Fit food photo created by freepik - www.freepik.com

Pengalaman menggunakan telefon pintar kini telah melalui evolusi yang cukup mengagumkan. Saban tahun pengeluar telefon pintar dan pemaju sistem operasi memperkenalkan pelbagai ciptaan terkini bagi memberikan pengalaman yang mampu memuaskan pengguna.

Dengan pasaran yang semakin kompetitif pembikin telefon pibtar dilihat berlumba-lumba penghasilkan peranti yang terbaik. Salah satu pengeluar yang sentiasa relevan dan mempunyai peminatnya tersendiri pastinya iPhone yang dikeluarkan oleh Apple.

Empat Trik ‘Copy & Paste’ Teks & Foto iPhone, Ramai Sebenarnya Tak Tahu Beberapa Cara Ini!
Happy phone photo created by Racool_studio – www.freepik.com

Bagi anda yang menggunakan iPhone sejauh mana anda mahir atau cuba terokai ciri-ciri serta trik menggunakan telefon itu dengan baik? Salah satu feature yang sering digunakan dalam aktiviti harian kita ialah ‘copy and paste’. Di mana kita membuat salinan dan menampalnya di dalam aplikasi sama atau berbeza.

Dan tahukan anda terdapat empat cara ‘copy and paste’ yang anda boleh lakukan? Ikuti perkongsian di bawah untuk anda pelajari dan tahu bagaimana melakukan trik tersebut dengan sangat mudah!

CARA TRADISIONAL

Empat Trik ‘Copy & Paste’ Teks & Foto iPhone, Ramai Sebenarnya Tak Tahu Beberapa Cara Ini!

Ini cara yang MASKULIN yakin semua pengguna iPhone pun sudah tahu. Apa yang perlu anda lakukan ialah ‘tap’ teks yang ingin disalin dan tarik sehingga mana yang anda mahu. Kemudian pilih ‘copy’ dan kemudian paste di lokasi yang anda mahukan ia ditampal. Mudah dan senang!

IKLAN

THREE TAP

Empat Trik ‘Copy & Paste’ Teks & Foto iPhone, Ramai Sebenarnya Tak Tahu Beberapa Cara Ini!

Empat Trik ‘Copy & Paste’ Teks & Foto iPhone, Ramai Sebenarnya Tak Tahu Beberapa Cara Ini!

Dengan menggunakan tiga jari, tekan tap di foto yang anda ingin salin. Selepas itu akan keluar pop up untuk anda ‘copy’ pada bahagian atas. Tekan pop up tersebut, kemudian buka aplikasi yang anda ingin tampalnya, sebagai contoh di Notes. Pantas dan laju!

PINCH & SPREAD

Empat Trik ‘Copy & Paste’ Teks & Foto iPhone, Ramai Sebenarnya Tak Tahu Beberapa Cara Ini!

IKLAN

Empat Trik ‘Copy & Paste’ Teks & Foto iPhone, Ramai Sebenarnya Tak Tahu Beberapa Cara Ini!

Bagi MASKULIN, ini antara cara paling mudah untuk ‘copy dan paste’ foto di dalam galeri anda ke aplikasi Notes. Pertama sekali, buka foto yang anda ingin salin kemudian dengan menggunakan empat jari lakukan ‘pinch’ dengan menggunakan empat jari anda. Buka Notes, kemudian dengan menggunakan jari sama lakukan ‘spread’. Atau dalam bahasa mudahnya, picit dan lepas!

DRAG & DROP

Empat Trik ‘Copy & Paste’ Teks & Foto iPhone, Ramai Sebenarnya Tak Tahu Beberapa Cara Ini!

IKLAN

Empat Trik ‘Copy & Paste’ Teks & Foto iPhone, Ramai Sebenarnya Tak Tahu Beberapa Cara Ini!

Satu lagi cara ‘copy and paste’ yang cukup mudah dan boleh anda lakukan dengan pantas. Untuk salin foto yang anda mahu hanya tekan foto tersebut dengan lama dan jangan lepaskannya. Gunakan tangan kiri anda untuk navigasi ke aplikasi yang anda ingin tampal – sebagai contohnya Notes. Kemudian lepaskan foto tersebut di aplikasi itu.

Semua trik menggunakan iPhone ini dapat membantu melancarkan penggunaan telefon pintar dalam kehidupan harian anda. Selamat mencuba!

Kredit: @appledsign

https://www.youtube.com/watch?v=Y7lsu0khi6U&t=170s

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI