Ukurlah baju di badan sendiri.

Itu antara perkara yang paling utama untuk buat anda sentiasa berasa cukup dengan perbelanjaan berdasarkan pendapatan anda.

Nak membazir menang sangat mudah. Lain pula bila nak mendapatkannya, anda harus bekerja dengan keras.

Jika anda sedang tercari-cari bagaimana untuk mengelakkan pembaziran duit dan cara berjimat dalam perbelanjaan harian, ikutilah tip di bawah ini!

Kenal pasti perbelanjaan

Membayar dengan menggunakan tunai memudahkan anda mencatat dan kenal pasti perbelanjaan. Daripada anda menggunakan kad kredit dengan kerap, anda dinasihatkan untuk menggunakan tunai. Anda banyak membazirkan duit jika menggunakan kad kredit, kerana anda terpaksa membayar kadar faedah.

Kenapa perlu berhutang, kemudian membayar dengan kadar yang lebih tinggi sekiranya mempunyai wang tunai?

Walaupun begitu, bukanlah kad kredit itu tidak perlu. Bahkan sesetengah barangan seeloknya di lakukan dengan kad kredit untuk tujuan jaminan (warranty), bonus dan lain-lain. Cuma, tengok keadaanlah, kalau anda mempunyai wang yang mencukupi untuk membeli belah di super market, apa kata kalau gunakan tunai.

Batalkan Langganan/Keahlian

Kadang-kala anda melangan atau menjadi ahli kepada sesuatu yang anda tidak guna dengan kerap, ada sesetengah itu anda gunakan sekali sahaja. Oleh itu, anda hendaklah memikirkan sekali lagi, adakah langganan anda itu tadi berbaloi. Jika anda rasa ianya berbaloi, teruskan melanggan dan jika tidak, cepat- cepat berhenti daripada melanggan.

Jika anda kerap melanggan sesuatu, tidak kiralah majalah, surat khabar ataupun shopping, anda akan dapati anda dibebani dengan jumlah yang bertimbun. Lebih malang jika anda tidak dapat kenal pasti apa yang anda terpaksa bayar setiap bulan – anda sudah hilang track. Oleh itu, anda mahu melanggan sesuatu, pastikan ianya akan memberikan manfaat kepada anda, biarlah padan dengan apa yang anda bayar.

Berhenti Melakukan Pembelian Impuls

Pembelian Impuls merujuk kepada pembelian yang dilakukan tanpa perancangan awal dan pembelian tanpa keperluan, biasanya ia didorong oleh perasaan untuk memliki sesuatu (terutama jika ada jualan) ataupun ingin mencontohi seseorang.

IKLAN

Gaji Tak Pernah Cukup? Sebenarnya Anda Boleh Berjimat & Menabung Jika Amal Tip Ini!

Pada mulanya, anda mungkin akan rasa berpuas hati, gembira dengan pembelian anda itu. Namun, lama-kelamaan ia akan menjadi satu tabiat buruk yang anda patut elak. Jika anda mampu tetapi tidak perlukannya, elakkan daripada membelinya. Sebaliknya, berbelanjalah duit itu dengan cermat, membeli barangan keperluan anda bukannya membeli barangan kemahuan.

Jika anda sukar untuk menahan nafsu membeli, apa kata anda pergi shopping dengan berteman, tidak kiralah kawan, ahli keluarga ataupun suami/isteri. Beritahu mereka agar memantau barangan yang anda nak beli dan ingatkan anda agar tidak membazir ke atas sesuatu yang tidak perlu.

Membeli Mengikut Kuantiti Keperluan Yang Sesuai

Belilah barangan secara borong, jika anda perlukan barang dengan banyak, boleh tahan lama (kalau makanan) ataupun ingin berkongsi dengan pembelian dengan orang lain. Jangan sesekali membeli sesuatu dengan banyak, melebihi apa yang anda perlu – sehinggakan barangan tersebut tidak digunakan ataupun basi (makanan). Akhir sekali anda terpaksa membuang semua barangan tersebut begitu sahaja, tiada bezanya dengan membuang duit kertas anda begitu sahaja. Ini sudah kira pembaziran duit!

Jika anda memiliki keluarga yang besar, ataupun jagaan yang ramai dan anda tahu bahawa barang (contohnya makanan yang dibeli borong, banyak) boleh dihabiskan sebelum tarikh luput, maka membelinya secara borong lebih jauh menguntungkan. Ia juga boleh menjimatkan perbelanjaan anda untuk masa hadapan.

Berjimat Semasa Membeli Barangan Runcit

Gaji Tak Pernah Cukup? Sebenarnya Anda Boleh Berjimat & Menabung Jika Amal Tip Ini!

IKLAN

Semasa membeli belah barangan runcit ataupun di pasar raya, pastikan anda membuat senarai barangan yang perlu dibeli terlebih dahulu. Membeli belah tanpa ada perancangan awal boleh menyebabkan anda berbelanja secara berlebihan – dan mungkin juga melakukan pembelian impuls.

Lekatkan senarai barangan di peti sejuk, agar setiap kali anda terlintas untuk membeli sesuatu, tuliskannya di berjimat semasa membeli barangan runcitsenarai tersebut. Kemudian bawanya sebelum pergi ke pasar raya. Rancang menu dan sajian untuk seminggu ataupun minggu depan dan membeli barangan keperluan semasa membeli belah.

Manfaatkan Kemudahan Awam

Gaji Tak Pernah Cukup? Sebenarnya Anda Boleh Berjimat & Menabung Jika Amal Tip Ini!

Di Malaysia, terdapat banyak kemudahan awam yang disediakan, yang boleh menjimatkan perbelanjaan anda. Antaranya adalah:

Perpustakaan. Sebalik membeli buku, apa kata anda memanfaatkan perpustakaan untuk menjimatkan perbelanjaan. Selain membaca/meminjam buku, anda juga boleh melayari internet dengan kemudahan WiFi percuma dikebanyakan perpustakaan.
Gunakan fasiliti awam utuk sukan. Sebagai contoh kolam renang, maka anda tidak perlulah membuatnya sendiri. Ataupun menggunakan alat senaman yang sudah disediakan di taman, daripada membelinya sendiri.
Kemudahan awam tidaklah terhad seperti di atas sahaja, terdapat banyak lagi yang anda boleh manfaatkan.

IKLAN

BACA: 11 Khasiat Pakai Wangian Seperti Haruman Kasturi Untuk Ke Solat Jumaat

Jimatkan Tenaga

Hadkan penggunaan pendingin hawa, matikan lampu ataupun kipas jika tidak digunakan/perlu digunakan. Selain elektrik, anda juga perlu menjimatkan penggunaan air. Pastikan anda tutup paip semasa memberus gigi, elakkan air mengalir begitu sahaja tanpa tujuan. Banyak lagi cara-cara untuk menjimatkan elektrik dan air yang anda boleh amalkan, konsepnya “kalau tidak perlu, jangan guna”.

Raikan Kejayaan Anda!

Kadang-kala anda juga perlu berehat dan menikmati apa yang anda sudah berjaya kecapi. Samalah juga dengan berjaya berjimat cermat dalam tempoh tertentu, contohnya dalam seminggu anda berjaya berjimat sebanyak RM100, dalam sebulan RM400.

Sambutlah kejayaan anda ini dengan berbelanja sedikit kepada makanan yang anda craving, ataupun membeli pakaian yang baharu. Namun, perlu ingat bahawa ini adalah pilihan sahaja – dan jangan membazir pula di saat ini!

Tip Tambahan

Pertimbangkan menjual barangan hobi anda. Contohnyan anda suka melukis, membuat kraf tangan ataupun apa-apalah. Dengan menjual hasil anda, secara tidak langsung dapat memberikan sedikit pulangan kepada masa dan usaha anda, selain dapat menikmati apa yang anda suka lakukan.

Elak membeli kereta baharu. Sesetengah kereta mudah susut harga dan nilainya, dan kereta second-hand selepas beberapa tahun ia dilancarkan boleh dibeli dengan harga yang lebih murah. Seeloknya, anda dapatkan jenama kereta yang memang berkualiti, yang diyakini daya tahan, keselamatan, kos pembaikian dan lain-lain.

Menggunakan pengangkutan selain kereta. Selain elakkan daripada membeli kereta baharu, anda juga perlu menilai adakah perlunya mempunyai kereta. Jika anda menetap di kawasan yang banyak pengangkutan awam seperti KTM, LRT, MRT, bas dan teksi, apa kata anda memanfaatkannya.

Anda boleh berjimat dengan membeli barangan di pasar malam. Namun, perlu tahu bahawa kualiti barangan mungkin tidak setanding dengan barangan mahal.
Hadkan kos kepada hobi. Bagi sesetangah orang, hobi boleh memakan banyak duit, sebagai contoh hobinya fotografi – mereka pasti ingin memiliki kamera DSLR yang terbaik untuk mendapatkan suntingan yang terbaik, dan kos kamera sangat tinggi. Oleh itu, perlulah menghadkan sejauh mana hobi anda. Jika anda boleh menjual hasil hobi anda, teruskan (rujuk tips #1 di atas).

Jika anda kerja bermajikan, carilah peluang untuk melabur ataupun memulakan perniagaan.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI