GAC Malaysia mengumumkan pelantikan pelakon prolifik dan personaliti terkenal tanah air, Datuk Remy Ishak, sebagai duta jenama terbaharu, bergandingan dengan duta sedia ada, Jack Lim.
Pengumuman ini dibuat sempena acara GAC & AION Showcase di 1 Utama Shopping Centre ketika jenama ini sedang giat memperkukuh kedudukannya di pasaran tempatan.
Pelantikan ini hadir seiring dengan pelancaran dua model baharu iaitu GAC EMKOO C-SUV pemasangan tempatan dan GAC M8 PHEV MPV import sepenuhnya.
Dua Ikon, Satu Misi
Remy, yang mula mencuri perhatian rakyat Malaysia menerusi drama popular Nurkasih, bukan sahaja dikenali kerana bakat lakonannya, tetapi juga kerana personaliti bersahaja dan profesional yang dekat di hati peminat.
Karisma serta hubungan eratnya dengan masyarakat menjadikan beliau pilihan tepat untuk mewakili jenama automotif yang menekankan gaya, inovasi, dan kebolehpercayaan.
Sejak dilantik sebagai duta pertama pada 2024, Jack Lim telah menjadi wajah penting GAC Malaysia melalui inisiatif ONE GAC.
Beliau bukan sahaja membantu memperkenalkan model GAC GS3 EMZOOM kepada orang ramai, malah turut berkongsi pengalaman peribadi sebagai pengguna dan menyokong pelbagai aktiviti promosi, termasuk lawatan ke ibu pejabat GAC di China.
Ads
Ketua Pegawai Eksekutif Warisan TC Holdings Bhd, Tan Keng Meng, menyifatkan Jack sebagai lebih daripada sekadar duta, sebaliknya seorang penyokong setia jenama.
Tan turut menyatakan rasa teruja menyambut kehadiran Remy ke dalam keluarga GAC.
Menurutnya, kedua-dua duta ini mencerminkan nilai yang dibawa oleh GAC Malaysia – gabungan gaya elegan dan kebolehpercayaan harian.
Ads
GAC EMKOO & M8 PHEV Tarikan Baharu 2025
Dalam majlis itu, kedua-dua duta menerima kunci simbolik GAC EMKOO dan akan menjadi antara pemilik terawal model tersebut di Malaysia.
GAC EMKOO tampil dengan rekaan futuristik, ruang kabin luas dan ruang kargo terbaik dalam kelasnya, ditawarkan dalam dua varian Premium dengan harga anggaran bermula RM120,000 dan Premium Pro dari RM130,000.
Ia dikuasakan enjin 1.5TGDI bersama transmisi klac berkembar 7 kelajuan, serta dilindungi waranti kenderaan lima tahun atau 150,000km dan waranti enjin serta rangkaian kuasa tujuh tahun atau 180,000km.
Turut diumumkan, GAC M8 PHEV sebagai MPV flagship menawarkan gabungan prestasi dan kecekapan hibrid, dengan harga anggaran RM333,000 bagi varian Premium dan RM380,000 bagi varian Luxury.
Ads
Ia menggunakan enjin turbo 2.0 liter bersama sistem hibrid dua peringkat, memberikan jarak pemanduan sehingga 1,038km terbaik dalam kelasnya.
MPV ini turut dilindungi waranti kenderaan lima tahun atau 150,000km dan waranti bateri lapan tahun atau 150,000km.
Maklumat lanjut boleh didapati di laman web rasmi www.gacmotor.com.my atau media sosial GAC Motor Malaysia bagi kemas kini acara, pandu uji, dan tempahan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sebelum ini penulis ada mengeluarkan artikel tentang model terkini Myvi baharu. Bagaimanapun, lakaran ringkas berkenaan mendapat respons kurang memberangsangkan daripada pengikut Sinar Turbo.
Baru-baru ini, penulis menerima lakaran imej 3D Myvi baharu daripada individu yang dirahsiakan identitinya.
Setelah mengambil kira input terkini yang diterima, beberapa perubahan telah dilakukan pada lakaran berkenaan.
Masih menggunakan Toyota Corolla iM sebagai asas platform, bahagian depan mengalami perubahan di sektor lampu, bampar dan gril. Jika diamati bahagian gril menerima kemasan krom tebal yang dipadankan dengan logo Perodua yang terletak di bahagian tengah.
BACA>>>>>INI WAJAH SEBENAR MYVI GENERASI KETIGA?
Lampu utama jika dilihat mirip Bezza tetapi didatangkan dengan saiz lebih besar yang ditarik sehingga ke belakang. Lampu belakang juga berubah dan tampil dengan desain kombi.
Model dengan kod D20N itu dikatakan lebih besar dan panjang berbanding generasi terdahulu.
Pada bahagian mekanikal dikatakan Perodua bakal menggantikan enjin DVVT sedia ada dengan unit Toyota NR 1.3 liter dan 1.5 liter Dual VVT-i yang kini dipasang pada model Bezza dan Vios baharu.
Sementara, bahagian transmisi masih mengekalkan kotak gear 4-kelajuan automatik dan 5-kelajuan manual.
Berikut informasi yang perlu anda ketahui tentang model Myvi baharu:
1) Lampu depan dikatakan akan menggunakan lampu LED bersama ciri pelarasan sebagai standard.
2) Lampu belakang menggunakan rekaan kombi dan pandangan belakang Myvi baharu mengingatkan kepada Kia Rio. Konsep pembuka pintu but belakang sama seperti model Axia baharu.
3) Difahamkan selain pilihan rim 14 inci, Perodua bakal menawarkan pilihan rim bersaiz 15 inci.
4) Pilihan warna baru iaitu kelabu dan hijau.
5) Posisi gear diposisikan di konsol tengah dan tidak lagi diletakkan pada papan pemuka.
6) Butang penghidup push/start ditawarkan standard pada semua varian.
7) Varian tertinggi bakal menerima skrin sentuh bersama integrasi GPS, pemain DVD dan lain-lain.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
BATERI kereta berfungsi membekalkan arus elektrik untuk menghidupkan enjin. Bateri kereta turut menyimpan muatan elektrik untuk digunakan semasa enjin tidak beroperasi. Bateri dianggap sebagai alat penting dalam peraturan sistem elektrik kenderaan. Anggap saja seperti paru-paru yang menjadi organ penting dalam sistem pernafasan.
Selalunya bateri kereta yang dijaga dengan baik boleh bertahan sehingga 2 hingga 3 tahun malah ada batetri yang tahan lebih lama lagi. Menjaga bateri kereta anda tidaklah sesusah mana. namun jika anda mengabaikannya, tentulah bateri kereta anda akan cepat kong.
Terdapat dua jenis bateri yang boleh anda perolehi pada masa kini :
Sel kering (Free Maintenance)
Sel basah.
Berikut merupakan beberapa cara yang boleh anda praktikkan untuk menjaga bateri kereta anda :
1.Periksa Aras Air Bateri
Langkah ini sesuai digunakan untuk pengguna bateri sel basah dan bukannya bateri maintenance free. Bateri sel basah memerlukan cecair ditambah dari semasa ke semasa. Cecair yang kurang dalam bateri dalam masa yang panjang akan mengakibatkan tempoh hayat bateri pendek daripada yang sepatutnya.
Pastikan air bateri mencapai tahap max. Cara menambahnya amat mudah. Anda cuma perlu membuka penutup dan isikan dengan air bateri yang anda boleh dapati daripada stesen minyak berdekatan.
2.Bersihkan Terminal Bateri
Setiap bateri akan mempunyai terminal postif (+) dan negatif (-) yang perlu anda bersihkan. Ini kerena keladak pada terminal akan menyebabkan cas bateri tidak sampai dan kenderaan tidak dapat dihidupkan. Cara untuk membersihkan terminal bater :Tanggalkan kabel sambungan daripada terminal bateri dan jauhkannya daripada terminal bateri. Bersihkan terminal dengan berus dawai dengan bancuhan air dan soda bikarbonat. Gosok perlahan-lahan sehingga bersih daripada kesan garam asid. Jangan menggunakan tukul sewaktu memasang kembali sambungan ke terminal bateri. Longgarkan skru sambungan untuk memudahkan pemasangan kembali.
3.Sapukan Gris Tahan Panas
Sapukan gris tahan panas pada bahagian terminal bateri untuk mengelakkan daripada terhakis dan karat.
4.Pasang Voltmeter
Bateri anda memerlukan cas yang cukup untuk untuk beroperasi. Jika anda menghantar kereta anda untuk servis ataupun diselenggara, pastikan voltan bateri diperiksa sekali oleh mekanik. Mereka biasanya mempunyai peralatan khusus untuk memeriksa voltan bateri. Bergantung pada saiz dan jenis bateri, bateri bercas penuh biasa mempunyai bacaan 12.5 ke 12.6 volt. Pemasangan voltmeter didalam kereta anda tentulah cara yang paling mudah untuk memeriksa voltan bateri anda.Kini anda boleh membelinya di pasaraya terkenal. Walaupun bacaan dikatakan tidak tepat,namun ianya pasti memudahkan anda.
CIRI-CIRI BATERI KERETA YANG BAIK
Bateri kereta dicas secukupnya.
Umur bateri bertahan lama.
Aras elektrolit bateri sentiasa terkawal.
Tiada perlukan kerap menambah air suling.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai lelaki yang menganggap kereta mereka sebagai aset kesayangan. Apatah lagi kalau kereta itu dibeli dengan harga yang mahal menggunakan titik peluh sendiri. Pasti sangat berharga.
Tapi tak kurang juga lelaki yang anggap kereta itu sebagai rumah mereka yang kedua. Di situlah mereka jadikan kenderaan, di situlah mereka makan, di situlah mereka keluar dating dan di situ jugalah jadi spot tidur sementara.
Bukan sahaja pakaian malah segala macam perkakasan, kasut dan pelbagai lagi dimuatkan dalam kereta. Namun tahukah anda dengan cuaca negara kita yang sentiasa lembab dan panas boleh mengakibatkan barangan yang disimpan dalam kereta menjadi rosak.
Ini sekali gus boleh membuatkan anda rugi. Tak pasal-pasal anda kerugian dek kerana anda suka sangat simpan barang dalam kereta. Dan jika amalan ini berlarutan ia juga boleh membahayakan nyawa anda dan penumpang.
Di sini MASKULIN kongsikan 10 barangan yang dilarang disimpan di dalam kereta.
1. Botol Air Plastik
Simpan air minuman dalam botol plastik dalam kereta adalah satu perkara yang boleh menbahayakan kesihatan anda. Kebanyakan botol plastik mengandungi bahan pollietilena terephtalate (PET) yang digelar penggangu endoktrin. Ia berpotensi untuk menggangu hormon pembiakan manusia.
2. Kaca Mata
Ini antara aksesori yang sering disimpan dalam kereta. Tapi sebenarnya perbuatan ini hanya merugikan anda kerana ia membuatkan kaca mata menjadi panas lalu cepat rosak. Apatah lagi jika bingkai kaca mata diperbuat daripada bahan seperti asetat atau nilon.
Tak kiralah apa jenis ubat pun anda dilarang menyimpannya di dalam kereta. Ini kerana bila kenderaan panas suhu tersebut mampu mengubah strukrue molekul ubat. Akibatnya ubat tersebut jadi ‘tawar’dan kurang berkesan.
4. Telefon Pintar
Apa jua barangan elektronik terutamanya telefon pintar tak boleh disimpan dalam kereta. Selain membahayakan kenderaan dan menjadi sasaran mudah pencuri ia juga boleh merosakkan telefon pintar akibat cuaca yang panas. Apabila berada dalam suhu panas melampau, ia boleh merosakkan peranti-peranti yang anda simpan dalam kereta.
5. Penyembur Rambut
Mungkin ada yang trak tahu bahawa penyembur rambut mengandungi bahan yang mudah terbakar. Dan barangan seperti ini adalah dilarang sama sekali disimpan di dalam kawasan panas.
6. Pemetik Api
Begitu juga dengan pemetik api yang dengan jelas mengandungi cecair mudah terbakar. Ingat, walaupun ia bersaiz kecil namun impak jika ia terbakar sangatlah besar. Jadi jangan simpan pemetik api dalam kereta jika tak mahu kereta anda hangus dijilat api.
7. CD Muzik
Mungkin sekarang penggunaan CD semakin berkurangan dengan adanya pelbagai servis penstriman lagu. Namun, ia masih popular di kalangan penggemar muzik sejati. Jika sayangkan CD anda, elakkan menyimpannya dalam kereta. Suhu yang pana boleh merosakkan CD dan mengakibatkan ia melengkung.
8. Perfume
Perfume atau minyak wangi merupakan bahan wajib dimiliki oleh seorang lelaki. Untuk lelaki yang sering on-the-go biasanya anda menyimpan perfume di dalam kereta. Tapi ia sebenarnya hanya merugikan anda kerana suhu panas boleh membuatkan perfume menjadi kurang berbau.
9. Dokumen Penting
Anda perlu ingat segala jenis dokumen penting tak boleh disimpan dalam kereta dalam tempoh yang lama. Ini kerana dokumen-dokumen itu mengandugi pelbagai maklumat peribadi anda. Jika kereta anda kena pecah oleh pencuri, maklumat anda akan terdedah. Pastinya anda tak mahu perkara ini berlaku, bukan?
10. Pencuci Muka
Pencuci muka dan produk grooming yang lain juga tak boleh disimpan dalam kereta. Disebabkan suhu panasa, beli tak sampai sebulan produk-produk anda itu jadi rosak. Sebaliknya letakkan produk penjagaan wajah dan badan ke dalam beg khas yang mudah dibawa ke mana-mana.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.