
Tahukah anda, garam boleh menjadi punca gemuk? Tak percaya? Kajian menunjukkan peningkatan obesiti sebanyak 26% hingga 28% bagi kanak-kanak dan orang dewasa apabila mengambil garam secara berlebihan setiap hari.
Penyelidik berpendapat, pengambilan garam secara berlebihan akan meningkatkan rasa haus. Badan cenderung untuk menterjemahkan rasa haus itu pada lapar lalu membuatkan pengambilan makanan berlebihan dan berlakunya kenaikan berat atau obesiti.
Had pengambilan garam bagi orang dewasa ialah 1 sudu teh iaitu 5g garam sehari. Kurangkan garam dalam masakkan dan jaga kesihatan.
Di Facebook Syaza Nutritionist ada satu kajian membabitkan angkasawan yang sedang dalam latihan simulasi selama beberapa bulan, makanan yang sama telah diberikan sepanjang latihan. Selepas beberapa minggu, penyelidik telah menambahkan jumlah garam dalam makanan.
Yang peliknya, para angkasawan mengadu berasa lebih lapar sedangkan yang berubah cuma kandungan garam. Mereka juga minum lebih sikit air berbanding ketika garam dikurangkan.
Malah, dia juga memberi 6 tip mudah untuk kurangkan garam dalam menu makanan kita. Jom Follow tips ini.
#1: Fokus pada makanan segar dan masak sendiri di rumah. Makanan segera, terproses dan makanan di restoran mengandungi banyak garam tambahan.
#2: Hati-hati dengan penggunaan sos cili, mayonis, salad dressing, kicap, dan lain-lain yang kaya dengan sodium atau garam.
#3: Kurangkan garam dalam masakan secara berperingkat supaya deria rasa boleh menyesuaikan keadaan. Jika pengurangan garam terus dilakukan mendadak, makanan akan rasa tawar dan tidak menyelerakan.
#4: Perasakan masakan anda dengan rempah kering dan segar seperti bawang putih, bawang merah, halia, lada hitam dan lain-lain. Semakin banyak rempah-ratus, semakin kurang garam diperlukan.
#5: Hati-hati dengan kuah dan sup, cukup 2-3 sudu sahaja. Jangan sampai banjir kerana tanpa sedar, ia menjadi punca pengambilan geram berlebihan.
#6: Rasa dahulu makanan anda sebelum menambah garam. Anda mungkin tidak perlu untuk menambahkan lagi garam.
Sumber: Syaza Nutritionist
Kenali Tokoh Jutawan Islam Abdul Rahman Bin Auf, Ini 5 Rahsia Kejayaan Beliau

Beliau dikenali sebagai Ahli Perniagaan Terkaya pada zaman Rasulullah SAW dan pernah ditawarkan dengan harta kekayaan dan seorang isteri tetapi menolaknya dan hanya ingin tahu jalan ke pasar, dia adalah Abdul Rahman Bin Auf.
Di zaman moden ini kita seringkali terdengar ramai orang yang berniaga tidak mempunyai kesempatan untuk menunaikan solat dan kewajipan lain yang dituntut oleh agama islam, namun sahabat Nabi Muhammad SAW berjaya menunjukkan contoh agar tidak lalai dalam berniaga dan masih boleh menunaikan kewajipan sebagai hamba Allah SWT.
MASKULIN sempat mengkaji serba sedikit rahsia kejayaan yang diamalkan oleh Abdul Rahman Bin Auf.
1. Syukur walau untung sedikit
Walaupun untung sedikit, tetapi kita kena bersyukur dengan rezeki yang Allah beri. Rezeki bukan datang dalam nilai keuntungan, tetapi dalam pelbagai cara. Pastikan jangan ada unsur-unsur riba dalam pengurusan perniagaan. Selain itu, jual barangan yang berkualiti bukan yang sudah rosak.
2. Pandai mencari peluang
Rezeki Allah tidak datang secara direct, terserah kepada kita untuk mencari peluang yang kadangkala sudah terbentang, tinggal kita sahaja yang cuba untuk ‘eksplore’ peluang perniagaan tersebut. Seperti contoh, jika semua orang jual pisang goreng, takkan kita nak jual pisang goreng juga. Mungkin kita boleh cuba jual tepung untuk buat pisang goreng.
Sepertimana Abdul Rahman Bin Auf, beliau mengamalkan konsep mudah, untung sedikit tetapi dalam kuantiti yang banyak. Beliau memulakan perniagaan menjual unta. Harga unta yang dijual hanya 1000 dirham (tiada untung kerana harga kos unta adalah 1000 dirham juga!).
BACA: Hari Jumaat Adalah Hari Lelaki Mudah Buang Lemak, Ini Kebaikan Jalan kaki Ke Masjid
Beliau hanya mengambil untung atas jualan tali yang mengikat unta tersebut. Bayangkan beliau dapat menjual 1000 ekor unta dalam masa sehari sahaja.
Beliau langsung tidak mengambil keuntungan dengan hasil jualan unta, namun apabila ditanya kepada beliau, beliau menjawab:
Keuntungan tidak diambil dari hasil penjualan unta. Unta dijual pada harga kos. Tetapi, keuntungan diambil dari menjual “tali pengikat unta”.
Dari situlah datangnya keuntungan beliau berniaga. Tali-tali yang dijual adalah cantik dan bermacam- macam warna. Jarang orang lain yang berniaga unta dapat menandingi kelebihan beliau berniaga.
3. Jangan seksa pelanggan
Sahabat nabi tidak pernah melambatkan penjualan barangan daripada pelanggan. Sekiranya ada permintaan, beliau akan cuba sedaya upaya mendapatkan barang yang diminta oleh pelanggan.
Banyak kita lihat peniaga pada hari ini, apabila pelanggan bertanyakan tentang sesuatu barangan dan ia tidak dijual pada hari tersebut, peniaga akan terus membiarkan pelanggan tersebut tanpa menawarkan barangan yang lain dan mungkin memenuhi permintaannya. Selain cuba sedaya upaya untuk penuhi permintaan pelanggan, anda kena jadi peniaga yang bijak untuk menyelesaikan masalah serta permintaan pelanggan.
4. Usaha secara berterusan
Ketika peristiwa Hijrah, beliau sanggup tinggalkan kekayaan semata-mata untuk menyahut seruan nabi Muhammad SAW untuk berhijrah.
Sebaik sahaja tiba di Madinah, beliau tidak menunggu masa yang lama dan terus mencari peluang perniagaan baharu di Madinah berbekalkan modal yang dimilikinya. Pengajaran yang dapat kita amalkan adalah jika kita diuji dengan bankrap atau perniagaan tiada untung, jangan mengalah dan terus mencari peluang untuk bangkit semula.
5. Tidak tamak serta pentingkan diri sendiri
Abdul Rahman Bin Auf cukup terkenal sebagai pemimpin yang bijak serta cekap dalam menguruskan hartanya. Dia sentiasa memastikan agar hartanya datang dari jalan yang halal dan dibenarkan oleh syarak.
Selain itu, dia juga tidak menikmati keuntungannya secara bersendirian tapi sentiasa berkongsi bersama ahli keluarga dan kaum kerabatnya.
Tip Kayuhan Selamat & Selesa Dari YouTuber ‘Geng Basikal Lipat’, Barulah Bebas Kecederaan Atau Kemalangan

Tidak dinafikan segelintir pengguna jalan raya cukup ‘rengsek’ bila berhadapan dengan penunggang basikal di atas jalan raya. Disebabkan nilai setitik habis susu sebelangan.
Itulah perumpamaan boleh kita kaitkan apabila bercakap tentang penunggang basikal yang hanya segelintir sahaja mungkin bermasalah. Namun sebilangan besarnya cukup mengikuti undang-undang jalan raya dan melakukan kayuhan dengan selamat.
Selain melakukan menunggang basikal dengan selamat anda yang ingin melakukan kayuhan juga pastinya ingin menyerasikan pengalaman yang selesa.
MASKULIN tertarik dengan perkongsian dari seorang YouTuber yang cukup berpengaruh di Lembah Klang menerusi channel miliknya ‘Geng Basikal Lipat’ dikenali dengan nama Jazlan.
Menerusi satu hantarannya di laman media sosial tersebut, Jazlan berkongsi beberapa tip sangat penting untuk mereka yang melakukan kayuhan basikal berasa lebih selamat dan selesa. Ikuti beberapa tip tersebut di bawah:
Tapak Tangan Melecet
Antara masalah biasa yang dialami ramai orang yang menunggang dan menunggang basikal. Ia boleh berlaku tanpa kita sedar terutamanya bila melakukan kayuhan yang agak jauh. Perkara ini dapat dielakkan dengan memakai sarung tangan basikal. Genggaman pun lebih mantap. Barulah kayuh pun selesa!
Dapatkan sarung tangan basikal di sini: https://invle.co/clbfnb7
Cepat Sakit Lutut & Paha
Bila melakukan kayuhan apa yang penting untuk selesa ialah tetapan tampat duduk (saddle) dan juga pemegang (handle) yang betul. Salah satu penyebab anda mudah sakit lutut dan paha ialah bila kedudukan saddle lebih rendah dan handle pula terlalu tinggi.
Tetapan yang betul ialah kedudukan saddle pada paras pinggang. Manakala handle pula selaraskan supaya sama paras dengan saddle. Barulah sedap kayuh.
Bebanan Di Badan
Bila melakukan kayuhan jarak jauh pastinya anda ingin membawa sedikit barang dengan menggunakan beg. Elakkan menggalas beg yang berat itu ketika melakukan kayuhan. Sebaliknya gunalah front bag yang boleh diletakkan di bahagian depan. Selain itu anda juga boleh gunakan handle bar bag.
Front bag di sini: https://invle.co/clbfnci
Bawa Air Mencukupi
Pakai sudah gempak. Basikal pun bukan main mahal lagi. Tapi kalau pergi melakukan kayuhan tanpa bawa air memang anda tak ngam. Untuk pastikan kayuhan selesa anda kena pastikan badan sentiasa cukup air. Barulah tak ‘bonk’ dengan cepat. Sekurang-kurangnya bawalah sebotol air.
Masalah Tayar Atau Tiub Bocor
Ini masalah yang cukup sinonim berlaku apabila melakukan kayuhan terutamanya di kawasan jalan yang tak berapa elok. Untuk atasi masalah ini bawalah spare part yang mencukupi. Sekurang-kurangnya bawalah tiub tambahan, pam tayar dan juga alat untuk membuka tayar.
Pam basikal: https://invle.co/clbfndl
Punggung Melecet
Masalah melecet ini bukan sahaja pada tangan atau kaki yang melakukan kayuhan. Bahagian punggung anda juga terdedah dengan risiko melecet. Jadi untuk atasi masalah ini pakailah padded bike short. Ia bukannya mahal sangat pun. Tapi kegunaannya sangat mantap. Selain dapat elak kecederaan kayuhan anda pun jadi jauh lebih selesa.
Seluar basikal: https://invle.co/clbfo1i
Dengar Lagu Guna Fon Telinga
Ingat anda melakukan kayuhan di atas jalan raya1 Jadi anda seharusnya kena peka dengan keadaan trafik dan sekeliling. Bukan hanya deria pandangan sahaja tetapi deria mendengar juga sangat penting. Jika nak layan lagu, carilah pembesar suara Bluetooth. Lebih selamat!
Lampu Untuk Kayuhan Malam
Perkara ini juga ramai yang ambil remeh. Walhal ia melibatkan keselamatan diri ketika melakukan kayuhan. Melakukan kayuhan pada waktu malam tanpa sebarang lampu sangat merbahaya. Jadi pasanglah lampu pada bahagian belakang untuk pastikan anda kelihatan dalam gelap. Begitu juga di bahagian hadapan.
Lampu nasikal: https://invle.co/clbfnef
Topi Keledar
Akhir sekali penggunaan topi keledar. Jangan ingat tempurung kepala anda sekuat Wolverine ya. Janganlah sesekali melakukan kayuhan terutamanya di jalan raya tanpa memakai topi keledar. Lindungilah diri anda dan juga pengguna jalan raya yang lain.
Terima kasih Jazlan dari channel YouTube Geng Basikal Lipat di atas perkongsian cukup bermanfaat ini.
Tak Perlu Beratur Di Kaunter, Ini Cara Mudah Tukar Duit Syiling & Depositkan Terus Ke Bank!

Bagi pengumpul duit syiling, anda tak perlu lagi bersusah-payah nak kira satu-persatu duit syiling sebelum ditukarkan kepada wang kertas atau dimasukkan ke dalam bank.
Kini sudah ada cara cepat yang boleh memudahkan urusan anda menggunakan mesin deposit syiling. Dengan adanya mesin ini, tak perlulah anda nak beratur di bank. Malah paling memudahkan, kesemua duit syiling anda boleh terus didepositkan ke dalam bank. Lebih jimat masa!
Caranya dikongsikan oleh Masyitah Kassim menerusi laman Facebooknya.
BACA: Cara Mudah, Selamat & Percuma Transfer Duit Tanpa Guna Nombor Akaun!
Coin Deposit Machine ?
Hari ni aku nak share pada yang tak tau nak buat apa dengan duit syiling korang dekat rumah. Atau tengah-tengah bulan dah tak ada duit macam aku ?
First sekali, korang google dulu dekat mana ada mesin ni. Aku pergi dekat Maybank Equine Park.
Aku ada sertakan list tempat yang mungkin boleh bantu korang.
BACA: Wanita Ini Kongsi Cara Mudah & Selamat Tukar Mata Wang Asing Guna eForex!
Tips
Bismillah, berbaktilah engkau pada orang lain. ?
Posted by Masyitah Kassim on Friday, 16 November 2018
Sesi tabur duit ? take care duit syiling, semoga ketemu lagii
Posted by Masyitah Kassim on Friday, 16 November 2018
1. Mesin terletak dekat area kaunter tu, so memang kena pergi office hour ye.
2. Pergi awal pagi and before lunch ye, sebab ada kawan pesan lepas lunch mesin maybe meragam sikit. Nnti kau rasa stress kat sana, jangan salahkan aku eh.
3. Make sure ada akaun simpanan bank tersebut. Sebab duit tu akan terus didepositkan terus dalam akaun. Bukan cash ye
Okay, now bila dah sampai turn beratur sebab korang bangun lambat. mesin tu suruh korang pilih bahasa. Pilih la yg sesuai dan senang difahami okay.
Mesin ni ada 2 butang. Butang A dan Butang B.
Mula-mula tekan Butang A untuk memulakan kiraan duit syiling, maka taburlah duit-duit itu. Duit 5 sen dan duit yang kurang baik mesin tu akan keluarkan balik kat bawah tu. Bila mesin tu dah habis kira, cuba masukkan balik duit yang ditendang tadi. Kadang-kadang mesin ni memilih macam pilih jodoh ?

Next, Mesin tu akan tanya nak sambung kiraan (Butang A) atau selesai. (Butang B)
Lepas selesai, akan keluar 2 resit total amount yang dah dimasukkan. 1 resit adalah untuk buat kenangan ?

Lepas tu, isi borang deposit. Boleh diambil di tempat-tempat borang ataupun mintak dekat sis kaunter reception tu. Kalau sis la.
Borang deposit tu hanya perlu isi nama penuh, no akaun simpanan dan juga amount yang di masukkan tadi. Sebab aku tulis kat atas tadi kena ada akaun simpanan ?
Selepas itu, ambil no giliran dan tunggu la no giliran ye. kemudian dah boleh ready nak order makan besar ?? sebab duit akan terus masuk. No more floating money ?
Jangan malu nak bawak sebotol tabung kau tu. Sebotol tabung kau tu mungkin akan merubah kehidupan kau sebulan tu ?
Senang dan sangat cepat. Harap membantu ???