Gaya OOTD Selebriti Lelaki Di Anugerah Grammy Ke-61, Ricky Martin & Anak Jadi Tumpuan

Share

Di antara majlis anugerah muzik yang paling dinantikan ramai iaitu Anugerah Grammy Ke-61 telah dilangsungkan dengan cukup hebat di Staples Center, Los Angeles pada malam Ahad (waktu tempatan).

Dengan kredibiliti dan tahap pencapaian penyanyi dan pencipta lagu menjadi tumpuan utama, peminat seni suara global terarah untuk menyaksikan siapakah yang bakal membawa anugerah-anugerah utama.

Dan pada edisi ke-61 ini, penyanyi muda berusia 21 tahun iaitu Kacey Musgraves menyapu bersih empat kategori termasuk Album Terbaik untuk album solo keempatnya, ‘Golden Hour’. Selain Kacey Musgraves, Childish Gambino juga mencuri tumpuan dengan dua anugerah utama iaitu untuk Rekod Terbaik dan Lagu Terbaik menerusi ‘This is America’.

Anugerah Grammy juga tak akan bermakna tanpa persembahan penyanyi popular. Tahun ini menyaksikan persembahan hebat dari Cardi B, Miley Cyrus berduet dengan Shawn Mendes, Lady Gaga dan ramai lagi.

Selain penyampaian anugerah dan persembahan, sesi red carpet juga menarik perhatian ramai termasuk MASKULIN. Di sinilah peminat dapat menyaksikan selebriti pujaan mereka tampil dengan gaya pakaian tersendiri yang besar kemungkinan akan turut menjadi trend di masa akan datang.

Selebriti-selebriti lelaki khususnya menarik perhatian kami dengan gaya mereka. Berikut merupakan antara beberapa gaya OOTD selebriti lelaki pilihan MASKULIN sepanjang red carpet Anugerah Grammy ke-61!

RICKY MARTIN & ANAKNYA, MATTEO

Like father like son! Kedua-dua tampil segak dengan pakaian serba hitam!

 

POST MALONE

Rapper muda berbakat besar ini selesa menggayakan rona merah jambu.

 

CHARLIE PUTH

Penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘How Long’ ini pula selesa dengan sepasang sut coklat.

 

YOUNG THUG

Gaya streetwear pun boleh!

 

ZEDD

BACKSTREET BOYS

BTS

Gergasi K-pop, BTS turut trending di laman media sosial dengan keumculan mereka di Anugerah Grammy.

J BALVIN

LEON BRIDGES

JOHN SHEARER

LAY ZHANG

MIGUEL

SHAWN MENDES

FALL OUT BOY

WEEZER

IKLAN