Ermenegildo Zegna Umumkan Kolaborasi Bersama Jerry Lorenzo, Fear of God

Share

Mungkin dalam tempoh 10 tahun dahulu ramai pihak tidak pernah membayangkan bahawa sesebuah jenama streetwear mampu berkolaborasi dengan jenama mewah. Kini ia bagaikan trend terbaru yang semakin mekar dalam dunia fesyen lelaki.

Salah seorang pereka fesyen high-end streetwear yang sangat prominen ialah Jerry Lorenzo menerusi labelnya Fear of God. Terbaru, Ermenegildo Zegna mengumumkan kerjasamanya bersama Jerry Lorenzo pada pelancaran Paris Fashion Week baru-baru ini.

Alessandro Sartori

Zegna menerusi Pengarah Arstistik, Alessandro Sartori dan Jerry Lorenzo telah bersama-sama menghasilkan koleksi lelaki eksklusif.

Rekaan hasil kolaborasi ini menyaksikan hasil yang menyerlahkan identitui kedua-dua jenama – Zegna dengan kepakaran jahitan kemas dan Fear of God sentuhan unik lebih moden.

Jerry Lorenzo

Kerjasama kreatif kedua jenama turut menghasilkan koleksi pakaian dan aksesori kotemporari buat lelaki muda yang kehidupannya penuh dengan ekspresi fesyen dan juga kebebasan.

Koleksi eksklusif Zegna x Fear of God ini akan mula dipertontonkan kepada umum di Paris Fashion Week pada 2 Mac 2020.

IKLAN