Walaupun kebanyakan telefon pintar kini lengkap didatangkan dengan kualiti kamera yang baik namun penggunaan serta permintaan kamera digital masih lagi tinggui dan relevan. Ini terutamanya buat mereka yang benar-benar mahukan kualiti foto dan video yang berada pada kelas tersendiri.

Kamera digital mirrorless kini menjadi pilihan ramai dengan kemampuannya tidak dapat lagi dipertikaikan. Salah satu jenama pengeluar yang sentiasa hadir dengan inovasi terkini ialah Fujifilm. Terbaru, mereka memperkenalkan Fujifilm X-H2.

Fujifilm X-H2 Kamera Mirrorless Terbaru Dengan Kemampuan Rakaman 8K

Apa yang menarik, kamera mirrorless ini dilancarkan sebagai kamera APS-C pertama di dunia yang mampu melakukan rakaman video pada kualiti 8K/30p ProRes.

IKLAN

Kemampuan ini direalisasikan dengan H-H2 dilengkapi sensor 40.2MP CMOS 5 HR X-Trans yang turut hadir bersama pemproses cip pengimejan X-Ptocessor 5.

Fujifilm X-H2 Kamera Mirrorless Terbaru Dengan Kemampuan Rakaman 8K

IKLAN

Ia juga merupakan kamera yang dilengkapi dengan sistem pentabilam IBIS 5. Menurut Timbalan Presiden Pengimejan Elektronik dan Divisyen Peranti Optikal Amerik Utara, Victor Ha,”H-H2 menyertai kamera flagship keluarga X-H bukan hanya sesuatu yang cukup bermakna buat Fujifilm teta[i ia merupakan signifikasi istimewa untuk pelanggan”.

Fujifilm X-H2 Kamera Mirrorless Terbaru Dengan Kemampuan Rakaman 8K

IKLAN

Difahamkan rakaman video pada resolusi 8K/30p ProRes boleh dilakukan dalam tempoh sehingga 30 minit bagi setiap sesi. Kamera ini juga mampu mengambil 40 bingkai sesaat dengan AF dan AE atau 30 bingkai sesaat sehingga 1000 gambar secara berterusan.

Antara elemen lain yang tidak kurang hebatnya ialah ia turut dilengkapi shutter mekanikal 15fps, pentsabilan imej dalaman pada bacaan 7.0 stops, trio Pro Res, video encoding H.265 atau H.264 dan kemampuan 120 fps.

https://www.youtube.com/watch?v=dPJfLHqVzHU

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI