
Sejak kebelakangan ini kepesatan inovasi melibatkan jam pintar kini semakin hebat. Antara jenama yang sentiasa memperkenalkan produk-produk yang sentiasa memenuhi kehendak pepngguna ialah Garmin.
Terkini mereka memperkenalkan koleksi jam hibrid, Garmin Vivomove 3, Vivomove 3S dan Style. Rekaan yang ditampilkan menggabungkan rekaan tradisional jam dengan jarum dan juga skrin sesentuh.

Dengan melakukan swipe di atas permukaannya, jam ini akan menyerlahkan paparan skrin pintar yang mengandungi pelbagai aplikasi kesihatan dan juga kecergasan. Selain itu pelbagai notifikasi daripada teks mesej, laman sosial media, kalendar dan kemas kini.
Dari segi konsep hibrid, jam ini membawa penampilan tradisional jam analog dengan pendekatan teknologi lebih moden. Ia umpama gabungan dua era berbeza dalam seutas jam yang boleh digayakan oleh setiap lapisan pengguna. Ia juga lebih mesra fesyen dengan rekaan lebih moden terutamanya dengan pilihan pelbagai jenis dan warna tali jam.
Ia mempunyai ketahanan bateri selama lima hari dalam mode smartwatch dan jamnya mampu hidup selama seminggu dalam watch mode.
Diet Untuk Bakal Pengantin Lelaki, Lepas Ini Badan Tegap & Sexy lah!

Memiliki tubuh badan yang menarik dan sihat di hari bahagia atau majlis perkahwinan sendiri diidamkan oleh semua orang. Jangan sangka pengantin lelaki tidak reti atau inginkan tubuh badan yang tegap dan sexy ya.
Sebenarnya lelaki juga mementingkan tubuh badan sama seperti wanita, cuma mereka jarang mahu mengaku.
Sebagai pengantin lelaki, pastikan anda mengamalkan makanan-makanan sihat dan diet mulai hari ini agar badan lebih mantap.
Selepas beberapa bulan anda mengamalkannya, gerenti orang sekeliling terpegun dengan penampilan terbaharu anda.
Ini antara makanan baik untuk bakal pengantin lelaki:
#1: Telur
Lemak baik membantu menghapuskan lemak perut yang disimpan di sekeliling bahagian tengah badan. Telur adalah makanan yang hebat untuk dimakan semasa anda cuba menurunkan berat badan kerana ia adalah nutrien padat, lebih rendah dalam kalori dan gula tetapi mempunyai kandungan nutrien yang tinggi seperti protein, besi, vitamin dan mineral penting.
Dengan hanya 78 kalori dan lima gram lemak dalam setiap hidangan, pastikan ia menjadi makanan menu harian anda. Makanlah sebiji atau dua biji telur untuk sarapan atau rebuskan ia sebagai snek tengah hari.
BACA: Telur Bagus Untuk Kurus, Tetapi Bahaya Untuk Wanita Hamil & Orang Warga Emas! Ini Sebabnya…
#2: Beri
Beri mempunyai jumlah tertinggi serat dan gula yang paling rendah daripada kesemua buah-buahan. Ini menjadikannya makanan hebat untuk penurunan berat badan. Raspberi, blackberry dan blueberries semuanya dimuatkan dengan antioksidan dan vitamin penting yang dapat membantu melegakan keradangan. Anda boleh menambahkan selera dengan yoghurt, oat, salad atau makan begitu sahaja untuk snek yang lazat.
#3: Kekacang
Makanan sihat dengan kandungan karbohidrat yang baik akan membantu anda rasa lebih kenyang dan berpuas hati semasa berdiet. Oleh itu, makanlah karbohidrat yang kaya nutrien seperti kacang dan bijian. Ia dimuatkan dengan lemak yang baik, vitamin dan mineral lain yang diperlukan oleh tubuh tanpa bahan buatan.
#4: Yogurt
Yogurt Yunani atau dikenali sebagai yogurt Greek lebih baik untuk anda daripada yogurt biasa. Ia mengandungi lemak yang rendah, dipenuhi dengan kalsium, kalium dan sumber protein yang hebat. Carilah pilihan yogurt yang rendah gula, kemudian tambahkan buah-buahan segar untuk menaikkan nilai dalam pemakanan harian anda.
#5: Ubi keledek
Ubi keledek sangat baik untuk dimasukkan ke dalam diet kerana ia merupakan makanan yang kaya dengan khasiat. Anda boleh memakannya setiap hari dan memasaknya dalam pelbagai cara. Karbohidrat perlahan ini juga mempunyai kandungan manis yang semula jadi dan badan anda akan mencernanya secara perlahan-lahan.
Subscribe dan tonton pelbagai video di Youtube MASKULIN
Tauge Bagus Untuk Lelaki Diet, Jangan Asingkannya!

Walaupun tak semua orang suka makan tauge tapi hakikatnya tauge bagus untuk lelaki kerana ia mempunyai banyak khasiat.
Tidak dinafikan sayur ini sering dijadikan penambah rasa dalam masakan, namun bukan semua orang suka makan tauge.
Ada yang sanggup mengasingkannya atas alasan tidak makan langsung tauge.
Tetapi tahukah anda, ia sebenarnya baik untuk kesihatan terutamanya buat individu yang sedang berdiet?
Ini beberapa sebab mengapa anda perlu makan tauge, jadi tak ada alasan untuk anda tidak makan tauge lagi!
1. Kurangkan risiko penyakit jantung
Salah satu manfaat tauge yang paling ketara adalah mengurangkan kolesterol dalam tubuh badan. Ia mengandungi saponin yang dipercayai dapat membantu melawan lemak tidak baik tanpa mengganggu kandungan lemak yang baik.
2. Mencegah penyakit kerapuhan tulang
Estrogen yang ada di dalam tauge dapat membantu mencegah osteoporosis (penyakit kerapuhan tulang).
3. Mencuci usus
Tauge mengandungi banyak air, sekali gus membantu membuang kotoran dalam usus besar. Ia juga dapat mencegah pengumpulan bahan beracun yang boleh merangsang pertumbuhan benih kanser.
4. Bagus Untuk kesuburan lelaki
Tauge juga dapat menyumbang kepada tahap kesuburan. Pengambilan tauge untuk kaum lelaki membuatkan sperma yang dihasilkan lebih baik.
5. Menguatkan akar rambut
Vitaman A yang ada pada tauge boleh merangsang folikel rambut dan kulit kepala. Jadi, ia akan membuatkan rambut anda jadi lebih sihat dan kuat.
6. Mencegah jerawat
Tidak perlu ke facial. Tahukah anda, dengan makan tauge ia boleh menyelesaikan masalah jerawat? Tauge mempunyai Omega-3 yang dapat mengurangkan keradangan serta jerawat pada kulit wajah.
Menu Berbuka, Kenapa Pilih Murtabak Biasa Kalau Boleh Masak Sendiri Murtabak Raja

Bila tiba sahaja bulan Ramadan secara automatik beberapa jenis juadah dan makanan untuk berbuka akan jadi popular. Walhal sesetengahnya ada saja dijual pada bulan-bulan yang lain.
Salah satu contohnya ialah murtabak. MASKULIN yakin anda semua pasti setuju akan hal ini. Pergilah ke mana sahaja pasar Ramadan pasti kita akan jumpa dengan peniaga yang menjual murtabak.
Murtabak yang dijual pula terdapat pelbagai bentuk, inti dan juga kuah. Malah sebelum ini telah berlaku ‘peperangan’di laman media sosial tentang dua team yang memilih kuah kari dan kuah sirap bawang sebagai pencicah terunggul murtabak.
Tapi bagi MASKULIN, king bagi segala murtabak ialah taka lain tak bukan murtabak raja atau juga dikenali sebagai murtabak Singapura.
BACA: Menu Berbuka Kek Milo Viral, Senang & Mudah Orang Bujang Pun Boleh Buat
Menariknya di Pantai Timur, murtabak raja merupakan antara juadah yang sangat popular dan menurut cerita orang dulu-dulu, ia diberi nama demikian kerana asalnya dibuat oleh kaum kerabat di raja Kelantan.
Malah kalau anda ke Kota Bharu terdapat dua pengeluar murtabak raja yang popular wajib anda cuba kalau ke negeri Kelantan.
Tapi nak ke Kelantan punyalah jauh juga. Tapi anda jangan risau kerana kali ini MASKULIN ingin kongsi resepi murtabak raja yang anda sendiri boleh buat di rumah.
BAHAN-BAHAN
- 2 ketul daging cincang
- 2 biji bawang merah besar dicincang
- 3 biji bawang putih dicincang
- 1 inci halia dicincang
- 2 biji bawang besar holland di potong dadu
- 2 sudu besar rempah kari daging
- 1 sudu besar gula
- 2 sudu kecil garam
CARA-CARA
- Mula-mula panaskan kuali kemudian tumis kesemua bahan yang dicincang serta bawang sehingga garing.
- Masukkan sedikit rempah kari dan juga air.
- Kemudian masukkan daging, gula dan garam. Gaul sehingga daging masak.
- Angkat dan sejukkan. Ambil 3 sudu besar inti dan campur dengan sebiji telur jika roti canai yang kecil tapi jika roti canai besar boleh campur 3 biji telur untuk 2 biji murtabak.
- Kemudian letakkan intinya diatas roti canai. Kemudian balut dan bolehlah dimasak.
- Ulang langkah yang sama kemudian bila masak letakkan murtabak kedua di atas murtabak yang pertama. Balut dengan tepung yang siap diuli dan letakkan di atas kuali sekali lagi. Ini bagi memastikan anda mendapat murtabak yang tebal.
- Cukup hanya gabungkan dua murtabak bagi mendapatkan murtabak yang tebal.
Untuk kuah pula anda boleh hasilkan dengan menggunakan cuka, garam, gula dan juga hirisan bawang.
Selamat mencuba!
Sumber: Nutrisi Life dan PhD