Gambar seorang guru lelaki, Fazri Hassan yang mengajar di sekolah pendidikan khas tular apabila dia merelakan dirinya untuk menjadi pameran seni bergerak.
Tujuannya adalah untuk menghargai kesungguhan para pelajarnya yang cuba untuk jadi kreatif selain menerapkan proses untuk perkembangan minda.
I'm a moving art exhibition today! ?? Penutup bagi projek unsur seni Demi menghargai hasil seni murid murid P.khas saya walaupun tidak seberapa namun mendidik untuk menghargai usaha itu lagi penting. Maka jadilah saya pameran seni bergerak di sekolah hari ini pic.twitter.com/59p0xX6TtW
Seorang pemuda Thailand dilaporkan sanggup mengambil risiko untuk menjalani pembedahan membuang lemak di bahagian perut.
Tekadnya adalah semata-mata kerana dia mahu doktor yang ditemuinya itu menampal 6 pack palsu mengantikan perut yang pada asalnya berisi.
Menerusi beberapa gambar yang dikongsikan laman Facebook Atittayapa Photiya, pemuda Thailand itu seperti terpaksa bertarung dengan kesakitan.
Walau bagaimanapun untuk fasa awal selepas pembedahan, badan pemuda itu kelihatan sangat sempurna tanpa kesan pembedahan.
Namun demikian, netizen yang melihat gambar tersebut tidak bersetuju dengan tindakan lelaki terbabit untuk mendapatkan tubuh secara ‘instant’.
Netizen juga tidak menolak lambat laun, tubuh lelaki terbabit boleh terjejas kerana faktor usia selain berpotensi untuk diserang kuman secara perlahan-lahan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tahniah diucapkan buat Andika Rees yang berjaya menamatkan pengajian baru-baru ini. Meskipun diuji berita duka pemergian datuk tersayang, Datuk Pahamin A Rajab akibat serangan jantung ketika dalam penerbangan ke London untuk menghadiri majlis konvokesyen Rees namun keluarga ini bangkit mendepani hari mendatang.
Individu paling bangga dan gembira dengan kejayaan tersebut pastinya ibu bapa Rees iaitu pelakon Azhar Sulaiman dan Chempaka Emalin.
Anak lelaki yang juga kembar kepada Kasih Iris Leona yang kini berusia 21 tahun berkenaan berjaya mengenggam Ijazah Sarjana Muda Maritime Business and Law, Solent University.
Ramai yang mengagumi kebijaksanaan Rees dan tidak kurang juga yang memuji wajah kacak anak selebriti popular tersebut.
Azhar menerusi media sosial berkongsi momen majlis graduasi anak tersayang beserta kapsyen, “Syukur alhamdulillah Andika Rees Pahamin bin Azhar. Job well don son. Next..”
Pelakon yang pernah popular menerusi filem Abang 92 itu sempat membalas komen peminat yang bertanyakan mengenai graduasi Leona. Dedah Azhar, anak gadisnya itu bakal tamat pengajian dalam tempoh tiga tahun lagi.
Sementara itu, kembar Rees yang lebih dikenali ramai sebagai Leona turut menitipkan ucapan istimewa. “ConGrads Reesy. Me love you. Of course it had to rain all day, perfect England weather.”
Turut kelihatan menghadiri hari bermakna Rees itu ialah ibunya, Chempaka Emalin dan nenek, Datin Zainab Mohamad serta beberapa ahli keluarga lain.
Rees dalam pada itu memuat naik gambar dirinya lengkap berjubah konvo di Instagram miliknya yang didedikasikan khas buat arwah datuk tersayang.
“This one’s for you Tok Pok.”
Azhar dan Chempaka dikurniakan tiga anak iaitu Kasih Leia Ixora, Kasih Iris Leona dan Andika Rees Pahamin.
Mewarisi gen bijak Azhar dan Chempaka, ketiga-tiga cahaya mata pasangan ini menjadi tumpuan masyarakat kerana meraih keputusan akademik cemerlang.
Anak sulung mereka, Kasih Leia Ixora berjaya tamat pengajian di University of Notthingham pada Julai 2021.
Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada Andika Rees dan semoga terus berjaya dalam hidup.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Hubungan antara kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan gergasi Eropah, Paris Saint-Germain (PSG), bukanlah sekadar hubungan biasa antara dua entiti sukan.
Ia melambangkan jalinan strategik dan saling menghormati antara dua kelab yang dipacu oleh cita-cita tinggi dan visi kepimpinan yang jelas.
Walaupun butiran terperinci kerjasama lampau mungkin tidak didedahkan secara meluas, keakraban antara kedua-dua kelab ini sering terserlah melalui interaksi di peringkat tertinggi.
Sekali gus mencerminkan persefahaman dalam membina jenama bola sepak moden yang berjaya dan berpengaruh di rantau masing-masing. Hubungan ini dibina atas dasar perkongsian aspirasi untuk mencapai kecemerlangan, baik di dalam mahupun di luar padang.
Terbaru, hubungan erat ini sekali lagi dibuktikan apabila Presiden Paris Saint-Germain, Nasser Al-Khelaifi, secara peribadi mengutuskan surat tahniah kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor merangkap pemilik Kelab Bolasepak JDT.
Ucapan tersebut adalah bagi meraikan kejayaan luar biasa JDT merangkul kejuaraan Liga Super Malaysia buat kali ke-11 berturut-turut bagi musim 2024-25.
Dalam suratnya, Al-Khelaifi menyifatkan pencapaian ini sebagai satu kejayaan bersejarah dan bukti nyata kepada “visi dan kepimpinan yang jelas” oleh Tunku Ismail.
Beliau turut melahirkan rasa kagum dengan kejayaan menyeluruh JDT yang meraih 16 trofi secara keseluruhan musim ini, melibatkan pasukan dari peringkat junior hingga skuad utama.
Secara tidak langsung menunjukkan komitmen luar biasa kelab terhadap pembangunan bola sepak jangka panjang.
Penghargaan daripada seorang tokoh besar dalam bola sepak global seperti Al-Khelaifi ini secara tidak langsung menyorot persamaan menarik antara beliau dan Tunku Ismail.
Kedua-duanya merupakan figura pemimpin dinamik yang bukan sekadar pemilik kelab, tetapi arkitek utama di sebalik transformasi kelab masing-masing menjadi kuasa dominan.
Untuk rekod penghujung tahun lalu, Tunku Ismail telah mengadakan pertemuan dengan Nasser Al-Khelaifi di Qatar dan mengumumkan sesuatu yang besar bakal berlaku.
Bahkan dilaporkan kemungkinan besar akan diadakan perlawanan persahabatan di antara dua kelab jagoan ini.
Al-Khelaifi telah mengangkat PSG menjadi jenama global dan pesaing hebat di Eropah, manakala Tunku Ismail telah merevolusikan JDT menjadi kelab paling berjaya dalam sejarah bola sepak Malaysia dan kuasa yang disegani di peringkat Asia.
Kedua-dua pemimpin ini berkongsi ciri-ciri kepimpinan strategik, pelaburan besar dalam infrastruktur dan bakat, serta keazaman tinggi untuk menetapkan standard kecemerlangan baharu dalam pengurusan kelab bola sepak moden.
Mereka adalah contoh pemimpin yang tidak hanya mengejar trofi, tetapi membina legasi yang berkekalan.
Ucapan tahniah daripada Presiden PSG ini bukan sekadar formaliti diplomatik; ia adalah satu pengiktirafan signifikan terhadap status dan reputasi JDT di persada antarabangsa.
Pujian terhadap bakat dan dedikasi seluruh warga kerja JDT, serta penekanan terhadap pembangunan akar umbi melalui Akademi JDT, mengesahkan bahawa model pengurusan Harimau Selatan kini menjadi rujukan.
Dalam penutup suratnya, Al-Khelaifi turut menyatakan kesediaan untuk terus membantu dan menitipkan ucapan selamat maju jaya kepada JDT bagi menghadapi perlawanan akhir Piala Malaysia yang akan datang, mengisyaratkan hubungan baik yang berterusan antara dua kelab gergasi ini.
Memilih jam tangan larian bukan sekadar soal jenama atau rupa. GPS, bateri, data latihan dan keselesaan memainkan peranan penting untuk membantu anda menjadi pelari yang lebih baik.