
Di antara majlis anugerah muzik yang paling dinantikan ramai iaitu Anugerah Grammy Ke-61 telah dilangsungkan dengan cukup hebat di Staples Center, Los Angeles pada malam Ahad (waktu tempatan).
Dengan kredibiliti dan tahap pencapaian penyanyi dan pencipta lagu menjadi tumpuan utama, peminat seni suara global terarah untuk menyaksikan siapakah yang bakal membawa anugerah-anugerah utama.
Dan pada edisi ke-61 ini, penyanyi muda berusia 21 tahun iaitu Kacey Musgraves menyapu bersih empat kategori termasuk Album Terbaik untuk album solo keempatnya, ‘Golden Hour’. Selain Kacey Musgraves, Childish Gambino juga mencuri tumpuan dengan dua anugerah utama iaitu untuk Rekod Terbaik dan Lagu Terbaik menerusi ‘This is America’.
Anugerah Grammy juga tak akan bermakna tanpa persembahan penyanyi popular. Tahun ini menyaksikan persembahan hebat dari Cardi B, Miley Cyrus berduet dengan Shawn Mendes, Lady Gaga dan ramai lagi.
Selain penyampaian anugerah dan persembahan, sesi red carpet juga menarik perhatian ramai termasuk MASKULIN. Di sinilah peminat dapat menyaksikan selebriti pujaan mereka tampil dengan gaya pakaian tersendiri yang besar kemungkinan akan turut menjadi trend di masa akan datang.
Selebriti-selebriti lelaki khususnya menarik perhatian kami dengan gaya mereka. Berikut merupakan antara beberapa gaya OOTD selebriti lelaki pilihan MASKULIN sepanjang red carpet Anugerah Grammy ke-61!
RICKY MARTIN & ANAKNYA, MATTEO

POST MALONE

CHARLIE PUTH

YOUNG THUG

ZEDD
BACKSTREET BOYS
BTS

J BALVIN
LEON BRIDGES
JOHN SHEARER
LAY ZHANG
MIGUEL
SHAWN MENDES
FALL OUT BOY
WEEZER
Kalau Nak Kasut Nampak Baru Macam Lepas Keluar Kedai, Sangat Disarankan Ikut 3 Tip Ini!

Nampak macam remeh tetapi percayalah kasut merupakan antara aksesori yang terpenting dalam pemakaian anda.
Baik lelaki mahupun perempuan, ramai yang tersilap langkah dalam bab penjagaan kasut ini kerana umum menganggapnya sekadar ‘benda’ yang dipakai di kaki.
Namun perlu diingatkan, setiap kasut mempunyai kegunaannya yang tersendiri dan spesifik mengikut situasi.
Misalnya, anda perlu tahu bila kesesuaian untuk mengenakan kasut untuk ke pejabat, running shoes dan sebagainya.
Kesan tidak menjaga kasut
Teknik penjagaan kasut amat berbeza seperti menyimpan baju atau barang-barang lain. Ramai yang tersilap langkah dalam teknik yang betul untuk penjagaan kasut sehingga :
- Kasut mudah rosak
- Lusuh
- Tidak tahan lama
- Dan akhir sekali terpaksa dibuang
Bagi anda yang tidak pernah ambil berat, ini teknik asas penjagaan kasut yang perlu anda ambil tahu :
1. Basuh atau lap seminggu sekali
Kebanyakan orang akan membiarkan kasut yang kotor sehingga kering. Lebih-lebih lagi selepas terkena hujan. Perkara tersebut sebenarnya lebih menyukarkan anda untuk membersihkan kasut. Walaupun anda menyembur cecair kalis air atau sneaker yang materialnya kulit, bahagian tali dan jahitan kasut tetap boleh menyerap air serta kotoran. Perkara ini sekali gus menyebabkan kasut kesayangan anda itu berubah warna dan apa yang perlu anda buat adalah basuh atau lap kasut tersebut sekurang kurangnya seminggu sekali menggunakan tisu basah ataupun kain lembab.
2. Gunakan semburan kalis air
Semburan kalis air sangat berguna jika anda keluar atau ke tempat kerja. Lagi-lagi jika anda menaiki motorsikal dan material kasut anda adalah kain. Material seperti suede atau nubuck memang mudah untuk menyerap air dan kotoran. Jadi, adalah tindakan yang bijak sekiranya anda menyembur kasut anda dengan semburan kalis air. Sekurang-kurangnya tidak cepat kotor. Untuk hasil yang lebih memuaskan, sembur dan tinggalkan semalaman supaya ianya betul-betul kering. Ulangi langkah ini dua hingga tiga lapisan.
3. Simpan kasut dalam kotak
Mesti ramai yang sudah membuang kotak yang dibeli bukan? Kotak kasut anda tersebut sepatutnya jangan dibuang, sebaliknya boleh digunakan untuk menyimpan kasut. Jika anda tinggalkan kasut di rak, ia hanya mengumpul debu dalam setiap kedutan dan rekahan kasut melainkan anda rajin untuk lap semua kasut anda setiap hari. Kotoran yang melekat pada rekahan dan kedutan kasut ini sebenarnya mempercepatkan kasut ini untuk rosak.
7 Makanan Untuk Rawat Selesema Melampau, Salah Satunya Ais Krim

Bila sampai je musim tengkujuh, bukan panas dan sejuk saja tak menentu, suhu badan anda pun tak menentu. Ramai yang terpaksa menanggung akibat demam dan selsema pada musim ini. Tak perlu tunggu musim tengkujuh pun, kalau dah seseorang itu terkena serangan selesema dan demam, pasti banyak pekerjaan anda yang tergendala kan? Andai kata hari ini anda selesema dan tidak sedap badan, sambil-sambil anda scroll telefon anda tu, apa kata anda cuba 7 makanan ini untuk cepat baik dari selesema.
Bawang putih
Bawang putih bukan saja boleh merawat kulit, atau menghalau hantu (gurau), malah ia merupakan sumber makanan alami yang melawan selesema. Kajian pada tahun 2014 menunjukkan bahawa orang yang mengambil suplemen bawang putih mengalami selesema yang lebih rendah secara keseluruhan dan kurang parah jika mereka terkena serangan. Bawang putih adalah antibiotik semulajadi yang merangsang sistem kekebalan tubuh. Jadi, masak makanan yang melibatkan bawang putih dengan banyak. Nak makan terus macam tak lalu pulak kan.
Ikan
Asid lemak omega-3 adalah campuran yang membantu dalam pengurangan keradangan (yang menghalang sistem imun anda). Salmon dan Tuna yang dimuatkan dengan kompaun super ini boleh membantu anda ketika anda dalam kesejukkan. Mereka bekerja untuk membebaskan sistem imun anda untuk menjalankan tugasnya.
Sup Ayam
Dalam keadaan hidung tak selesa ni, sedap kalau dapat makanan panas-panas. Asid Amino yang terdapat dalam ayam sebenarnya membantu memecahkan lendir dalam paru-paru anda dan dapat membuka ruang pada hidung anda yang tersumbat tu. Air rebusan ayam tersebut membuat anda terhidrat dan melegakan sakit tekak juga. Sup ini mempunyai elemen anti-radang juga membantu mengurangkan kesak nafas.
Lada cilil
Lada cili tidak boleh menghentikan selesema serta merta, tapi ia dapat membersihkan saluran hidung anda dan membuat anda berasa lebih baik dalam masa yang sama. Lada cili mengandungi capsaicin, yang berfungsi dengan merangsang dan kemudian menurunkan intensiti isyarat sakit di dalam badan.
Air kelapa
Air kelapa yang datangnya terus daripada buah kelapa itu sendiri, bukan yang telah diproses atau dijadikan Coconut shake! Khasiat air kelapa ini banyak sebenarnya, ia mampu untuk menjaga hidrat tubuh anda semasa sakit. Air kelapa mengandungi kedua-dua glukosa dan elektrolit yang diperlukan untuk membuat anda terhidrasi.
Halia
Ini senang. Anda hanya perlu ambil 1 uncang teh dan beberapa hirisan halia ini membantu anda untuk merawat mual dan sakit. Akar halia tersebut mengandungi unsur anti radang membantu melegakan sakit tekak dan membunuh virus yang menyebabkan selesema.
Ais Krim
Ini kalau selesema hari-hari pun tak kesah kan. Ais krim sebenarnya makanan yang paling efektif untuk anda yang sedang bertarung dengan hidung dan tekak. Ais membantu untuk membuat anda terhidrasi dan mengurangkan kesesakan. Ia adalah pilihan yang terbaik antara makanan kerana ia menenagkan kerongkong anda dari bengkak. Kalau boleh jangan beli ais krim diluar kerana kemanisan melampau. Anda boleh buat sendiri dengan membuat air buah dan bekukan ia. Jangan dan habis selesema, penyakit lain pula datang kalau anda makan ais krim bukan-bukan di luar sana.
Kalau Saiz Baju XL Elak Pakai Seluar Skinny, Ini Beberapa Jenis Cutting & Tip Berguna Perlu Anda Tahu

Lelaki dan seluar jean adalah dua elemen yang tidak dapat dipisahkan terutamanya pada zaman moden masa kini. Seluar jean kini menjadi item yang wajib ada dalam setiap almari lelaki. Selain bersifat versatil ia juga sangat tahan lasak, rugged dan sesuai digayakan dengan apa jenis baju atau pakaian lain.
Namun pernahkah anda tertanya-tanya mengapa sesetengah orang nampak sangat segak bila mengenakan jeans tetapi anda pula tidak begitu. Salah satu sebab utama mengapa ia berlaku adalah mungkin anda sendiri memilih jenis cutting yang tidak sesuai dengan bentuk badan.
Jadi bila anda pakai jeans yang tidak kena dengan bentuk badan penampilan akan jadi janggal dan nampak tidak kemas. Berikut MASKULIN kongsikan 5 jenis potongan atau cutting seluar jeans yang sesuai mengikut penggayaan serta bentuk badan anda.
SKINNY JEANS
Potongannya agak ketat dari bahagian paha dan lutut hingga sedikit mengecil di bahagian buku lali. Penggayaan seluar jeans dari jenis ini boleh memberikan ilusi kaki yang tirus.
Ia sesuai digayakan oleh lelaki yang menginginkan fesyen moden, malah nampak stylish jika dipadukan dengan t-shirt. Ia sesuai digayakan bagi lelaki yang langsing, kurus dan tidak mempunyai kaki yang besar. Bagi anda yang bersaiz besar, jangan sesekali cuba untuk menggayakan jeans jenis ini kerana ia tidak sesuai dengan tubuh anda.
SLIM FIT JEANS
Jeans jenis ini tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar. Ia lurus dari bahagian pinggul sehinggalah ke kaki.
Potongannya seakan-akan potongan skinny jeans namun tidak menunjukkan bentuk kaki yang terlalu ketat. Potongan jeans jenis slim fit ini sesuai dipadankan dengan kemeja untuk gaya ‘smart’.
STRAIGHT CUT JEANS
Jenis jeans ini mempunyai potongan yang lurus dari bahagian aras pinggang hingga ke hujung kaki. Potongan ini sangat bersesuaian untuk lelaki yang inginkan gaya ringkas namun masih nampak bergaya.
Ia sesuai dipakai oleh hampir semua lelaki tanpa mengira jenis kaki dan saiz tubuh si pemakai, selain memudahkan pergerakan. Jeans dengan potongan straight cut ini sesuai dipadankan dengan baju fit berlengan tiga suku atau pun baju berlengan panjang.
BOOTCUT JEANS
Ia merupakan potongan seluar yang memiliki potongan yang rata dan sedikit lebar dari bahagian betis hingga ke buku lali.
Potongan yang sedikit lebar ini akan menampakkan anda lebih kurus dan tinggi. Ia sesuai digayakan oleh semua bentuk badan. Anda akan nampak lebih segak jika menggayakan potongan jeans ini bersama boots.
RELAXED CUT
Potongan jeans ini tidak mencengkam paha dan betis kerana ia longgar dari bahagian pinggang hingga ke bahagian kaki.
Potongan jeans ini juga sesuai digayakan oleh mereka yang berbadan gempal kerana potongan jeans ini menyediakan banyak ruang di bahagian paha, kaki dan punggung. Lelaki kurus harus elak menggayakan seluar jeans jenis ini kerana ia akan menampakkan kaki kurus anda kelihatan gemuk.

Selain memilih potongan, anda juga perlu mempertimbangkan dua perkara penting ini ketika ingin membeli jeans. Dua perkara penting itu ialah:
1. Jenis pinggang seluar jeans
Ukuran yang diambil dari kelangkang ke bahagian atas pinggang. Ia terbahagi kepada tiga jenis iaitu high rise, medium/mid rise dan low rise
a. High rise – Seluar jenis ini bagus untuk lelaki yang lebih besar. Elak tuck in kemeja anda dengan seluar jenis ini kerana ia akan tampak lebih buruk. Ini kerana jeans jenis ini mempunyai keluasan seluar sehingga atas pusat.
b. Medium or mid rise – Seluar jenis ini sangat bagus untuk lelaki yang lebih suka memasukkan baju ke dalam seluar.
c. Low rise – Seluar jenis ini biasanya lebih gemar dipakai oleh mereka yang ingin bersantai ataupun bercuti. Biasanya ia mempunyai butang di bawah perut.
2. Saiz seluar
Ukuran jeans merujuk kepada dua ukuran. Contoh saiz: 27 × 34 (27 merujuk kepada saiz pinggang, manakala 34 merujuk kepada panjang iaitu pengukuran dari kelangkang ke pergelangan kaki).
Semoga tip fesyen di atas mampu membantu anda tampil dengan gaya lebih kacak, segak dan mantap. Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk menonton seleksi video menarik seperti di bawah!