Semalam seluruh negara menikmati hari cuti umum bersempena Hari Keputeraan Hari Keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 9 September 2019 semalam.

Sejak daripada hari baginda naik takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong, banyak kali kita lihat momen manis dan romatis antara Seri Paduka Baginda dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang sepertimana dikatakan oleh rakyat jelata sebagai sweet couple.

BACA: #AgongKita: ‘I am a kampung boy’ – YDP Agong

Kali ini MASKULIN ingin senaraikan antara momen manis Seri Paduka Baginda yang berjaya dirakamkan lensa baik jurugambar akhbar ataupun yang dirakam secara langsung melalui kaca mata televisyen yang dikongsikan oleh rakyat jelata melalui platform media sosial.

1. Seri Paduka Baginda puji kehebatan Raja Permaisuri Agong ketika memasak

Gemar Berswafoto, Ini Antara Momen Manis Yang di-Pertuan Agong XVI & Raja Permaisuri Agong

Dalam satu temubual eksklusif antara pihak Astro Awani, Wartawan Ashwad Ismail bertanyakan kepada tuanku ‘Ampun Tuanku, kami tahu Raja Permaisuri Agong suka, bukan saja suka malah pandai memasak, Tuanku sendiri bagaimana?

Dalam nada berseloroh, Baginda Tuanku bertitah ‘Pandai makan’.

Titah Tuanku lagi ‘Tapi tidak boleh nafi la, saya akui Raja Permaisuri memang pandai dan begitu tahulah selok-belok masakan dan masak sendiri dan kalau makan rasa lain macam, dia tau apa ni kurang, apa yang kekurangan di sini.

Dapat dilihat Tuanku sangat menghargai jasa isterinya yang sentiasa menjaga kebajikan Tuanku agar Tuanku dapat mentadbir negara dengan aman dan saksama.

2. Gemar berpimpin tangan

Gemar Berswafoto, Ini Antara Momen Manis Yang di-Pertuan Agong XVI & Raja Permaisuri Agong

Dapat kita lihat Tuanku seringkali berjalan berpimpin tangan bersama Raja Permaisuri Agong di setiap acara yang dihadiri 2 merpati sejoli ini.

IKLAN

Bermula daripada Hari pertabalan Yang di-Pertuan Agong hingga video Tuanku memegang erat tangan Raja Permaisuri Agong tular di media sosial.

Telatah spontan pasangan diraja ini menggamit perhatian rakyat jelata yang merasakan pasangan ini sangat serasi dan amat secocok.

3. Melayani sifat manja Raja Permaisuri Agong ketika sambutan kemerdekaan

Gemar Berswafoto, Ini Antara Momen Manis Yang di-Pertuan Agong XVI & Raja Permaisuri Agong

Ketika sambutan kemerdekaan pada 31 Ogos 2019 yang lepas, Raja Permaisuri Agong ada membuat ciapan di akaun twitter miliknya dengan caption ‘My handsome king’.

Ciapan tersebut mendapat 15.7 Ciap semula serta 56.3k tanda suka.

Sesetengah lelaki kadangkala tidak gemar untuk melayani sifat manja pasangan mungkin kerana ego atau rasa tidak cool jika terlalu melayani pasangannnya. Namun tidak bagi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, baginda sentiasa melayani Raja Permaisuri Agong dengan layanan yang terbaik.

Gemar Berswafoto, Ini Antara Momen Manis Yang di-Pertuan Agong XVI & Raja Permaisuri Agong

IKLAN

Kredit:

Twitter Raja Permaisuri Agong @cheminahsayang

Astro Awani

 

 

 

IKLAN

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI