Gara-gara Lisa Surihani, Lelaki Ini Berjaya Ubah Size XXL Ke M Dengan Diet Intermittent Fasting!

Share

Selepas Lisa Surihani memperkenalkan Diet Intermittent Fasting dan berjaya kurus, ramai yang mengikut jejak langkahnya. Malah Diet Intermittent Fasting ini membuatkan peminat menjadikan Lisa Surihani sebagai inspirasi untuk menurunkan berat badan.

Salah seorangnya adalah Fizz Daud. Siapa sangka inspirasi Diet Intermittent Fasting ini berjaya mengubah saiz badannya dari XXL ke M dan beratnya turun 21kg.

Segalanya tak mustahil untuk anda mencapai berat badan idaman, asalkan anda rajin berusaha dan cekal semangat. Bagi anda yang nak tiru caranya, jom baca perkongsian Fizz Daud menerusi entri Facebooknya.

In The Name Of Allah, The Most Beneficence, The Most Merciful.

BERAT ASAL 90KG++

Saya bermula dengan IF pada November 2018. Berat permulaan dalam 90kg++ dengan tinggi 161 cm. Target 60-65 kg!

CUBA MACAM-MACAM TAPI KESANNYA SEMENTARA

Saya telah menggunakan pelbagai kaedah seperti exercise dengan cara berjalan sahaja & kira kalori. Semuanya berkesan. Tapi untuk sementara sahaja dah prosesnya rumit dan perlahan.

Bila saya kenal INTERMITTENT FASTING (IF) dan ada selebriti seperti Lisa Surihani yang amalkan IF. Terus saya cuba amalkan. Dan Alhamdulillah saya dapat turun kan berat badan dan size sekali gus, menjadi 69kg.

TIP YANG DIBUAT:

1. Gabungkan IF dengan Eat Clean

Saya combined IF dengan konsep Eat Clean. Saya stop sugar, salt n oils. Cara ini akan mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan. Muka korang akan lebih flawless n remaja.

2. Makan Omega 3 Fish Oil

Pengambilan supplement seperti Omega 3 Fish Oil membantu mengurangkan kolesterol & rahsia kepada perut flat.

3. Amalkan Hot Green Tea

Hingga kini saya juga amalkan Hot Green Tea pada waktu malam.

4. Cheat day seminggu sekali

Cheat day?? Seminggu sekali kadang-kadang terover jugek! Paling excited, bila orang dah x kenal rupe korang yang after renovation!! Serius best!!

Terima kasih Group FB Intermittent Fasting Malaysia dan sahabat saya yang memperkenalkan IF.

Semoga sahabat semua di sini terus komited untuk mencapai berat idaman masing-masing.

Misi kurus sebelum raya???
Sempat lagi nih.

Caliph,
Fizz Daud
From 90kg to 69kg
From XXL to L/M
From 42” to 35”

Follow MY IG @fizz_daud untuk Menu EAT CLEAN

IKLAN