Seperti yang kita tahu, Perintah Kawalan Pergerakan sudah mencecah hari yang ke 6 dan ditingkatkan dengan bantuan pihak Angkatan Tentera Malaysia untuk membantu Polis Diraja Malaysia.

Kempen #StayAtHome masih diteruskan lagi kerana ada beberapa individu yang masih berdengil dan tidak bertanggungjawab untuk duduk dirumah.

Terbaru Taiko Jai atau Datuk Adi Putra, pelakon yang berasal dari Singapura ini turut membuat video dan menasihati orang ramai untuk patuh arahan kerajaan dan jangan berdegil.

“Seram ni, seram lagi di luar, tak seram duduk di rumah. Macam nil ah aku menyeru dan mintak tolong korang semua duduk rumah berikan prihatin kepada keluarga, relax dan santai-santai di rumah buat aktiviti bebas di rumah seperti tengok tv, mengaji ke solat dan seterusnya apa yang diwajibkan.

IKLAN

“Tak pe, jai bagi tazkirah free selama 14 hari kita kena kuarintin. Dah lama perwatakan Jai ni tidak di kemukakan dan mudah-mudahan orang kata perkongsian ini orang ramai akan ambil berat dan berikan prihatin.

“For the time being these 14 days, please stay at home” – Adi Putra Beri Nasihat Pada Yang Degil!

“Korang bayangkan petugas-petugas, pekerja di luar sana seperti di hospital, pihak PDRM, dan ATM akan turun bayangkan diorang berjuang demi negara tak kan kita tak ada perasaan ihsan.

IKLAN

“Tak kisah lah orang kata kita berubah, janji kita berubah kea rah kebaikan, tak salah! Jadi, why not we take these things very seriously, think positive, supaya bila kita dah mengatasi masalah ini, korang nak keluar ke nak pergi enjoy ke please go ahead.

For the time being these 14 days, please stay at home. Meme lah, sekarang ni dah menular yang kat luar tu masih degil, jika mereka masih degil nanti Tok Anjang sampai pandai-pandai lah diorang kena rembat.” Tutur Adi dengan Panjang lebar.

IKLAN

Di kesempatan ini, dia turut tidak ketinggalan mengucapkan Israj Mikraj kepada semua muslimin dan muslimat sekalian dan turut mengingatkan orang ramai tentang membaca Al-Quran supaya Allah makbulkan segala doa dan hajat kita dalam memerangi wabak COVID-19.

Video tersebut telah mendapat jumlah 204k tontonan orang ramai dan hanya berdurasi 3 minit 8 saat sahaja.

 

View this post on Instagram

 

Kan kan kan kan…. #taatpadayangsatu #stayhomeandstaysafe #covid_19

A post shared by ADI PUTRA #taatpadayangsatu (@adpadiputra) on

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI