Dalam dunia digital sekarang kita sentiasa mendengar pelbagai kes penipuan siber yang nampaknya semakin hari semakin serius.
Ada sahaja taktik pihak yang ingin mengaut keuntungan dengan cara haram lakukan dan kadangkala ia turut melibatkan pihak lain yang tak bersalah.
Itulah yang berlaku terhadap Fizo Omar seperti mana yang dikongsi olehnya di Instagram.
Menerusi posting yang dimuat naik pada tengahari tadi, Fizo mendedahkan ada pihak tak bertanggungjawab menyamar menjadi dirinya untuk menipu.
Malah scammer tersebut sangat berani menggunakan akauan @fizoomar___ dan @global zest credit. Menerusi posting yang memaparkan sreenshot, scammer tersebut mendakwa itu merupakan akaun peribadi Fizo Omar dan menawarkan untuk memberikan wang tunai kepada 5 peminat bertuah.
Fizo dengan tegas menyatakan dia tidak akan kena mengena dengan akaun tersebut.
Dia juga menyeru followers untuk sama-sama bantu dengan melaporkan akaun ini. Jelasnya lagi sudah ramai yang menjadi mengsa penipuan scammer ini,
Semoga perkara ini juga diambil serius oleh pihak Instagram kerana ia melibatkan kredibiliti Fizo Omar sebagai seorang artis dan usahawan yang berjaya.
Kredit: Instagram Fizo Omar
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI