Seperti yang MASKULIN nyatakan dalam artikel ‘pandang pertama’ sebelum ini, Samsung Galaxy Tab S9 FE merupakan edisi yang sudah ‘trim’ menjadi sebuah pakej mampu milik khusus buat peminat setia jenama asal Korea Selatan ini. Namun adakah ia menjejaskan prestasi dan juga rupanya?

Selepas menggunakan Samsung Galaxy Tab S9 FE selama kira-kira dua minggu, perkara pertama MASKULIN boleh kongsikan ialah ia merupakan sebuah tab yang memenuhi jangkaan tinggi yang penulis letakkan pada awalnya. Mengapa MASKULIN berkata begitu?

Galaxy Tab S9 FE sesuai dengan bentuk itu dengan sempurna, menghasilkan tablet yang dapat melakukan segala sesuatu dengan baik dalam pembinaan yang unggul, yang mungkin kita semua perlukan.

Samsung Galaxy Tab S9 FE Tepati Jangkaan Awal, Penuhi Setiap Aspek Penting & Asas [Review]

Tidak dinafikan sejak peranti pintar segmen tablet diperkenalkan, Samsung telah menjadi di antara pemain utama di
dalam pasaran tablet Android dengan menyediakan pengalaman perkakasan dan perisian teratas.

Samsung Galaxy Tab S9 FE dilihat sebagai sebuah tablet yang sesuai sepenuhnya dalam kategori yang sama dengan menyampaikan pengalaman pengguna yang tinggi yang memenuhi keperluan pengguna bukan kuasa tinggi dengan harga yang lebih berpatutan.

Spesifikasi Samsung Galaxy Tab S9 FE

  • CPU: Samsung Exynos 1380, Proses 5nm
  • GPU: Mali-G68 MP3
  • Memory: 6GB/8GB
  • Storan: 128GB/256GB UFS 2.2 (Slot Kad microSD)
  • Paparan: 10.9″ 2,304 x 1,440 TFT LCD, Adaptive 90Hz, HDR, Kecerahan Puncak 720 nits
  • Kamera Belakang: 8MP, Autofokus
  • Kamera Hadapan: 12MP Ultrawide, Fokus Tetap
  • Konnektiviti: Wi-Fi 6, Bluetooth 5.3
  • Bateri: 8,000mAh @ 45W Pengecasan Pantas
  • Dimensi & Berat: 165.8 x 254.3 x 6.5mm @ 523g
  • Lain-lain: Kaca Gorilla Glass 5, Tahan Air IP68, S Pen Disertakan
  • Warna: Mint, Lavender, Kelabu, Perak
  • Harga: RM 2,099 Wi-Fi (6GB+128GB) / RM 2,399 Wi-Fi (8GB+256GB) / RM 2,699 5G (6GB+128GB) / RM 2,999 5G (8GB+256GB).

PAPARAN

Buat penggemar peranti pintar anda mungkin sudah tahu bahawa Samsung merupakan di antara pengeluar skrin sesentuh yang sangat berkualiti di dunia. Malah jenama lain juga turut meminjam kepakaran mereka dalam menyediakan paparan berkualiti tinggi.

Samsung Galaxy Tab S9 FE Tepati Jangkaan Awal, Penuhi Setiap Aspek Penting & Asas [Review]

Samsung Galaxy Tab S9 FE hadir dengan skrin sesentuh 10.9 inci dengan kadar refresh 90Hz. Tidak dinafikan walaupun panel TFT LCD mungkin kurang dalam prestasi cahaya hitam berbanding OLED, namun prestasinya masih memadai untuk kegunaan kasual harian.

IKLAN

Adakah MASKULIN lebih suka paparan AMOLED? Sudah semestinya. Namun perluingat ia akan hadir dengan harga yang jauh lebih tinggi.

Samsung Galaxy Tab S9 FE Tepati Jangkaan Awal, Penuhi Setiap Aspek Penting & Asas [Review]

REKAAN

Jika mengikuti susur galur kepelbagaian tablet-tablet Galaxy, kita boleh dapati bahawa ia telah berkembang dengan kadar cukup menakjubkan terutamanya dari segi rekaan.

Galaxy Tab S9 FE mengambil reka bentuk yang sama seperti Tab S9 yang menjadi asasnya dan hampir tidak mengubah apa-apa.

Samsung Galaxy Tab S9 FE Tepati Jangkaan Awal, Penuhi Setiap Aspek Penting & Asas [Review]

Binaan keseluruhan luaran badannya ‘disaluti’ rangka aluminium. Warna kelabu tampil menonjol dengan memberikan profil ramping kepada Tab S9 FE. Pada bahagian tepinya pula ia tidaklah runcing dan disokong dengan , jalur antena yang melintasi tepi belakang memberikan siluet lebih menarik.

IKLAN

Di bahagian atas terdapat pelaras bunyi dan butang ‘power’ disokong ciri-ciri sensor cap jari, serta kawasan magnet untuk S Pen yang disertakan. Kedua-dua sisi peranti ini dilengkapi dengan pembesar suara, manakala bahagian kanan mempunyai port USB-C.

PRESTASI

Galaxy Tab S9 FE beroperasi dengan menggunakan ‘user interfcae’ (UI) One UI 5 berdasarkan Android 13. Secara keseluruhannya, MASKULIN berpendapat One UI 5 menawarkan pengalaman skrin besar yang hebat dan baik untuk peranti ini.

Sebenarnya tiada banyak perbezaan di antara One UI ini pada telefon Galaxy Samsung. Jika diperhatikan ia mempunyai halaman tetapan yang sama, panel Quick Setting dan sistem notifications yang lebih kurang serupa.

Samsung Galaxy Tab S9 FE Tepati Jangkaan Awal, Penuhi Setiap Aspek Penting & Asas [Review]

Tidak salah untuk MASKULIN katakan bahawa antara muka One UI Samsung sesuai dengan tablet lebih baik daripada telefonnya. Ini kerana ketika menggunakannya terasa ia sangat mudah untuk dinavigasi dan multitasks juga cukup mudah untuk diaplikasikan.

Galaxy Tab S9 FE hadir dalam konfigurasi RAM 6 GB/8 GB dengan pilihan penyimpanan 128 GB atau 256 GB. Ia dipadankan dengan pemproses Exynos 1380, yang bukan sesuatu yang biasa anda jumpai dalam tablet gred tinggi, tetapi ia dapat menyelesaikan tugas dengan baik.

IKLAN

BATERI

Salah satu aspek yang cukup kritikal bagi pengguna terutamanya di Malaysia ialah ketahanan bateri, Untuk Galaxy Tab S9 FE ia dibekalkan dengan bateri 8,000 mAh, berserta teknologi cas pantas.

Selain itu ia turut menawarkan ketahanan agak mengagumkan dengan memberikan penggunaan skrin di antara 7 hingga 8 jam dalam satui pengecasan penuh.

Samsung Galaxy Tab S9 FE Tepati Jangkaan Awal, Penuhi Setiap Aspek Penting & Asas [Review]

Walaupun tiada palam pengecas yang tersedia namun Galaxy Tab S9 FE menyokong palam pengecas pantas Samsung 45W. Untuk pilihan lain anda boleh gunakan pengecas pantas yang mempunyai jumlah Watts yang sama bagi keselesaan penggunaan kasual.

Secara keseluruhannya MASKULIN dapati Galaxy Tab S9 FE merupakan satu peranti yang membawa nilai wang yang cukup baik.

Walaupun hadir dengan paparan LCD, Samsung berjaya menjadikan versi Fan Edition ini dengan pengurangan minima dan menawarkan peranti yang berfungsi dengan baik bagi kebanyakan pengguna.

RATING MASKULIN: 4/5

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI