Man photo created by freepik - www.freepik.com

Bila berbicara tentang bil elektrik yang tinggi tidak dinafikan kita semua akan cenderung menyalahkan penggunaan aircond atau penghawa dingin. Apatah lagi ketika musim cuaca panas sekarang ini penggunaan penghawadingin memang sangat kerap.

Namun ramai tidak sedar bahawa ada beberapa faktor lain yang boleh menyebabkan bil elektrik melambung tinggi. Salah satunya jika berlaku kerosakan pada perkakasan dan alat elektrik. Salah satu peralatan elektrik yang boleh menjadi punca ialah peti sejuk.

Ini terutamanya menjadi lebih teruk jika peti sejuk tidak berfungsi dengan baik akibat beberapa kerosakan tertentu dan sebab tertentu. Berikut MASKULIN kongsikan beberapa petanda mengapa bil elektrik melambung tinggi disebabkan peti sejuk tidak berfungsi dengan baik.

Dan salah satu kerosakan yang biasa berlaku ialah getah pada peti ais sudah tidak melekat dengan baik lalu menyebabkan ia tidak dapat ditutup dengan sempurna.

BIL MELAMBUNG

Penggunaan penghawa dingin sudah dikurangkan. Begitu juga dengan peralatan elektrik yang lain. Jadi ‘suspek’ pertama harus anda syaki ialah peti sejuk. Apabila ia tidak berfungsi dengan baik peti sejuk boleh ‘memakan’ elektrik dengan sangat banyak.

IKLAN
Getah Peti Sejuk Tak Lekat Boleh Jadi Punca Utama Bil Elektrik Melambung Berkali Ganda
House photo created by freepik – www.freepik.com

SUHU KURANG SEJUK

Jika anda mula perasan air di dalam peti sejuk serta makanan lain yang disimpan kurang sejuk, itu bermakna ada sesuatu yang tidak kena dengannya. Besar kemungkinan ialah berlakunya kerosakan pada getal di pintu peti ais. Peti ais yang tidak dapat ditutup dengan rapat akan menyebabkan barang makanan di dalammnya tidak sejuk dengan baik.

TERDAPAT SEMUT

Bwegitu juga jika anda mula perasan ada semut di dalam peti ais. Sedangkan ia tidak sepatutnya boleh masuk ke dalam peti sejuk anda. Ini juga salah satu petanda berlaku kerosakan pada getah pintu sejuk.

Getah Peti Sejuk Tak Lekat Boleh Jadi Punca Utama Bil Elektrik Melambung Berkali Ganda
Food photo created by pressfoto – www.freepik.com

AIR KELUAR DARI PINTU BAWAH

Salah satu petanda getah peti ais sudah tidak berfungsi dengan baik ialah terdapat air meleleh keluar dari bawah pintu peti ais atau di lantai. Bila peti sejuak tidak sejuk dan pintunya tak rapat maka wap air terkumpul dan meleleh keluar.

IKLAN

MAKANAN CEPAT ROSAK

Makanan yang anda simpan jadi cepat rosak berbanding dahulu. Akibat tidak sejuk dengan baik makanan pun tidak dapat disimpan dalam suhu yang sejuk lalu ia jadi mudah rosak.

Kesan jika anda tidak menukar getah pintu dengan segera.

IKLAN

1) Bil elektrik mendadak naik.

2) Peti ais cepat rosak( motor kompressor rosak)

Kebiasannya kos membaik pulih kerosakan peti sejuk lebih mahal daripada kos menukar getah pintu sejuk. Jadi sebab itulah kena bertindak cepat jika getah pintu peti sejuk mula rosak dan tak melekat dengan baik.

https://www.youtube.com/watch?v=FXvS-X63mnU

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI