Hampir semua orang mengenali nama JBL. Anda mungkin telah melihat nama mereka pada banyak produk audio pengguna dan profesional.

Mereka bukanlah pendatang baru dalam dunia fon kepala tanpa wayar dan nampaknya mereka kini telah melancarkan salah satu fon kepala yang paling berpotensi mengagumkan.

JBL Tour One M2 hadir dengan cawan telinga direka rata dan ramping. Anda juga akan melihat kilauan yang menggaris tepi bahagian atas dilekatkan pada cawan telinga, sebuah tambahan yang menyempurnakan penampilannya yang lebih elegan. Ini menjadikan salah satu dari reka bentuk yang paling selesa yang ditawarkan oleh JBL, kerana bantal telinganya sangat nyaman walaupun kelihatan lebih ramping.

Apa yang anda perolehi

Fon Telinga Serba Lengkap, JBL Tour One M2 Hadir Dengan Kualiti Hebat [Review]

1 x Fon Kepala JBL Tour One M2
1 x Kes Pembawa
1 x Kabel Audio 3.5 mm
1 x Adaptasi Penerbangan
1 x Kabel Pengecasan USB Jenis-C
1 x Waranti / Amaran (W / !)
1 x Lembaran Panduan Cepat / Keselamatan (S / i)

Pembatalan Bunyi – Inovasi Canggih

JBL Tour One M2 bukan sekadar fon kepala biasa. Mengapa MASKULIN berkata begitu? Kerana bagi kami ia merupakan jendela ke masa depan audio.

Berbekalkan teknologi pembatalan bunyi yang menyesuaikan diri secara ‘real-time’, fon kepala ini memahami dan bertindak balas terhadap persekitaran dengan sangat baik.

Fon Telinga Serba Lengkap, JBL Tour One M2 Hadir Dengan Kualiti Hebat [Review]

IKLAN

Bayangkan berada di sebuah kafe yang bising dan fon kepala ini dengan cerdas menyesuaikan diri untuk memberikan pengalaman mendengar yang optimal.

Ciri pintar yang lain menarik perhatian ialah apabila mula berbicara, fon kepala ini secara intuitif mengurangkan kadar bunyi muzik dan mengaktifkan mod Ambient Aware.

Ini memungkinkan anda untuk terlibat dalam perbualan tanpa perlu menanggalkan fon kepala. Ia seperti mempunyai asisten peribadi yang menguruskan pengalaman mendengar anda.

Uniknya, fon kepala ini membolehkan anda mencipta profil bunyi yang disesuaikan dengan pendengaran unik anda. Melalui ujian pendengaran Personi-Fi, setiap nota dan nada disesuaikan untuk menyesuaikan dengan kepekaan pendengaran anda, memberikan pengalaman mendengar yang benar-benar peribadi dan mendalam.

Pilihan Audio Alternatif

Dengan dua pilihan yang inovatif, Personal Sound Amplification dan Ambient Aware, fon kepala ini memberi anda kebebasan untuk memilih bagaimana anda ingin berinteraksi dengan dunia luar.

Sama ada mahu mendengar dengan lebih jelas atau merasai bunyi ambien yang lebih alami, pilihan di tangan anda.

IKLAN

Teknologi Spatial Sound pula menawarkan pengalaman bunyi keliling yang mengesankan. Dengan pilihan mod khusus untuk Muzik, Filem, dan Permainan, setiap mod memberikan nuansa yang berbeza untuk setiap jenis kandungan, memperkaya pengalaman mendengar anda.

Fon Telinga Serba Lengkap, JBL Tour One M2 Hadir Dengan Kualiti Hebat [Review]

Ia juga hadir ketahanan bateri yang cukup lama iaitu mampu bertahan sehingga 50 jam tanpa pembatalan bunyi dan 30 jam dengan pembatalan bunyi.

Jadi tidak hairanlah ia boleh menjadi teman setia untuk perjalanan panjang atau sesi mendengar yang berpanjangan. Ditambah lagi, fungsi pengisian cepatnya menjamin anda tidak akan pernah kehabisan juice ketika anda paling memerlukannya.

Fon Telinga Serba Lengkap, JBL Tour One M2 Hadir Dengan Kualiti Hebat [Review]

IKLAN

Dengan tujuh mikrofon yang dibina di dalamnya, fon kepala ini memastikan suara anda didengar dengan jelas dan tajam dalam sebarang panggilan, menjadikannya pilihan ideal untuk kegunaan profesional atau peribadi. Penggunaan bahan lembut pada cawan telibga yang lembut menawarkan keselesaan ergonomik.

Ternyata ia direka khusus untuk digunakan dan dipakai dalam tempoh masa yang lama tanpa rasa tidak selesa. Tidak kira bagaimana anda menggerakkan kepala anda, fon kepala ini tetap ditempat dengan sempurna.

Pembatalan Bunyi Terbaik

Fon telinga dengan teknologi Pembatalan Bunyi Terbaik (Noise Canceling)? Mungkin, terutamanya selepas menggunakannya sendiri selama dua minggu, MASKULIN dapati ia cukup mengagumkan.

Fon Telinga Serba Lengkap, JBL Tour One M2 Hadir Dengan Kualiti Hebat [Review]

Ia menyesuaikan diri dengan cekap untuk mengurangkan gangguan bunyi luar, memberikan pengalaman mendengar yang imersif.

Secara keseluruhannya, JBL Tour One M2 ini bukanlah hanya fon kepala semata. Ia merupakan sebuah manifestasi teknologi audio moden yang menggabungkan inovasi, kenyamanan dan kualiti.

Rating MASKULIN – 4.5/5

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI