Pertumbuhan sukan pickleball di Malaysia kini memasuki fasa yang lebih serius apabila kejohanan kebangsaan pertamanya Gatorade Malaysia Closed 2025 diumumkan secara rasmi.
Dengan penyertaan pemain dari seluruh negara, kejohanan ini bukan sekadar pertandingan pertama seumpamanya tetapi simbol perkembangan pesat sukan ini yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.
Dianjurkan oleh Malaysia Pickleball Association (MPA) dan dikoordinasikan bersama Kuala Lumpur Pickleball Association (KLPA), kejohanan ini membuka peluang kepada atlet terbaik negara untuk bersaing bagi ranking nasional rasmi.
Ia juga menandakan permulaan ekosistem kompetitif yang lebih tersusun bagi sukan yang sebelum ini lebih sinonim sebagai aktiviti rekreasi.
Kejohanan Pertama Dengan Ranking Kebangsaan
Gatorade Malaysia Closed 2025 dijadual berlangsung dari 5 hingga 8 Disember 2025 di PickleDepot di Sentul Depot. Para peserta akan bertanding dalam kategori Lelaki Perseorangan, Wanita Perseorangan, Beregu dan Beregu Campuran.
Penyertaan hanya dibuka kepada pemain Malaysia, sekali gus menjadikan kejohanan ini medan paling penting untuk menentukan kedudukan sebenar atlet tanah air dalam dunia pickleball.
Sokongan Gatorade Sebagai Pemacu Ekosistem
Sebagai penaja utama dan rakan hidrasi rasmi, Gatorade menekankan komitmen mereka terhadap pembangunan atlet dan komuniti sukan Malaysia.
Menurut Amy Gan, Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn. Bhd., “Gatorade sentiasa berdiri atas prestasi, sains dan kemajuan. Pickleball ialah sukan yang memerlukan kelincahan, daya tahan dan pemulihan pantas.
Ads
“Kami menyokong pemain harian untuk menemui potensi mereka, meningkatkan permainan dan bersaing di pentas kebangsaan. Beyond sponsorship, kami mahu membina ekosistem sukan yang melahirkan atlet berdisiplin dan resilient.”
Kenyataan ini menggambarkan peranan Gatorade bukan sekadar penaja tetapi penyokong aktif dalam membentuk komuniti sukan yang lebih kompetitif.
Laluan Baharu Untuk Bakat Tempatan
Peranan kejohanan ini dalam membina masa depan sukan pickleball turut ditegaskan oleh YB Dr. Kelvin Yii, Penasihat Malaysia Pickleball Association.
“Kejohanan ini menandakan bab baharu yang menarik untuk pickleball di Malaysia. Dengan menyediakan laluan kompetitif yang jelas, kita sedang membina asas bagi pembangunan bakat jangka panjang dan kehadiran nasional yang lebih kukuh dalam sukan ini,” jelasnya lagi.
Ads
Minat terhadap sukan ini kini melonjak. Daripada sukan santai kepada platform pembangunan komuniti dan gaya hidup aktif, Gatorade Malaysia Closed 2025 menjadi pemangkin kepada struktur pertandingan yang lebih tersusun.
Kejohanan empat hari ini akan berlangsung mengikut peraturan rasmi bagi memastikan keadilan dan standard pertandingan setara dengan kejohanan antarabangsa. Penonton boleh hadir menyaksikan sendiri aksi atlet tempatan di Sentul Depot atau mengikuti sorotan melalui Instagram @gatorademalaysiaclosed2025.
Pendaftaran akan ditutup pada 30 November 2025 atau apabila semua slot penuh.
Komitmen Jangka Panjang
Kejohanan ini bukan sekadar menonjolkan bakat tempatan tetapi turut menegaskan komitmen Gatorade dalam mempromosikan gaya hidup sihat, peluang inklusif serta pertumbuhan sukan baharu di Malaysia.
Dengan struktur pertandingan lebih kukuh, sokongan organisasi dan penglibatan komuniti yang semakin meluas, pickleball kini berada di landasan tepat untuk menjadi antara sukan paling berkembang di Malaysia.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
“Wanita tidak mendefinisikan lelaki budiman dengan cara sama kebanyakan kita menentukan siapa lelaki. Untuk wanita, seorang lelaki budiman bukan tentang perkara-perkara yang dilakukan – sama ada dia membuka pintu atau membayar makan malam. Untuk seorang wanita, apa yang membuatkan seorang lelaki budiman ialah bagaimana dia membuat wanita rasa.” – Oscar Wilde.
Bukan mudah menjadi seorang lelaki sebenarnya. Setiap satu pergerakkan dan tingkah pasti menjadi perhatian. Tidak kira dimana anda berada, menjadi lelaki yang teratur sikap dan akhlaknya pasti mencabar. Sebaik-baik manusia, cubalah untuk menjadi seorang lelaki yang budiman, kelak anda akan menjadi pujaan.
Tahniah buat pasangan Hafiz Mahamad dan Syafiqahaina yang bakal menamatkan zaman bujang mereka tidak lama lagi. Tahniah dari Maskulin! Kami abadikan bersama gambar romantis pre wedding pasangan romantis ini untuk tatapan anda.
LELAKI GENTLEMEN HARUSLAH!
1- Tentukan gaya peribadi anda
Seorang lelaki gentleman harus bijak membawa diri dengan penampilan yang kemas. Pilih gaya yang mencerminkan personaliti dan gaya hidup anda. Usah jadi diri orang lain saat anda memikirkan soal pakaian dan penampilan diri, nanti anda akan ditertawakan!
2- Kebersihan diri paling utama
Letakkan usaha berganda dalam soal pembawaan diri. Pastikan diri anda sentiasa bersih, rapi dan jangan lupa untuk sentiasa mandi. Jaga juga bau badan yang menjadi musuh higin seorang lelaki. Sentiasa gunakan minyak wangi dan deordaran ke mana saja.
3- Matang
Tingkah laku anda mencerminkan keperibadian anda secara keseluruhan. Seorang lelaki gentleman adalah matang mengikut usianya, dan bukan beusia tetapi bersifat kekanak-kanakkan. Jika sudah dewasa, bersikaplah seperti orang dewasa.
4- Jaga bahasa
Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Sentiasa kawal setiap perbendaharaan kata dan bahasa yang dikeluarkan. Elakkan dari mencarut, menghina, mencaci dan sebagainya. Tak gentleman langsung jika begitu!
5- Aktif bersukan
Bukanlah yang tidak aktif bersukan itu tidak gentleman, tetapi seorang lelaki yang sejati pastinya mempunyai sekurang-kurang satu sukan yang digemarinya dan sentiasa aktif . Sukan sendiri telah dicipta sebagai cara untuk mempamerkan bakat, keupayaan dan hobi tersendiri. Semangat kesukanan semasa bermain adalah lebih penting daripada memenangi permainan itu sendiri. Namun apabila lelaki berjuang habisan untuk memenanginya, ia memang sikap natural lelaki yang gentleman.
6- Menepati janji
Seorang lelaki yang budiman adalah yang sentiasa menghormati waktu orang lain dan maksudkan apa yang kamu katakan. Baginya, masa adalah emas dan tidak boleh dibazirkan begitu sahaja, Jika anda berkata anda akan bertemu dengan seseorang pada waktu tertentu, jangan lewat. Jika iya, katakan iya. Jika tidak akui sahaja.
7- Membalas budi
Hutang emas boleh dibayar hutang budi dibawa mati. Lelaki budiman haruslah tidak lokek untuk membalas jasa pada mereka yang pernah berbudi kepadanya. Biarlah dengan apa jua cara sekalipun, niat itu yang dikira.
8- Ucapkan terima kasih
Ibarat satu kemestian, setiap kali seseorang memberikan anda bantuan dan perkhidmatan, seorang lelaki sejati sentiasa akan mengucapkan ucapan ‘terima kasih’ dengan diselangkan senyuman yang ikhlas.
9- Sopan
Seorang lelaki yang sejati sentiasa sopan dengan semua orang, dalam tindakan mahupun kata-kata. Malah sentiasa menyedari saat bagaimana untuk membantu dan memudahkan orang, samaada membuka pintu buat si dia mahupun menolong memimpin tangan orang tua.
10- Prihatin
Sentiasa mulakan hari anda dengan bertanya dengan soalan ringkas, ‘Apa khabar?’, ‘Bagaiaman dengan hari anda?’, Sudah makan ke belum?’ dan lain-lain. Soalan ringkas sebegini pasti akan menceriakan sesiapa sahaja yang mendengar. Ia juga menandakan anda pritahin dan mengambil berat akan si dia.
11- Hormati yang lain
Walaupun diri membenci seseorang, lelaki yang budiman tidak terlalu ikutkan sangat emosi yang boleh mempengaruhi tindakan terhadapnya. Lelaki seperti inni perlu bijak mengawal emosi dan perasaan agar tidak melakukan sesuatu yang boleh mencacatkan personalitinya.
12- Tidak merajuk
Seorang lelaki tidak sewajarnya merajuk kerana merajuk sejak dari dulu lagi sinonim dengan wanita. Rajuk-rajuk manja antara anda dan pasangan mungkin masih boleh diterima. Tetapi jika merajuk yang berpanjangan, sehingga mengambil masa berbulan-bulan dan tidak habis mengharapkan pujukan, itu langsung tidak gentleman!
12- Tidak buang masa
Seorang lelaki yang sejati adalah sentiasa mencari sesuatu yang berguna untuk dilakukan. Dan bukan sekadar duduk dirumah tanpa berbuat apa-apa. Lelaki sejati sentiasa bergerak aktif dan mempunyai minat dan kegemarannya yang tersendiri agar dia boleh membahagikan masa sebaiknya dengan perkara-perkara yang berfaedah.
13- Sentiasa menyenangkan
Seorang lelaki yang gentleman sentiasa bertindak memudahkan urusan orang lain tanpa perlu menyukarkan keadaan. Lelaki sebegini sentiasa peka dengan keadaan, cepat membuat keputusan dan bijak menyelesaikan apa jua permasalahan.
14- Pujian
Sesiapa sahaja ingin rasa dihargai. Pujian boleh mencairkan dan menimbulkan rasa senang di hati. Bila tiba masanya, lelaki yang budiman tidak akan teragak-agak untuk memberikan pujian yang ikhlas dan bermakna. Cukup dengan penggunaan ayat yang mudah dan jelas. Jangan pula tidak ikhlas dan sekadar melepaskan batuk di tangga. Ia sebenarnya mudah untuk dikesan.
15- Berada di sisinya
Biarkan dia tahu anda sentiasa berada di sampingnya. Sokonglah apa jua yang dilakukannya dengan kata-kata dorongan dan nasihat. Pimpin tanganya dan yakinkan dia yang dia boleh lakukan apa sahaja. Pastinya dia akan terharu dengan sikap ambil berat yang anda tunjukkan.
16- Kawal habit yang tidak menyenangkan
Seorang lelaki sejati tahu untuk mengawal gerak geri dan tingkah lakunya agar tiada sesiapa akan memandang jelik. Sikap seperti meludah, mengorek lubang hidung, membuang kahak, menghembus hingus, batuk dan sebagainya boleh mencacatkan penampilan anda terutama sekali di tempat awam. Ia sukar dielakkan tapi berusahalah untuk menyembunyikannya dengan membawa sekalin sapu tangan kemana saja dan sebagainya.
17- Utamakan orang lain
Oh alangkah budimannya seorang lelaki jika dia meletakkan orang lain terlebih dahulu dari dirinya. Terutama sekali apabila bersama dengan orang yang tersayang. Tidak lokek untuk memberikan kerusinya untuk kemudahan orang lain, tidak melatah jika orang lain mendapat kesenangan berbanding dirinya. Ini tanda lelaki sejati idaman wanita.
18- Kuasai teknik berjabat tangan
Kata orang, seorang lelaki yang sejati dan gentleman boleh diukur dengan gaya dan teknik dirinya berjabat tangan dengan orang lain. Teknik genggaman yang kemas dan menyakinkan dapat menguatkan aura seorang lelaki apabila bertemu buat pertama kali.
19- Kewangan yang kukuh
Zaman sekarang, lelaki pastinya diukur dengan kejayaan dan pangkat. Buat lelaki soal ini melibatkan maruah. Oleh itu, sekiranya seorang lelaki berjaya dengan hasil usaha kerasnya, tidak salah untuk anda untuk sentiasa mendahului wang anda apabila membayar bil ketika menjamu selera dengannya mahupun memberinya hadiah kesukaannya ketika hari jadi. Barulah wanita hormat!
20- Berdikari
Seorang lelaki sejati adalah lelaki yang tidak bergantung harap pada orang lain selain dirinya sendiri. Semua dilakukan dengan usahanya sendiri bagi mencapai apa yang dihajatinya. Lelaki yang bergantungan terutama sekali pada kaum wanita dianggap tidak matang dan tidak sesuai untuk dipuja oleh kaum wanita.
21- Punya impian dan tahu apa yang dingini
Cita-cita dan impian mendefinisikan keupayaan seseorang akan masa depannya. Bagi seorang lelaki, ini semua perlu jelas dan nyata. Seorang lelaki perlu tahu apa yang diidamkannya tanpa ragu-ragu. Sikap teragak-agak dan keliru dengan diri sendiri menjadikan seorang lelaki lemah dan tidak berupaya untuk memandu masa depannya.
Seperti mana yang kita sedia maklum, cuaca di Malaysia sekarang cukup panas dengan beberapa negeri mencatatkan suhu agak tinggi. Cuaca panas terik yang melanda memang cukup memeritkan terutamanya kepada anda yang bekerja di kawasan terbuka dan di luar.
Malah panas yang membahang turut dirasakan ketika berada di rumah lantas menyebabkan badan rasa panas saja. Selain itu badan juga akan sentiasa berpeluh dan terasa haba terperangkap dalam badan.
Kali ini MASKULIN ingin kongsikan beberapa tip untuk menyejukkan badan agar menjadi lebih segar dan selesa sepanjang hari.
Pemilihan material pakaian sangat sesuai untuk mengelakkan badan terasa panas. Fabrik terbaik untuk keselesaan dan lebih ‘sejuk’ adalah dari jenis cotton. Selain boleh membuat kulit bernafas lebih baik ia juga sangat selesa untuk dipakai. Selain pakaian, sarung bantal, cadar serta langsir juga boleh anda pilih dari metarial ini.
Buat anda yang mempunyai peti ais bersaiz besar, inilah masanya untuk gunakan teknik ini. Letakkan seimut anda di dalam ruang sejuk beku selama beberapa minit. Bunyinya memang macam pelik tapi percayalah ia boleh menyejukkan badan anda dengan pantas.
Tidak mempunyai penghawa dingin pada musim panasbegini semenangnya satu dugaan. Apatah lagi jika anda tinggal di kawasan yang agar terbuka dan tidak terlindung dengan mana-mana bangunan atau pokok besar. Jika menggunakan kipas siling, pastika ia sentiasa bersih dari debu pada bilah. Ini bagi memastikan ia menghasilkan angin yang lebih laju dan padu.
Minuman air kelapa muda sememangnya terkenal sejak dari dulu lagi mampu melegakan kepanasan badan. Apatah lagi jika ia dicampur dengan ais, pasti memberikan kessegaran segera kepada anda. Untuk khasiat yang lebih baik, letakkan sedikit madu ke dalam air kelapa yang anda ingin minum.
Mungkin anda tidak sedar semakin banyak anda menggunakan perlatan elektrik dan peranti elektronik lebih tinggi ia menyumbang kepada suhu panas di dalam rumah. Oleh sebab itu, anda perlu tutup mana-mana peralatan yang tidak berapa digunakan atau kurang penting. Pada waktu malam juga tutuplah semua lampu ketika mahu tidur.
Jika tidak tahan dengan rasa panas yang terperangkap dalam badan, anda boleh menggunakan ketulan air untuk disaukan ke anggota badan. Sebagai contoh menggunakan kiub ais dan menggosokkannya di bahagian leher, tangan, siku, belakang dan juga kaki. Anda juga boleh merendamkan kaki di dalam bekas berisi air dan ais untuk menyejukkan badan dengan cepat.
Dalam cuaca yang panas badan kita akan lebih cepat kehilangan air. Oleh itu amalkan meminum air kosong dengan lebih kerap. Pengambila air kosong yang kerap merupakan salah satu cara paling efektif untuk menyejukkan badan.
Semoga perkongsian MASKULIN kali ini mampu memberikan manfaat kepada anada. Jangan lupa follow IG MASKULIN untuk update gaya hidup lelaki terkini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Malu-malu tetapi mahu, itulah wanita; dalam diam banyak perkara positif yang wanita suka dari lelaki. Apakah anda lelaki sudah melakukannya?Ada yang mengatakan wanita sukar untuk dimengerti, tapi di sisi yang lain wanita paling lembut dan apabila kita tahu cara untuk meluluhkan hatinya sudah tidak ada yang tidak mungkin. Sejauh manakah usaha anda untuk memenangi hati wanita?1.
1.Jadilah Hero
Hero ialah hal utama yang wanita suka daripada lelaki, apa maksudnya? Jadilah pahlawan baginya di saat-saat dia jatuh, sedih, bimbang dan sebagainya di situ peranan penting anda buat dia terkesima dengan cara berikan solusi terbaik untuknya. Hal lain bela dia ketika ada orang lain cuba melukai hatinya dengan cacatan tidak harus menggunakan kekerasan kerana wanita tidak suka itu, contoh lainnya ketika menyeberangi jalan ambil posisi sebelah kanan dan wanita di kiri menandakan bahawa anda siap berkorban hanya untuk melindunginya.
2.Lelaki Perlu Sentiasa Wangi
Hal kedua yang tidak kalah pentingnya ini kerap tidak diendahkan oleh lelaki ialah sentiasa wangi ketika di sisinya. Kebiasaan itu kebiasaan yang membuatkan wanita tidak selesa ketika dekat dengan anda kerana bau badan yang tidak sedap. Gunakan haruman yang sesuai untuk anda, wangi dan segar.
3. Selalulah Cipta Kejutan
Wanita suka dengan kejutan dan dikatakan lelaki yang suka membuat kejutan tergolong kategori romantis. Jika ingin berpasangan seharusnya rela berkorban. Sesekali hadiahkan kekasih anda sesuatu yang disukainya. Wanita pasti menyukainya dan senyum lebar apabila menerima kejutan dari yang tersayang.
4.Berterus terang atau jujur
Kejujuran masih masuk dalam tip cinta yang paling mujarab dan terbaik. Jangan sesekali berbohong jika memang anda tidak dapat berjumpa dengannya tetapi dalam waktu yang sama anda bertemu dengan teman baik. Jika si dia mendapat tahu pasti merajuk dengan tindakan anda. Adalah lebih baik anda berterus terang dengannya.
Secara normal lelaki suka dengan wanita yang cantik dalam segi fizikal begitu juga wanita. Namun jangan berkecil hati bagi anda yang mungkin mempunyai kekurangan tersebut . Jika mungkin anda seorang yang agak berisi sebelum ini boleh membuat ‘work out’ untuk mendapatkan susuk tubuh yang diidamkan wanita. Mungkin cara ini membuat si dia berpaling pada anda.
6.Penampilan
Biarpun anda lelaki, jangan ketinggalan info tentang gaya dan trend untuk lelaki sesuai dengan keperibadian anda tanpa mengubah diri anda yang sebenarnya. Penampilan dapat mencerminkan diri sebenar seorang lelaki.
7.Rambut Perlu Kemas
Gaya rambut juga mempengaruhi penampilan seorang lelaki. Sebaiknya pilih gaya yang sesuai dengan bentuk wajah anda dan tampil kemas.Buat lelaki yang tidak pedulikan diri anda, cubalah berubah untuk tampil bergaya dan matang di mata wanita. Mungkin keperibadian anda yang baharu bakal meluluhkan hati si dia.
Untuk kemasan rambut yang berpanjangan dan berkualiti gunalah produk rambut Ubermen untuk kesan berpanjangan. Boleh try gel stail rambut dari Uberman yang terdiri dari 5 produk utama iaitu Air Jelly, Spike Wax, 3D Matt Clay, Messy Fudge dan Wave Gum. Simple aje nak buat rambut terbentuk dengan kacaknya.
Miliki Mercedes-Benz menerusi Agility+ dengan bayaran bulanan bermula RM1,988, tempoh pembiayaan fleksibel serta pilihan GFV yang memudahkan perancangan pemilikan.