Gaya Hidup

Fitbit Versa 2, Jam Pintar Lengkap Dengan Ciri Kesihatan, Kecergasan & Bateri Tahan Lama

Share

Segmen jam pintar kini bukan lagi dianggap sebagai pelengkap kepada penggunaan telefon pintar semata. Malah kini jam pintar telah menjadi salah sebuah seleksi penting dalam fesyen serta gaya hidup lelaki masa kini.

Di natara jenama yang sering mengetengahkan inovasi serta teknologi terkini jam pintar ialah Fitbit.

Semalam, MASKULIN sempat bersama-sama menyaksikan pelancaran beberapa produk terbaru daripada Fitbit. Tumpuan utama pelancaran tersebut tertumpu kepada jam pintar terkini mereka iaitu Fitbit Versa 2.

Versi terbaru daripada siri Versa ini menyaksikan banyak perubahan serta penambahbaikan yang dimuatkan ke dalam ham pintar ini.

Di antara ciri-ciri utama pada Fitbit Versa 2 ialah rekaan swimproof, inovasi teknologi Sleep Score, smart wake dan juga pelbagai aplikasi tentang kesihatan, kecergasan serta kemampuan membantu pengguna untuk lebih aktif dengan senaman.

BACA: 6 Perkara Penting Dalam Memilih Jam Tangan Sesuai

Model terbaru ini juga tampil dengan teknologi pemproses lebih pantas dengan ribuan aplikasi boleh dimuatkan ke dalam jam pintar ini. Papan pemuka skrin juga dipertingkatkan dengan kepelbagaian clock faces yang lebih terang dan paparan lebih menarik.

Bagi MASKULIN, tarikan utama yang terdapat pada Fitbit Versa 2 ialah ciri Sleep Score. Menurut Pengarah Rantau Asia Tenggara Fitbit, Louis Lye kualiti tidur masyarakat zaman kini smakin menurun. Fotbit menawarkan Sleep Score bagi membantu pengguna medapat tidur lebih berkualiti.

Fitbit Versa 2 menawarkan beberapa ciri aplikasi yang boleh membantu seperti Sleep Score yang memantau kadar degupan jantung semasa tidur dan juga jaga.

Sleep Mode pula akan memastikan tidur anda tidak terganngu dengan aneka notifikasi.

Selain Fitbit Versa 2 yang sudah berada dipasaran bermula pada 15 September lalu, mereka juga memperkenalkan Fitbit Aria Air dan juga Fitbit Premium yang merupakan aplikasi kesihatan dan kecergasan bulanan.

IKLAN