Gara-Gara ‘Cili Paling Pedas’, Lelaki Ini Alami Sakit Kepala Tahap Cukup Menyiksakan

Share

Seorang lelaki berusia 34 tahun dimasukkan hospital selepas mengadu sakit kepala dan sakit leher. Lelaki yang tidak dikenali itu telah mengalami tahap sakit yang cukup menyeksakan selepas makan cili jenis “Carolina Reaper” semasa pertandingan makan cili di Amerika Syarikat.

Dilaporkan, cili itu begitu kuat sehingga membuat beberapa arteri di dalam otaknya mengecil dan meninggalkan sakit kepala ‘thunderclap’. Seperti namanya, sakit kepala ini rasanya seperti disambar petir dan datangnya secara tiba-tiba.

Keadaan ini, penyempitan arteri sementara yang diserta dengan sakit kelapa ‘thunderclap’ selalunya berlaku disebabkan oleh pengambilan ubatan preskripsi atau ubatan yang menyalahi undang-undang.

Jarang kes di mana terjadi disebabkan makan cili.

Info Carolina Reaper

Inilah cili terpedas dengan bentuknya yang sangat unik, Carolina Reaper. Jika anda memakannya, maka anda akan merasakan kepedasan 500 kali ganda melebihi Sos Tabasco. Dari namanya saja, sudah pasti anda tahu cili ini berasal dari mana, Rockhill, South Carolina. Bukan itu sahaja, cili ini menyandang gelaran cili terpedas di dunia dari Guiness World Records pada 7 Ogos 2013.

Makan Mee Samyang pun tak tahan, apatah lagi cili Carolina Reaper.

SUMBER : Mail Online 

IKLAN