
Pertengahan tahun ini menyaksikan filem kesembilan daripada francais ‘Fast & Furious’akan ditayangkan di pawagam seluruh dunia.
Dan ia dijangka bakal menjadi filem blockbuster sekali lagi kerana populariti francais ini adalah antara yang paling menguntungkan dalam sejarah perfileman.
Sempena kemunculan filem terbaru francais ini, The LEGO Group selaku jenama mainan terkemuka dunia mengumumkan kerjasama istimewa bersama mereka.
LEGO dilaporkan bakal mengeluarkan pelbagai mainan di bawah grup lebih advances iaitu Technic. Cabang produk lego dalam kumpulan ini mempunyai kepakaran eksklusif menghasilkan set kereta dan bangunan.
Ia juga bakal menjadi item rebutan terutama para pemiknat LEGO dan Fast & Furios selepas ia dikeluarkan pada 27 April nanti.
Seiring dengan populariti kedua-dua jenama kita boleh jangkakan himpunan mainan yang akan disasarkan khusus untuk pengumpul tegar.
Sehingga kini masih belum ada foto rasmi sebarang rekaan daripada koleksi sepmena filem F9 yang dibintangi oleh in Diesel, Charlize Theron, Michelle Rodriguez, Helen Mirren, Jordana Brewster, Ludacris, Tyrese Gibson, Nathalie Emmanuel, Lucas Black, John Cena, Michael Rooker, Cardi B, and Finn Cole.
Di bawah adalah teaser terkini filem Fast and Furious 9 yang dikeluarkan beberapa hari lalu.
https://youtu.be/_U-vetc60lk
Kajian Buktikan Lelaki Yang Rajin Buat Kerja Rumah Ada IQ Yang Lebih Bijak, Panjang Umur & Bahagia!

Jika anda kategori lelaki yang rajin melakukan kerja rumah, pasti ini berita baik buat anda.
Dr. Huang Wei Li, doktor dari Jabatan Fizikal dan Mental dari Taiwan mengatakan bahawa lelaki yang melakukan kerja rumah mempunyai IQ yang lebih tinggi, kehidupan yang lebih bahagia, tabiat hidup yang lebih baik dan panjang umur.
Menurutnya, IQ yang tinggi boleh dilihat menerusi empat ciri iaitu:
1. Kecekapan kerja lebih baik
Lelaki yang pulang setelah keluar bekerja masih boleh melakukan kerja rumah. Mereka juga tahu memperuntukkan masa dengan sebaiknya, jadi mereka mempunyai masa dan tenaga untuk berkongsi kerja rumah setelah pulang dari bekerja. Anda juga dikatakan hebat dan cekap dalam mengatur masa sekali gus menyelesaikan kerja rumah yang berbeza-beza.
2. Kepuasan emosi yang agak tinggi
Lelaki seperti ini tahu cara-cara untuk menghilangkan tekanan, tidak menggunakan emosi untuk menangani sesuatu dan mampu menenangkan fikiran serta kurang terdedah dengan rasa gelisah atau marah.
3. Tahu cara-cara untuk melakukan sesuatu
Ini kerana dia mempunyai hubungan interpersonal yang lebih baik di tempat kerja dan pergaulan yang menyenangkan dengan rakan sekerja. Bahkan dia sendiri rasa selesa melakukan kerja rumah setelah pulang dari kerja.
4. Bersikap lebih empati
Lelaki yang rajin membuat kerja rumah juga dikatakan lebih bersikap empati terhadap pasangan dan keluarga. Ini menguntungkan mereka dalam jangka masa yang panjang kerana sikap ringan tulang anda telah membantu anda membina kehidupan yang lebih bahagia bersama keluarga.
Dr. Huang juga menambah bahawa lelaki yang melakuka kerja rumah tangga lebih berprinsip dalam melakukan sesuatu dan lebih sihat dalam apa yang mereka gemari. Mereka juga tidak akan menghabiskan masa di luar dan tidak mempunyai banyak tabiat buruk.
“Mencuci pakaian, membersihkan lantai, mencuci pinggan dan kerja-kerja rumah yang lain merupakan satu bentuk latihan yang sangat bagus untuk dilakukan terutamanya selepas makan malam.
“Jangan hanya duduk di sofa, menonton televisyen dan bermain telefon bimbit sahaja. Setelah anda menghabiskan masa yang lama di pejabat, pulang ke rumah dan lakukan kerja rumah yang boleh membantu mengurangkan risiko anda mendapat penyakit kardiovaskular.
“Memandangkan kini orang kurang mempunyai masa untuk melakukan aktiviti sihat, kerja rumah adalah alternatif terbaik untuk anda boleh lakukan untuk kekal aktif di rumah,” ujar Dr. Huang.
Jadi jangan pandang rendah dengan kekuatan dan kepentingan lelaki dalam melakukan kerja rumah!
Sumber: setn
3 Kesan Buruk Pakai Baju Tidur Berulang Kali Tanpa Dicuci

Mesti ramai je yang selalu memakai pakaian tidur berulang kali kan. Percayalah pajamas yang tidak ditukar mudah kotor sekaligus mengundang anda kepada penyakit bawaan seperti demam dan selsema. Bukan itu sahaja, kalau wajah anda senang didatangi jerawat dan pori tersumbat, haaa…dari mana lagi kalau tidak baju tidur yang tidak bertukar.
Sia-sia sahaja kalau anda kerap menukar cadar tapi memakai pakaian tidur yang sama hampir setiap hari.
Jadi adalah WAJIB untuk anda menukar pakaian tidur pada setiap malam.
Jika anda masih berdegil untuk tidak menukar, berkemungkinan anda akan mengalami permasalah seperti ini..
Bangun pagi yang lemah
Memakai pakaian kotor ketika tidur malam boleh memberi kesan pada tubuh pada keesokan paginya. Anda akan berasa tidak segar, bermalasan dan tidak selesa. Ini kerana sepanjang malam anda bergelumang dengan bakteria yang ada pakaian lama. Ketahuilah bakteria berpindah dengan mudah pada kulit anda.
Tidur tidak nyenyak
Anda akan mengalami ketidakselesaan seperti gatal-gatal dan berminyak sekaligus menganggu kualiti tidur.
Badan berbau
Sia-sia sahaja anda mandi tapi kemudian menyarung baju tidur yang lama. Bakteria yang terperangkap pada pakaian seterusnya meninggalkan bau badan yang tidak menyenangkan. Ingat bukan sahaja mandi yang mengelakkan badan berbau, malah menukar pakaian yang bersih juga memberi faktor yang sama.
Dah faham kan? Selamat beramal.
Doktor Ini Jelaskan Sebab Uban Tumbuh Di Usia Muda, Salah Satu Sebab Suka Junk Food

Setiap orang akan mengalami perubahan pada fizikal mengikut perubahan atau meningkatnya usia. Dari kanak-kanak ke usia remaja hinggalah ke usia dewasa.
Namun ada satu peringkat iaitu peringkat pertengahan umur dan warga emas sering menjadi perhatian. Setiap orang akan laluinya cuma ia mungkin berbeza-beza. Salah satunya ialah apabila rambut mula tumbuh uban.
Ia merupakan satu peringatan bahawa usia sebenarnya sudah meningkat. Tapi tahukah anda bahawa terdapat orang yang berusia awal 20-an sudah mula tumbuh uban?
Aapa punca yang menyebabkan mereka tumbuh uban di usia muda?
MASKULIN tertarikd engan perkongsian dari Dr Samhan yang menerangkan dengan baik dan jelas mengapa perkara seperti ini boleh berlaku.
Perkongsian tersebut dilakukan oleh beliau di Twitter kendaliannya. Ikuti perkongsian Dr Samhan di bawah untuk pencerahan yang lebih jelas.
———————————————————–
Uban terbentuk kerana folikel yang menjadi tempat tumbuhnya rambut memiliki sekumpulan sel yang disebut melanosit.
Sel melanosit inilah yang berfungsi untuk menghasilkan melanin atau pigmen yang memberikan warna gelap pada rambut.
Saat usia makin menua, melanosit ini mulai mati yang menyebabkan penghasilan melaninnya berkurang.
Akhirnya, warna rambut pun akan berangsur menjadi kelabu, keperakan, sampai memutih kerana penghasilan melanin berhenti. Inilah yang kemudian menyebabkan uban pada rambut.
1) FAKTOR KETURUNAN
Uban yang tumbuh di usia muda mungkin disebabkan keturunan. Jika ayah atau ibu kita ada uban diusia muda, mungkin untuk kita uban awal adalah sangat tinggi.
2) PENYAKIT TIROID
Tiroid yg sangat aktif boleh mengganggu penghasilan melanin,dan menyebabkan uban
3) KEKURANGAN VITAMIN B12 & ZAT BESI
Uban di usia muda juga boleh disebabkan kadar vitamin B12 yang rendah. Selain vitamin tersebut, zat besi juga sangat diperlukan sebagai makanan rambut. Jadi sangat disarankan untuk selalu mengambil makanan yang kaya vitamin B12 dan zat besi.
4) STRESS
Tekanan merupakan antara punca pelbagai penyakit kronik dan tahap stres ini juga boleh mengakibatkan rambut gugur dan beruban.

5) VITILIGO
Vitiligo adalah kondisi sistem autoimun yang boleh merosakkan melanosit iaitu sel yang menghasilkan pigmen untuk warna rambut.
6) MEROKOK
Kajian yang dijalankan oleh J.G.Mosley di British Medical Journey pada 1996 mendapati bahawa perokok akan mengalami empat kali lebih cepat mengalami masalah rambut beruban. Merokok boleh mendatangkan serangan radikal bebas di dalam tubuh dan ianya mampu turunkan kadar melanin.
7) KERAP MAKAN JUNK FOOD
Bukan saja tak bagus untuk kesihatan tapi juga bagi rambut. Kandungan junk food boleh mengganggu penghasilan melanin di dalam rambut.
8) GUNA PENGERING RAMBUT
Nak guna boleh tetapi jangan terlampau kerap kerana boleh menyebabkan rambut menjadi lemah dan cepat rapuh. Suhu panas akan menyebabkan gangguan kepada penghasilan melanin, oleh itu rambut cepat beruban.
9) PEWARNA RAMBUT
Bahan kimia pada pewarna rambut boleh rosakkan sel melanin.
CARA UNTUK ELAKKAN
- Elak tabiat merokok dan memperbanyak pengambilan makanan yang kaya dengan antioksida seperti teh hijau.
- Bagi mereka yang mengalami keadaan uban pramatang disebabkan kekurangan vitamin dan mineral, digalakkan mengambil vitamin (suplemen) atau melalui sumber makanan semula jadi seperti telur, makanan laut dan ikan salmon.
- Amalkan sajian kaya kalsium dan makanan tinggi tembaga termasuklah hati lembu, kacang almond, coklat hitam dan asparagus
- Jika masalah uban pramatang berpunca daripada penyakit vitiligo atau alopecia areata, ia boleh dirawat dengan ubat sapuan steroid, suntikan pada bahagian terganggu dan
fototerapi.
Bantu saya untuk #share info penting pada keluarga dan kawan-kawan.
Untuk belajar lebih banyak tentang info kesihatan, follow telegram saya https://t.me/drsamhan
Saya juga berkongsi tips di Tiktok. Follow saya disana https://vt.tiktok.com/ZSJFheYjk/

KREDIT: DR SAMHAN
Semoga perkongsian menarik dari Dr Samhan ini memberikan manfaat kepada anda. Jangan lupa juga untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video gaya hidup lelaki terbaik!