengarah Pemasaran Royal Canin Malaysia, Amanda Lee.
Sepanjang acara, pengunjung berpeluang untuk menyertai sesi interaktif termasuk ceramah daripada pakar veterinar, demonstrasi penjagaan kucing, dan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga.
Royal Canin turut menawarkan pemeriksaan kesihatan percuma untuk kucing yang dibawa oleh pemilik, sebagai langkah proaktif dalam menjaga kesejahteraan haiwan peliharaan.
Acara ini dibahagikan kepada beberapa zon interaktif seperti Zon Pemakanan, Zon Penjagaan, dan Zon Kesihatan, di mana pengunjung dapat merasai sendiri pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan.
Royal Canin menampilkan produk-produk terpilih yang direka khas untuk memenuhi keperluan pemakanan kucing mengikut usia, gaya hidup, dan keadaan kesihatan mereka.
“Kami mahu pemilik kucing memahami bahawa penjagaan kesihatan kucing bukan sekadar memberi makan dan tempat tinggal.
Ia melibatkan perhatian kepada pemakanan berkualiti, pemeriksaan kesihatan berkala, dan persekitaran yang selamat serta merangsang,” tambah Amanda Lee.
Selain itu, Royal Canin juga menekankan pentingnya peranan doktor haiwan dalam memantau dan menilai kesihatan kucing secara berterusan.
Kerjasama antara pemilik, komuniti pencinta kucing, dan pakar veterinar adalah asas kepada misi Purrever Healthy.
Pengunjung turut disajikan dengan peluang memenangi hadiah menarik melalui pertandingan media sosial, sesi fotografi bersama kucing angkat, serta peluang menyertai kempen kesedaran tentang pengambilan kucing terbiar.
Acara Purrever Healthy ini diakhiri dengan sambutan ulang tahun Royal Canin yang ke-56, sebagai simbol dedikasi jenama ini terhadap dunia haiwan peliharaan.
Royal Canin berhasrat untuk menjadikan acara ini sebagai inisiatif tahunan, mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai peneraju dalam pendidikan dan kesedaran kesihatan kucing di Malaysia.
Untuk maklumat lanjut, layari www.royalcanin.com atau ikuti media sosial rasmi Royal Canin Malaysia.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dalam satu sidang media yang diadakan semalam berkaitan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mendedahkan terdapat dua kluster COVID-19 yang berkait rapat dengan perhimpunan besar-besaran, selain himpunan di Sri Petaling.
Seperti yang dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ini, perhimpunan besar-besaran sememangnya memberi impak secara mendadak dalam peningkatan kes-kes COVID-19 di Malaysia.
Mengikut hasil siasatan terhadap beberapa kes dan kluster COVID-19 di Malaysia, KKM ingin memaklumkan mengenai dua kluster COVID-19 didapati berkait rapat dengan perhimpunan besar-besaran.
Dus kluster terbaharu itu terdiri daripada:
– 83 orang telah disahkan positif COVID-19
– 2 kematian (kes 358 dan 2,471)
– 5 kritikal dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU)
– 50 kes sedang dirawat di hospital
– 25 bawah pemerhatian di pusat kuarantin
– 1 kes discaj dan telah pulih sepenuhnya
– Sehingga 6 April 2020, 88 kes disahkan positif COVID-19
– 1 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU)
– Setakat ini, tiada kes kematian dilaporkan berkaitan dengan kluster ini
Kedua-dua kluster ini melibatkan jangkitan sehingga generasi kelima.
Susulan daripada itu, tindakan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 18 Mac 2020 adalah bertepatan sekali bagi memutuskan rantaian penularan virus COVID-19 di kalangan masyarakat.
Walau bagaimanapun, setiap individu perlu memainkan peranan masing-masing untuk membantu kerajaan dalam memastikan usaha mengekang penularan jangkitan COVID-19 ini berjaya.
Masyarakat juga diseru untuk mengelakkan daripada mempersalahkan atau mendiskriminasikan mana-mana pesakit atau kumpulan yang dikaitkan dengan kluster jangkitan COVID-19. Janganlah kita stigmakan mereka.
Apa yang penting adalah kita membantu mengesan, menguji, mengasing, merawat jangkitan COVID-19 di kalangan mereka yang terlibat dan juga keluarga mereka dan kontak rapat mereka.
di pusat kuarantin – satu kes sembuh dan discaj
2. Majlis perkahwinan di Bandar Baru Bangi yg telah membentuk jangkitan sehingga generasi ke-5. -88 kes positif termasuk 1 kes di ICU
Kedua-dua kluster ini melibatkan jangkitan sehingga generasi kelima. – KPK @DGHisham
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.