Gara-gara badan sudah naik, mana-mana anggota polis di Thailand yang mengalami masalah kegemukan akan dihantar menyertai satu kem mengurangkan berat badan.
Menerusi kem tersebut yang dikenali sebagai ‘Belly Destruction’, program yang berlangsung selama dua minggu itu menyaksikan polis-polis gemuk menjalani beberapa latihan khas.
Kejayaan program rintis
Setiap balai polis di Thailand bersetuju untuk menghantar anggota mereka yang paling gemuk berkampung di Pusat Latihan Polis di Pak Chong.
Lebih-lebih lagi apabila program rintis yang menekankan faktor demikian berjaya menunjukkan hasil yang positif dan bagus untuk anggota polis.
Ads
Perlu berbasikal
Difahamkan untuk sesi ini, seramai 200 anggota polis yang gemuk ini bukan sahaja perlu mengamalkan diet kaya protein.
Malah, harus berbasikal setiap masa untuk memastikan berat badan dapat diturunkan sebanyak yang mungkin.
Ads
Gambar senaman tular
Walaupun gambar anggota polis di Thailand sewaktu melakukan senaman rutin tersebut tular namun netizen memuji langkah yang diambil.
Ads
Ini kerana sebagai anggota polis, tubuh badan yang fit serta aktif sememangnya perlu dikekalkan dari semasa ke semasa.
200kg turun sebanyak 60kg
Kongsi media tempatan, berkesannya program ‘Belly Destruction’ ini adalah apabila ada dalam kalangan anggota polis tersebut yang mempunyai berat badan 200kg berjaya mengurangkan sebanyak 60kg dalam tempoh latihan tersebut.
Walaupun anggota lain berat badan mereka secara purata turun sehingga 20kg, setiap latihan yang dilakukan pasti sangat mencabar!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Selain melakukan rutin senaman dan kardio untuk membakar lemak, ia harus seiring dengan diet seimbang beberapa jenis makanan yang boleh membakar lemak dari dalam tubuh.
Anda kena ingat, kandungan lemak yang berlebihan di dalam tubuh jika tidak dibuang boleh menjadi punca utama kepada masalah kegemukan sekali gus mengganggu kesihatan.
Jadi sebelum lemak anda menjadi tepu, pastikan anda amalkan makanan ini untuk membantu membakar lemak dan meningkatkan metabolisme dalam badan.
Pastikan makanan-makanan ini menjadi amalan dalam pemakanan harian anda untuk memudahkan pembakaran lemak.
Tidak hanya mengenyangkan, oat juga ada khasiat dan kebaikan tersendiri dalam membantu mengurangkan kadar kolesterol dalam tubuh. Kandungan zat yang tinggi di dalam oat juga cukup efektif dalam membakar lemak. Pengambilan oat pada waktu pagi dan malam berkesan untuk membantu rutin diet anda.
Sebiji telur mengandungi 75 kalori, 7 gram protein dan beberapa nutrisi lain yang terkandung di dalamnya. Tubuh memerlukan lebih banyak kalori untuk mencernakan telur jika dibandingkan dengan makanan yang lain terutamanya daripada sumber karbohidrat. Sekiranya anda mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi, sebaiknya ambil telur putih yang bebas daripada kolesterol. Kandungan protein yang tinggi membantu dalam proses pembentukan otot dan pembakaran lemak.
Menstimulasikan tubuh dengan pembakaran lemak dalam kadar yang cepat, teh hijau nyata paling efektif dalam menurunkan berat badan. Teh hijau mengandungi sejumlah katekin iaitu sejenis fitokimia yang cukup berkesan dalam merangsang metabolisme. Minum teh hijau sekurang-kurangnya tiga kali sehari dapat memperlihatkan kesan positif bukan sahaja terhadap pembentukan tubuh badan malah kesihatan anda juga bertambah baik.
Diperkayakan sebagai sumber antioksida, epal mempunyai pectin yang berfungsi mengurangkan lemak dalam sel badan. Kandungan dalam epal yang sarat dengan air memberi impak kekenyangan yang lebih lama. Mengunyah epal akan meningkatkan kadar pembakaran kalori berbanding jika anda minum jus epal. Kandungan serat yang tinggi memudahkan percernaan selain mengelakkan masalah sembelit.
Mengandungi Capsaicin yang nyata membantu membakar kalori dalam tubuh dengan kadar yang cepat. Pengambilan cili di dalam makanan mampu mempertingkatkan kadar metabolisme dalam jangka masa yang singkat.
Flavonoid merupakan kandungan yang terdapat di dalam coklat hitam mampu mengurangkan kandungan kolesterol dalam tubuh selain membakar lemak degil. Kandungan kafein dan antioksidan yang terdapat di dalam coklat hitam berperanan utama dalam proses pembakaran lemak. Ia juga mampu untuk memberikan rasa kenyang jika diambil sebelum waktu makan.
Selain rasanya yang lazat, menikmati segenggam kacang badam juga mampu untuk membakar lemak sebanyak 18 peratus berbanding mereka yang mengurangkan kuantiti makanan dalam menu harian. Antara kacang-kacang lain yang turut menyumbang kepada penurunan berat badan adalah kacang Brazil, buah berangan, hazelnut, walnut serta kacang tanah.
Triceps adalah bahagian belakang dari otot lengan bahagian atas yang memiliki tiga kepala seperti outer atau lateral head, inner head, dan long head. Otot lengan yang baik akan memberi kesan pertama kepada susuk tubuh menjadi bentuk yang lebih athletic.
Triceps merupakan 2/3 bahagian dari lengan bahagian atas, ini kerana apabila anda ingin membesarkan otot lengan atas, otot tricepslah yang sebenarnya perlu dilatih dengan keutamaan yang lebih tinggi daripada otot biceps.
Selain itu, tanpa otot triceps, Anda juga tidak akan dapat melakukan pelbagai jenis latihan. Otot triceps dikenali sebagai otot penyokong yang sangat penting dalam latihan-latihan untuk bahu, dada, lengan, dan punggung.
Mulakan dan ikuti bagaimana latihan senaman triceps yang sangat mudah ini dapat membantu anda untuk mendapatkan otot lengan yang lebih kuat dan menarik.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Antara musuh utama kulit wajah dan badan lelaki ialah panau!
Perkara ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja yang tak pandai menjaga kebersihan terutamanya selepas bersenam.
Senaman itu memang bagus tapi anda juga perlu tahu bagaimana nak jaga kebersihan diri. Usah biar badan anda terdedah dengan pelbagai jangkitan kulit seperti panau yang bukan sahaja boleh jejaskan penampilan tapi buat diri rasa tak selesa bila tak berbaju.
Jadi amat penting untuk anda jaga kebersihan diri dengan mengambil langkah sepatutnya untuk jaga kulit.
Tak dapat dinafikan masih ramai lelaki yang memandang rendah akan kesihatan kulit terutamanya selepas melakukan senaman.
Bakteria dan fungus boleh datang bila-bila masa sahaja dan kedua-dua musuh kulit ini sangatlah gemar kepada kawasan lembab. Bahagian badan anda juga tak terkecuali.
Ikuti tip bagaimana nak jaga kebersihan kulit selepas melakukan senaman di gimnasium.
Ada sebab mengapa kebanyakan gym menyediakan ruang mandi di dalam bilik air. Mandi selepas bersenam bukan sahaja boleh mengembalikan kesegaran badan malah boleh membuang segala kotoran, minyak, kulit mati dan menyingkirkan pelbagai bakteria dari badan.
Jika anda tak selesa untuk mandi di gym, anda boleh membersihkan wajah dan badan dengan menggunakan body wipes. Jika anda biarkan peluh kering sendiri ia boleh menyebabkan bakteria masuk kepada pori-pori lantas menyebabkan masalah kulit seperti jerawat badan, panau dan sebagainya.
Tahukah anda bahawa produk kulit yang anda guna setiap hari mempunyai dua fungsi utama? Pertama membantu untuk membersihkan kotoran dan kedua memberikan perlindungan. Begitu juga produk yang anda gunakan untuk bersihkan diri selepas bersenam di gym. Gunakan produk yang sesuai dengan jenis kulit anda. Kalau tersilap produk ia boleh menyebabkan berlakunya alahan dan juga masalah jerawat lebih teruk.
Anda sendiri sudah tahu bahawa bakteria dan fungus amat suka kawasan lembap. Jadi bayangkan tuala anda yang basah dan dibiar begitu sahaja. Disebabkan itulah anda harus pastikan tuala yang digunakan di gym juga sentiasa bersih. Menggunakan tuala yang kerap digunakan hanya memburukkan kesihatan kulit anda.
Lain tuala lain fungsinya Sebolehnya asingkan jenis tuala turutamanya untuk wajah dan badan. Menggunakan tuala berbeza boleh membantu kulit anda bebas dari sebarang penyebaran bakteria ke bahagian kukit sensitif.
Sebelum menggunakan mana-mana perlatan gym sebaiknya anda bersihkannya terlebih dahalu. Pihak gym kebiasaannya akan sentiasa memastikan kebersihan perlatan senaman namun sebagai langkah lebih selamat anda boleh bersihkan sendiri. Sebagai contoh jika anda nak guna dumbbell lebih elok bersihkan dahulu pemegangnya dengan kain atau tisu basah.
Kadangkala bila berada di bilik persalinan dan juga bilik air ramai yang kononnya lebih selesa berkaki ayam. Cara terbaik mengelakkan fungus melekat pada kaki daripada lantai kotor ialah dengan memakai selipar. Menyentuh kulit kepada lantai secara terus boleh meningkatkan risiko jangkitan penyakit kulit berjangkit.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.