Tidak dinafikan jenama BONIA sememangnya cukup sebati di kalangan pengguna di Malaysia. Jenama tempatan yang mengambil inspirasi rekaan Itali kini berdiri sama tinggi dengan jenama antarabangsa yang lain.
Walaupun pada suatu ketika dahulu ia lebih sinonim dengan pengguna wanita yang telah bekerjaya berusia 30 tahun ke atas, namun BONIA kini telah melalui fasa penjenamaan semula dengan rekaan yang menarik untuk semua golongan.
Bukan sahaja beg tangan, BONIA kini menampilkan koleksi lebih daripada itu termasuklah untuk lelaki. Berdiri teguh sejak tahun 1974, BONIA kini memperkenalkan logo dan monogram yang baharu.
Pengenalan logo dan monogram baharu ini juga bersempena ulang tahunnya yang ke-48. Menghampiri pencapaian separuh abadnya yang meraikan keanggunan, klasik abadi dan romantik, corak baharu ini datang tiga dekad selepas monogram BONIA pertama diperkenalkan.
Ads
ILHAM FASA BULAN
Monogram La Luna baharu ini diilhamkan oleh fasa perubahan bulan, serta sejarah panjang BONIA yang menjalinkan warisan, pertukangan dan pergerakan kontemporari dalam industry fesyen tempatan.
Bahagian dan Pasukan Kreatif di BONIA juga menggabungkan seni bina Itali yang mereka dapat lihat dan alami semasa lawatan penemuan warisan perjalanan pengasas mereka.
Ads
Gabungan elemen ini mewujudkan pautan garis kursif dan jalinan ‘B’ yang membentuk bulan sabit, terletak di antara satu sama lain – ianya simbol bagi perjalanan penjenamaan semula BONIA barubaru ini. Bentuk infiniti yang terhasil daripadanya menceritakan kisah jenama BONIA, akar warisan ketukangannya dan semangat juangan yang tidak terhenti.
Dilensakan oleh jurugambar Perancis yang terkenal, Antoine Renault, kempen koleksi ini dengan jelas menyatakan perjalanan BONIA yang menarik melalui fasa-fasa bulan.
Ads
Lebih menarik, membintangi kempen ini ialah artis tanah air terkenal, Scha Alyahya dan Dini Schatzmann serta pelakon Indonesia, Caitlin Halderman.
Kempen ini juga menampilkan koleksi istimewa, seperti beg edisi terhad, La Luna Sonia dan beg Maris, serta rangkaian aksesori dan kasut untuk para lelaki.
Bagi menandakan detik ikonik ini, BONIA akan melancarkan satu pop-up khas La Luna di Centre Court, Mid Valley Megamall dari 8 hingga 14 Ogos 2022.
Buat anda yang berminat merasaikan pengalaman ‘La Luna’ dan membeli-belah koleksi ini dengan tawaran menarik, menyesuaikan pembelian mereka di “Personalisation Station” kami, serta menikmati hidangan ringan yang enak dan banyak lagi. Koleksi La Luna boleh didapati di butik dan dalam talian bermula 15 Ogos 2022.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Gedung baru seluas 2,000 kaki persegi itu, dua kali ganda keluasan gedung terdahulu, membuktikan selera pelanggan di Malaysia yang arif memilih dan menitikberatkan kualiti, kecanggihan, dan keanggunan gaya jenama ikon antarabangsa yang tiada tandingan. Lokasi baharu ini adalah sebahagian daripada komitmen Amouage untuk meluaskan operasi global selaras dengan pertumbuhan dan permintaan antarabangsa yang meningkat bagi wangiannya yang unggul.
“Pembukaan kedai tersendiri di bandar raya yang berpengaruh membolehkan jenama menyerlah dan memperlihatkan segala produknya dalam persekitaran sendiri, sekali gus memaparkan kejatian DNA jenama,” kata David Crickmore, Ketua Pegawai Eksekutif Amouage. “Dengan pelancaran kedai baharu ini di tengah-tengah ibu kota, pelanggan boleh menyelami konsep unik kami dengan paparan bahan menarik dan luar biasa yang terkandung dalam wangian kami sambil meninjau seluruh koleksi yang mencerminkan kemewahan.”
Setiap perincian konsep reka bentuk kedai di Kuala Lumpur, yang memperlihatkan keunggulan, keanggunan dan keindividuan Amouage, telah diseliakan sendiri oleh Pengarah Kreatif jenama, Christopher Chong, yang menyatakan: “Paparan dan hiasan dalam kedai memperlihatkan falsafah Amouage yang menekankan kemewahan mutlak. Ia melambangkan keunikan gaya dan kehalusan seni hiasan, yang dicipta untuk memberikan pengalaman yang sangat istimewa kepada pelanggan kami di Kuala Lumpur. Ia bertepatan untuk koleksi wangian dan gaya hidup kami yang menawan.”
Suasana mesra serta gaya tersendiri kedai ini ini adalah sebuah hasil karya Chong yang menggambarkan sentuhan kehalusan seni dan daya kreativitinya. Reka bentuk dan hiasannya yang tersendiri, daripada cermin kaca antik dan berukiran halus hingga kemasan keluli tahan karat yang berkilat dan gaya minimalis, menggabungkan kecenderungan moden dan tradisional. Penggunaan kemasan gangsa dan warna merah wain disertakan kesan lampu dan pencahayaan yang strategik menambah sentuhan kemewahan dan keanggunan setiap sudut dan ruang.
Kedai di Kuala Lumpur mempamerkan segala minyak wangi Amouage yang tersohor, aksesori kulit Itali, dan skaf sutera lukisan tangan Itali, serta koleksi wangian untuk Rumah, Mandian dan Badan.
Kini, Amouage boleh didapati di 66 negara di seluruh dunia. Selain rangkaian gedungnya tersendiri yang semakin luas, jenama juga dijual oleh peruncit pakar di seluruh dunia dan boleh didapati di gedung beli-belah paling berprestij di dunia.
Mungkin anda fikir, lelaki kurus mudah untuk berfesyen berbanding lelaki berbadan besar. Sebenarnya anda silap kerana lelaki bertubuh begini juga berdepan dengan masalah dalam stail fesyen mereka.
Ini kerana, jika anda tersilap menggayakan pakaian boleh menampakkan lelaki kurus bertambah kurus dan sekeping.
Untuk mengelakkan lelaki kurus nampak melayang-layang, pastikan anda mempraktikkan panduan penggayaan ini agar penampilan anda nampak lebih smart.
Jangan menggunakan baju berkolar V kerana ia akan menampakkan tulang anda lebih menonjol. Pilihlah pakaian berkolar tinggi atau turtle neck kerana ia akan menutupi tulang di sekitar leher anda.
Pakailah baju berlapis atau kombinasikan dengan beberapa baju untuk memberi ilusi tubuh badan anda nampak lebih berisi. Contohnya anda memakai t-shirt, dilapisi dengan jaket varsity atau kemeja yang besar sedikit di bahagian luar mengikut keselesaan anda. Namun pastikan anda memakai baju berlapis sesuai dengan keadaan cuaca. Elak memakai baju berlapis sekiranya cuaca sedang panas terik.
Untuk anda yang bertubuh kurus, sesuai memakai pakaian berpotongan slim fit kerana ia boleh menampakkan susuk tubuh anda lebih keras dan bahu lebih lebar. Tapi ingat! Elak memakai pakaian skinny fit kerana ia jelas menampakkan tubuh anda yang semakin kurus.
Pakaian longgar sememangnya membuatkan anda rasa lebih selesa namun ia tidak sesuai dipakai oleh orang bertubuh kurus kerana ia akan menampakkan anda bertambah kurus. Mungkin persepsi orang mengatakan bahawa pakaian longgar dapat menyorokkan susuk tubuh anda yang kurus tapi sebenarnya tanggapan itu salah.
Pilihlah aksesori berukuran sederhana sama ada tidak terlalu besar atau tidak terlalu kecil untuk tubuh kurus. Aksesori seperti tali pinggang atau jam tangan yang besar sepatutnya anda elakkan kerana anda gaya anda akan kelihatan tidak kena.
Memakai baju bercorak menegak adalah teknik untuk menampakkan seseorang lebih kurus. Memandangkan anda sudah kurus jadi elakkan corak menegak pada gaya fesyen anda. Seeloknya pakailah baju yang bercorak melintang bagi memberi ilusi tubuh anda lebih berisi.
Pakaian berwarna cerah menampakkan orang bertubuh kurus lebih berisi. Kalau boleh, kurangkan pemakaian berwarna gelap seperti hitam atau coklat. Namun jika anda peminat warna-warna gelap, pakailah warna kelabu ataupun coklat terang untuk penggayaan anda.
Senarai taman tema air ini boleh dijadikan rujukan, terutamanya bagi mereka yang sukakan tempat low-profile dan tidak semahal taman tema air popular yang lain.
Berikut adalah senarai taman tema air yang boleh di lawati di Malaysia.
1. Desa Water Park, Taman Desa, Kuala Lumpur
Mungkin tak ramai yang perasan bahawa wujudnya Taman Tema Air Taman Desa ini. Dengan harga tiket RM35 untuk orang dewasa dan RM25 untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dan tinggi melebihi 2 ½ kaki, tidaklah mahal mana untuk membawa seisi keluarga bermain di sini.
Dengan tarikan seperti Surf Shark, anak anda boleh bermain di gelongsor air yang berkonsepkan tropika dengan rekabentuk yang menarik. Pink Slide pula membolehkan anak anda gelongsor beramai-ramai sambil melakukan aksi cilik masing-masing.
Anda sekeluarga boleh menikmati Bubble Pool di mana ia mengeluarkan buih seperti berada di dalam jakuzi dan membolehkan anda menghilangkan stres.
Bagi yang dewasa pula, terdapat Shock Wave yang boleh menghasilkan ombak setinggi 1.5 meter yang agak mencabar kekuatan fizikal dan mental anda.
2. Carnivall Water Park, Sungai Petani, Kedah
Bagi mereka yang berada di utara tanahair pula, sila kunjungi Carnivall Water Park di Sungai Petani. Dengan harga tiket RM25 untuk orang dewasa dan RM19 untuk kanak-kanak (tambah RM5 setiap satu jika hujung minggu/cuti umum/cuti sekolah), ia merupakan lagi satu destinasi yang tidak membebankan.
Carnivall merupakan sebahagian daripada Cinta Sayang Resort dan selain dari taman tema air yang sentiasa penuh, ia turut mempunyai penginapan hotel bagi mereka yang datang dari jauh dan ingin bermalam di sini dengan harga serendah RM125++ untuk satu malam.
3. Tiara Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan
Di antara banyak-banyak tempat menarik di Port Dickson, Tiara Beach Resort memang terkenal sejak dari dulu lagi. Walaupun hanya digelar Swimming Pool, tetapi percayalah ia seperti taman tema air mini.
Dikelilingi deretan apartmen yang sering penuh tatkala hujung minggu, anda boleh memilih samada untuk bayar untuk masuk ke swimming pool sahaja atau mengambil pakej sekali dengan penginapan. Jika tidak silap, dulu harga tiket hanya RM10 untuk mandi sahaja, kami tak dapat info terkini di laman web mereka. Anda seisi keluarga boleh menghabiskan masa dari seharian di sini.
4. Wet World Shah Alam, Selangor
Terakhir sekali di dalam senarai taman tema air pada kali ini, Wet World sebenarnya terdapat bukan sahaja di Shah Alam, tetapi juga di Pedas, Negeri Sembilan dan juga di Batu Pahat, Johor.
Dengan harga tiket hanya RM20 untuk orang dewasa, RM16 untuk kanak-kanak di antara ketinggian 90-130cm dan percuma bagi mereka di bawah ketinggian 90cm; Wet World Shah Alam mempunyai pelbagai tarikannya tersendiri.
Dengan ketinggian air yang tidak melebihi 1 meter, ia adalah selamat untuk kanak-kanak dan tarikan seperti Fountain of Youth, Cascading Waterfalls, Neptune Challenge, Atlantis City, Big Splash, Lighthouse Escape, Tunnel Water Slide dan Treasure Island pasti akan menggembirakan anak-anak anda.
Demikianlah senarai taman tema air yang anda boleh habiskan masa cuti sekolah bersama seisi keluarga. Yang penting sekali, anda tidak perlu menghabiskan duit yang banyak bagi menikmati keriangan sepanjang hari bersama-sama dengan keluarga yang tercinta.
5. Legoland Water Park, Johor
Dibuka beberapa tahun lepas, taman tema terbesar di dunia ini menawarkan lebih 20 gelongsor air dengan lebih 40 buah permainan interaktif yang boleh dicuba. Memang mengujakan! Di dalam taman tema ini juga diletakkan lebih 70 model sebagai tarikan pengunjung. Zon permainan dibahagikan kepada tiga kategori: keluarga, kanak-kanak bawah 5 tahun dan kanak-kanak atas 5 tahun.
Build-A-Raft River misalnya popular di kalangan kanak-kanak kerana mereka boleh menguji minda dengan membina rakit sendiri mengguna kepingan Lego lembut manakala Joker Soaker membolehkan kanak-kanak bermain meriam air sambil 77 liter air dicurahkan ke atas mereka. Harga masuk bergantung pada pakej yang diambil dan jika menempah awal, potongan sebanyak 20 peratus diberikan.
6. Lost World of Tambun, Perak
Bukan sahaja menyediakan pelbagai aktiviti menarik di taman air seperti Jungle Wave Pool, Adventure River, Sandy Bay, Cliff Racer, Tube Raiders dan Kids Explorabay, malah orang ramai boleh berhibur di taman tema kering, bermain dengan haiwan di Petting Zoo, melihat harimau Siberia yang eksotik di Tiger Valley, mempelajari sejarah perlombongan bijih timah yang terkenal diPerak suatu ketika dahulu di Tin Valley, menyertai aktiviti lasak lagi mencabar di Adventure Park dan merawat kesihatan di 8 kolam air panas di Lost World Hot Spring & Spa. Harga masuk berbeza mengikut pakej yang dikehendaki.
7. Marina Water Park, Teluk Batik, Perak
Taman tema air yang pertama di Daerah Manjung. Ia terletak dalam kawasan Resort Marina Cove dengan keluasan 80 ekar. Antara yang menarik di sini adalah pancuran air berbentuk cendawan beraneka warna dan pengunjung boleh berakit di kawasan kolam.
Tiada bayaran dikenakan kepada penginap resort namun dibuka kepada orang ramai pada harga yang berpatutan lebih-lebih lagi yang datang secara berkumpulan. Ia menjadi tumpuan penduduk setempat dan pelancong yang datang ke Teluk Batik.
8. Melaka Wonderland Theme Park & Resort, Melaka
Terletak berhadapan Zoo Melaka, taman tema yang dikelilingi oleh hutan rekreasi seluas 360 hektar menawarkan lebih 12 tarikan diikuti Taman Dinosaur dan Taman Ekstrem untuk aktiviti lasak seperti Go Kart serta Paintball. Turut disediakan permainan Aqua Bubbles yang mana pengunjung masuk ke dalam belon besar dan berjalan di atas air.
Menariknya suasana di sini seperti pesta fun fair dengan adanya deretan kedai yang menawarkan pelbagai jenis permainan dengan hadiah menarik untuk dimenangi. Harga yang dikenakan untuk orang dewasa adalah RM37.90, kanak-kanak RM32, warga emas RM18.95, pelancong asing dewasa RM45, kanak-kanak RM37.90 dan warga emas RM22.50.
9. A Famosa Water World, Melaka
Sangat popular di Melaka lantaran dilengkapi dengan kemudahan rekreasi dan permainan air yang menepati tahap antarabangsa. Yuran masuk dikenakan bergantung pada pakej yang ditawarkan oleh pihak resort. Kanak-kanak berusia 12 tahun dan dengan ketinggian 90 cm dikategorikan bawah caj kanak-kanak.
Antara tarikan utama adalah pantai buatan, luncur air setinggi 7 tingkat, halangan air dan banyak lagi. Selain itu, taman tema ini menyediakan pelbagai kawasan riadah seperti kawasan bermain layang-layang, pusat ekuestrian, pusat memanah, laluan berbasikal dan kolam memancing. Safari Wonderland pula memberi peluang kepada kanak-kanak melihat haiwan liar dalam habitat yang asal manakala bangunan berkonsepkan Wild West membuatkan anda seolah-olah mengembara di dunia koboi.
10. Kenyir Water Park, Terengganu
Tarikan terbaru di Terengganu berlatar belakangkan keindahan Tasik Kenyir yang sememangnya menjadi tumpuan pelancong. Pengunjung perlu menaiki bot dari Pengkalan Gawi yang akan membawa mereka menyeberangi tasik untuk ke Pulau Poh di mana terletaknya taman tema itu. Antara yang disediakan di taman tema seluas kira-kira dua hektar adalah kawasan permainan air dengan kolam terapung, gelongsor, paddle boat dan banyak lagi.
Taman tema ini mampu menampung sehingga 600 pengunjung dalam satu-satu masa. Harga tiket hanyalah sebanyak RM20 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak, termasuk pengangkutan bot. Ia bakal dilengkapi dengan kemudahan chalet serta jambatan merentangi tasik dan dijangka siap sepenuhnya pada 2016.
11. Kubang Gajah Mini Waterpark Temerloh, Pahang
Meskipun belum dikenali ramai, namun taman tema bersebelahan Mini Stadium Temerloh menjadi tumpuan penduduk setempat yang ingin beriadah bersama keluarga. Di sini kolam mandi dibahagikan mengikut kedalaman sesuai untuk peringkat umur berbeza. Disediakan juga gelongsor air dewasa dan kanak-kanak.
Permainan paddle boat kayuhan tangan turut menjadi hiburan kanak-kanak. Pengunjung dewasa dikenakan bayaran sebanyak RM10 dan kanak-kanak berusia 3 tahun ke atas hanyalah RM8.
12. Wet World Water Park Batu Pahat, Johor
Merupakan satu-satunya taman tema air di Batu Pahat. Kawasan seluas 44 ekar ini asalnya adalah tapak bekas lombong berdekatan Tasik Merdeka yang cukup terkenal suatu masa dahulu. Antara daya penarik di sini adalah Wave Pool, BP Tower, Big Splash, Lazy River dan Kiddie Pool.
Selain bermandi-manda, pengunjung juga boleh memancing dan berperahu di tasik. Kadar bayaran dikenakan mengikut ketinggian iaitu 135cm hingga ke atas, RM18 dan 85cm hingga 135cm, RM15.
13. Gold Coast Morib Water Theme Park, Banting, Selangor
Resort percutian keluarga ini memang mesra pelanggan dan berdekatan dengan pantai Morib, antara sebab ia menjadi tumpuan penduduk sekitar Selangor. Terletak di bahagian tengah tempat penginapan, taman temanya yang luas dengan gelongsor yang panjang direka seperti ‘badan naga’ menjadi tarikan pengunjung.
Meskipun terletak dalam kawasan resort, taman tema ini dibuka kepada orang awam. Bagi mereka yang tidak menginap di dalam resort, bayaran sebanyak RM25 dikenakan untuk mereka berusia 12 tahun ke atas dan 2 hingga 11 tahun, sebanyak RM15.
14. Tiram Indoor Water Park, Johor
Merupakan taman air tertutup yang pertama di Johor dibina dalam kompleks beli-belah Today’s Mall di bandar Ulu Tiram. Bayaran sebanyak RM15 dikenakan untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak namun harganya meningkat sebanyak RM5 pada hujung minggu serta cuti umum.
Sebuah kolam dengan keluasan 26,00 kaki persegi dibina untuk hiburan orang ramai dan boleh menampung sehingga 1,000 pengunjung dalam satu-satu masa. Berkonsepkan dunia laut, setiap tiang seri di taman tema ini dilekatkan simen berbentuk hidupan laut seperti sotong, kuda laut dan pelbagai jenis ikan. Puas bermain air, kanak-kanak boleh bermain gelongsor dan berbasikal di taman tema kering.
15. Escape Waterplay, Penang
Satu-satunya taman tema air di Pulau Pinang. Yang sebetulnya, Escape ialah Taman Tema, di mana ada banyak lagi aktiviti lain yang menarik.
16. Mount Austin Waterpark, Johor
Antara tarikan terbaru di Austin Heights, Johor yang katanya bakal dibuka tahun 2015 ini.
17. Bangi Waterpark, Selangor
Dikatakan, mempunyai slide paling panjang di Malaysia!
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
'Good Boys Go To Heaven ', siri thriller psikologi Astro Originals yang sarat emosi, trauma dan penceritaan diterajui hero Malaya popular, Beto Kusyairy.