[FOTO] Teruja Gambar Tular, ‘Cikgu Pameran Bergerak’ Dedah Muka Perekanya!

Share

Gambar seorang guru lelaki, Fazri Hassan yang mengajar di sekolah pendidikan khas tular apabila dia merelakan dirinya untuk menjadi pameran seni bergerak.

Tujuannya adalah untuk menghargai kesungguhan para pelajarnya yang cuba untuk jadi kreatif selain menerapkan proses untuk perkembangan minda.

Dedah muka perekanya

Di sebalik baju yang kelihatan sangat cute itu, Fazri bukan sahaja berbangga kerana dapat memakainya malah turut mendedahkan muka perekanya.

Kelihatan anak-anak yang sangat comel dan biar pun proses untuk menyiapkannya mengambil masa hampir 3 hari, hasilnya sangat luar biasa.

Rasa terharu

Menerusi perkongsian baharu, Fazri amat terharu dan mengucapkan terima kasih kepada wakil media yang sudi menghubunginya.

Fazri berharap dengan pendedahan tersebut, dunia pendidikan khas di Malaysia akan mendapat perhatian yang sepatutnya dan wajar untuk didekati.

IKLAN