
Salah sebuah gegung membeli belah premium yang terdapat di Kuala Lumpur dan cukup terkenal ialah ISETAN The Japan Store @ Lot 10. Di antara sebab mengapa ia sentiasa relevan di kalangan penggemar fesyen terutamanya adalah kerana kemampuan gedung membeli-belah ini menawarkan seleksi pilihan.
Selain fesyen ia juga menawarkan pelbagai pilihan aksesori, kelengkapan rumah dan makanan terbaik dari Jepun. Dan baru-baru ini, SETAN The Japan Store @ Lot 10 memperkenalkan wajah baru yang disegarkan semula dan penawaran-penawaran jenama serta produk yang dikemaskini.
Masih mengekalkan dan meneruskan pelbagai seleksi jenama terkenal pilihan fesyen ia melakukan perubahan sesuai dengan inovasi terkini bagi memberikan pengalaman terbaik buat pelanggan mereka.
ISETAN The Japan Store kini memaparkan kaleidoskop produk yang menarik di dalam kategori yang lebih luas. ISETAN The Japan Store menekankan falsafah untuk menawarkan yang terbaik dari segi reka bentuk dan kualiti kepada pelanggannya.
Dengan perubahan-perubahan ini, gedung ini memantapkan kedudukannya sebagai destinasi gaya hidup yang bukan sahaja memberikan pilihan terbaik di dalam beli-belah tetapi juga ruang menjamu selera di dalam gedung enam tingkatnya.
Gedung yang diberi kesegaran semula ini terus menawarkan pengalaman menyeluruh gaya hidup kepada pembeli-belah harian yang mahukan kepelbagaian dan kualiti.
Setiap tingkatnya menampilkan konsep yang berbeza-beza iaitu The Design (GF) menampilkan produk eksklisif pereka dari Jepun dan Malaysia, The Fashion (1F) untuk fesyen dan aksesori lelaki dan wanita.
The Wellness (2F) pula menampilkan seleksi berkaitan kecantikan serta kesihatan, The Lifestyle (3F) bagi barangan rumah berjenama, The Table (4F) sajian makanan Jepun dan The Market (LGF) pula menawarkan juadah makanan Malaysia dan Jepun.
Samsung Perkenalkan Bekas Pensterilan Telefon Pintar UV Tanpa Wayar

Dalam pasaran global sekarang boleh dikatakan apa sahaja produk yang menawarkan kemampuan pensterilan pasti akan menjadi laku keras. Ia berkemungkinan besar berkait dengan tahap kesedaran tinggi masyarakat terhadap kebersihan maksimum selepas krisis penularan wabak Covid-19 melanda dunia.
Terbaru, Samsung telah memperkenalkan bekas pensterilan UV uang dikhaskan untuk telefon pintar. Pada awal bulan ini id dilaprkan telah mula dipasarkan di seluruh dunia.
Tapi sejauh manakah keberkesanan peranti pencegahan kuman ini? Menurut Samsung, peranti inovasi terkini daripada mereka ini mempu membersihkan telefon pintar selama 10 minit. Mereka juga mendakwa ia boleh menyingkirkan 99% bakteria dan kuman seperti E.Coli, Staphylococcus aureus dan Candida albicans.
Namun adakah ia mampu membunuh coronovirus?
Besar kemungkinan ia tidak menghapuskan virus merbahaya tersebut. Ini kerana satu kajian telah dijalankan dan mendapati bahawa coronavirus mampu hidup di atas permukaan telefon pintar selama 98 jam.
Samsung UV Sterilizer menggunakan cahaya UVC di mana ia boleh membunuh kebanyakan kuman namun tidak sepenuhnya mampu menjadi agen pemusnah coronavirus. Pakar juga mengatakan seseuatu objek memerlukan pendedahan cahaya UVC yang sangat tinggi untuk membunuh virus tersebut.
Ia adalah satu perkara yang besar kemungkinan tidak dapat dilakukan oleh peranti ini. Akan tetapi ia tidaklah bermakna Samsung UV Sterilizer ini tidak membawa apa-apa kebaikan. Bagi anda yang mementingkan kebersihan dan keselamatan daripada jangkitan kuman merbahaya inilah produk yang harus dimiliki.
Berukuran 196 x 96 x33 mm, peranti ini senang untuk dibawa ke mana sahaja. Malah ia mempunyai kemampuan untuk dicas secara tanpa wayar.
Kalau Lelaki Tahu 5 Khasiat Hebat Teh Hijau, Pasti Nak Minum Setiap Hari

Kita sudah sering sangat dengar tentang kehebatan minuman teh hijau.
Tapi sejauh manakah ia memberi kesan terutamanya buat anda sebagai seorang lelaki? Kalau anda tak ada masa nak bersenam, pastikan teh hijau tetap tersenarai dalam menu harian anda. Khasiat teh hijau memang tak perlu kita sangkal lagi.
Bagi yang sering amalkan minum teh hijau, pasti anda tahu teh hijau ini berkhasiat untuk menurunkan berat badan.
Dianggap senjata detoks terbaik, rugi jika anda sebagai lelaki tidak mahu memanfaatkan kelebihan yang ada dalam teh hijau ini.
BACA: Amalkan Minum Teh Hijau Kosong, Rahsia Lelaki Ini Turun 10kg Walaupun Makan Nasi!
BACA: Bawang Putih Jadikan Bau Peluh Lebih Mengancam
5 khasiat teh hijau yang lelaki perlu manfaatkan
1. Antioksida
Bahan-bahan yang terkandung dalam teh hijau membantu mengurangkan pembentukan radikal bebas dalam tubuh badan. Selain itu, ianya melindungi sel-sel dan molekul daripada kerosakan.
Teh hijau mengandungi polifenol seperti flavonoid yang berfungsi sebagai antioksida yang kuat. Bagi mereka yang sukakan teh hijau, bonus yang mereka dapat ialah awet muda.
2. Menurunkan berat badan
Khasiat teh hijau seterusnya ialah membantu menurunkan berat badan kerana boleh meningkatkan kadar metabolisme tubuh badan.
Membantu mengurangkan lemak terutamanya di kawasan perut dan sekaligus mengempiskan perut serta mengelakkan perut buncit. Ini akan menjadikan badan anda langsing dan bebas lemak pada bahagian perut.
BACA: Kalau Nak Air Teh Hijau Lebih Berkesan, Amalkan Minum 2 Cara Yang Doktor Ini Kongsikan!
3. Mengurangkan risiko kanser
Punca kanser adalah disebabkan oleh pertumbuhan sel-sel yang tidak terkawal. Kajian mendapati bahawa lelaki yang selalu minum teh hijau mempunyai 50% risiko lebih rendah untuk mendapat kanser prostat.
4. Membunuh bakteria
Satu penyelidikan telah membuktikan bahawa khasiat teh hijau juga mampu membunuh bakteria dan menghalang virus seperti virus influenza.
Teh hijau juga mampu menghalang dan mengurangkan risiko jangkitan bakteria. Pendek kata, khasiat teh hijau juga membantu meningkatkan sistem imun tubuh badan manusia.
5. Mengurangkan risiko diabetes
Khasiat teh hijau juga dikatakan mampu mengurangkan risiko penyakit kencing manis terutamanya jenis 2.
Teh hijau boleh meningkatkan hormon insulin dan mengurangkan kadar gula dalam darah.
6. Meningkatkan Ketajaman Fikiran
Sebagai seorang lelaki pastinya anda ingin sentiasa peka dan mempunyai fikiran yang tajam apatah lagi untuk menyelesaikan tugasan kerja. Teh hijau merupakan minuman yang mengandungi kafein dan ia secara tak langsung boleh membuatkan anda berasa segar. Kandungan L-theanine juga boleh meningkatkan ketajaman mental.
Jaga-jaga Perkahwinan Tidak Bahagia & Stress Dalam Trafik, Antara Punca Lelaki Terkena Serangan Jatung!

Pernah dengar orang sakit jantung tapi tiada gejala atau penyakit kronik? Anda pun tahu, kalau kurang bersenam dan diet yang tidak baik boleh menyebabkan sakit jantung.
Rupanya banyak lagi perkara yang kita tidak tahu yang boleh menyebabkan sakit jantung. Berikut adalah beberapa punca yang telah dikaji ada kaitan dengan penyakit jantung:
#1: Masalah dental
Siapa sangka masalah dental boleh menyebabkan penyakit jantung. Bagaimana tu? Perkaitannya masih dalam kajian. Ada hipotesis menyatakan bahawa gusi yang penuh bakteria, masuk ke dalam darah dan menjadikan salur darah kita rosak akibat radang termasuk jantung! Jadi jsetiap 6 bulan jumpa doktor gigi tau untuk check gigi.
#2: Kerja shift
Menurut kajian daripada Western Univeristy di Canada, kerja pada waktu malam atau waktu yang tidak tetap ini boleh meningkatkan risiko sakit jantung. Pengkaji menyatakan kerja shift ni memberikan impak negatif pada ritma sirkardian yang mungkin boleh menyebabkan masalah jantung. Jika anda tidak bekerja pada waktu biasa, pastikan anda ambil langkah pencegahan seperti tidur mencukupi, rehat, diet yang baik dan bersenam.

#3: Trafik jam
Bila dah masuk fasa PKPP (pemulihan) ini, mula lah jalan raya jam balik tak. Ianya kondisi yang sangat stress! Kajian menunjukkan jika kita berada dalam trafik selama sejam, ianya meningkatkan risiko untuk dapat sakit jantung. Bunyi bising di atas jalan juga dikaitkan dengan sakit jantung. Kalau boleh, ambillah flexi hour, jangan bergegas pada waktu puncak dan dengar musik radio yang menenangkan. Kalau ada kawan di sebelah, ajaklah berbual.
#4: Berdengkur
Jika pasangan anda kata anda kuat berdengkur, anda mungkin kerap mengalami masalah bernafas sewaktu tidur. Ini dipanggil apnea tidur. Ianya terjadi jika salur pernafasan anda menguncup disebabkan otot lidah dan tengkuk menghempap saluran udara tersebut. Keadaan ini dikaitkan dengan penyakit darah tinggi, berdebar-debar, jantung berdegup tidak sekata, strok, dan lemah jantung. Merawat apnea tidur boleh mengurangkan risiko dan merawat darah tinggi.
#5: Hepatitis C
Jika anda ada penyakit hepatitis C, anda mungkin mengalami kolesterol rendah dan tekanan darah yang rendah. Walaupun rendah, anda mempynyai risiko yang lebih tinggi untuk jantung. Mengapa? Kajian menyatakan virus ini boleh menyebabkan radang hati, dan juga di tempat lain seperti jantung! Berbincang dengan doktor anda tentang perkara ini ya.
#6: Tidur tak berkualiti
Jika anda dengan kerap tidur kurang dari 6 jam, anda mempunyai risiko penyakit darah tinggi dan kolesterol. Ianya juga meningkatkan risiko anda untuk mendapat diabetes dan obes. Keadaan ini semuanya boleh memberikan kesan kepada jantung! Namun ini tidak bermakna anda perlu tidur secara berlebihan. Kajian juga menunjukkan jika anda tidur melebih 9 jam secara terlentang, ianya akan meningkatkan risiko untuk anda mendapat diabetes dan strok.Jadi untuk menjaga jantung, badan dan otak, anda tidur selama 7-9 jam ye.

#7: Perkahwinan yang tak bahagia
Pasangan yang sepadan dan hidup bahagia adalah sangat baik untuk jantung. Kajian menunjukkan kalau anda tak bahagia, anda terdedah dengan stress. Bila stress, anda tidak jaga diet, anda tidak mengamalkan gaya hidup sihat. Hormon stress yang berlebihan pun boleh menyebabkan masalah jantung. Jadi kalau ada masalah pasangan, bawa-bawalah berbincang dengan kaunselor atau terapis.
#8: Kesunyian
Jika anda menghabiskan masa dengan orang tersayang, ianya akan mengurangkan stress. Kesunyian menyebabkan anda lebih tinggi untuk dapat sakit jantung. Jika anda dekat dengan keluarga atau kawan rapat, cubalah berhubung dengan mereka. Atau pelihara kucing. Pemilik haiwan memiliki kesihatan jantung yang lebih baik dan hidup lebih lama juga.
#9: Terlalu lama menonton TV
Individu yang asik menonton TV tidak bergerak dan sangat berisiko untuk mendapat sakit jantung. Setiap jam anda melihat TV, meningkatkan risiko setinggi 20%. Jadi bawa-bawalah berdiri setiap jam, berhenti seketika TV, regangkan otot selama 5-10 minit.

#10: Terlalu banyak senaman sekaligus
Senaman bagus untuk kesihatan. Tapi kalau anda baru nak bermula sebab nak dapatkan berat ideal dan jaga kesihatan, mula secara perlahan. Mula perlahan dan tingkatkan senaman secara berperingkat. Jangan sekaligus. Jika anda senam terlalu lama dan terlalu sukar, dikhuatiri ianya boleh menyebabkan masalah jantung. Jadi, mulakan dengan berjalan perlahan dahulu ye.
Jadi anda sudah tahu pelbagai keadaan lain yang boleh menyebabkan masalah jantung kan? Jangan lupa kongsi pada kawan anda agar mereka pun tahu. Semoga bermanfaat.
Pernah dengar orang sakit jantung tapi tiada gejala atau penyakit kronik? Anda pun tahu, kalau kurang bersenam dan diet…
Posted by Public Health Malaysia on Friday, July 3, 2020
Sumber Sepenuhnya: Public Health Malaysia