Fattah Amin Tersenarai 100 Lelaki Paling Seksi Dunia 2018 Kalahkan Pelakon Korea Selatan, Jung Hae-In

Share

Pelakon terkenal, Fattah Amin muncul sebagai satu-satunya selebriti Malaysia yang berada dalam senarai 100 Lelaki Paling Seksi Dunia 2018.

Tersenarai di kedudukan ke-76, suami kepada pelakon jelita Fazura itu berjaya mengalahkan beberapa lelaki Asia lain antaranya pelakon Korea Selatan, Jung Hae-In dan pelakon Thailand, Max Nattapol.

Menerusi laporan Astro Awani, perkara itu turut dikongsikan sendiri oleh Fattah menerusi akaun Instagramnya dan Fazura.

Senarai 100 lelaki paling seksi dunia 2018 itu telah dikeluarkan oleh sebuah laman web Starmometer

berdasarkan undian peminat di Facebook, Instagram dan Twitter.

Turut tersenarai sebagai 100 lelaki paling seksi dunia 2018 ialah anggota kumpulan BTS dari Korea Selatan, Jungkook.

Selain itu, beberapa nama besar yang tersenarai dalam 10 lelaki paling seksi dunia 2018 antaranya Pietro Boselli, Chris Pine, Ansel Elgort, Harry Styles dan Park Seo-Jun.

Manakala, pelakon negara jiran Indonesia, Joe Taslim pula berada di kedudukan ke-30 dalam senarai itu.

Sumber: Astro Awani

IKLAN