Gigi Kuning & Berkarat? Ini 6 Tips Untuk Selesaikannya Jadi Putih Balik!

Share

Orang sekarang ni semua nak putih. Muka nak putih, gigi pun nak putih. Kalau muka tu, fahamlah juga ada bahan pemutih muka tapi gigi?

Nak guna bahan pemutih gigi, risau terlalu banyak peluntur yang melibatkan bahan kimia pula jadi apa salahnya anda amalkan 5 tips guna bahan semula jadi ini :

1. Kunyah epal, lobak atau daun saderi

Menguyah epal, lobak atau daun saderi dikatakan boleh memutihkan gigi kerana teksturnya adalah berserat. Mengunyah makanan ini juga boleh menghilangkan sisa makanan yang terselit di celah-celah gigi selain berfungsi sebagai snek yang sihat untuk tubuh.

2. Baking soda

Baking soda merupakan petua memutihkan gigi paling popular kerana ia bersifat boleh menghakis namun tidak begitu ketara. Caranya, bancuh dua sudu teh baking soda dengan sedikit ubat gigi dan berus gigi seperti biasa lalu bilasnya dengan air.

3. Garam

Garam mampu menambah sumber mineral pada gigi dan sekaligus menyerlahkan lagi warna putihnya. Caranya,  sapu garam pada gigi seperti penggunaan baking soda di atas. Kemudian berus dan bilasnya seperti biasa. Walaupun bertindak sebagai antibakteria, elak bubuh garam pada bahagian gusi kerana ia boleh menyakitkannya.

4. Kurangkan kopi & minuman bergula

Selain rokok dan minuman bersoda, kopi juga merupakan musuh ketat gigi anda. Hal ini bukanlah bermaksud anda perlu mengelakkannya 100% namun anda mungkin boleh mengehadkan kuantiti pengambilannya setiap hari. Ini kerana minuman dan makanan bergula boleh menggalakkan pertumbuhan bakteria Streptocuccus Mutans, iaitu bakteria utama penyebab plak dan gingivitis yang merosakkan gigi serta menjejaskan keputihannya.

5. Makan makanan berkalsium tinggi

Sesetengah gigi berubah menjadi kekuningan disebabkan lapisan enamel terhakis sehingga mendedahkan lapisan dentin di bawahnya yang berwarna kuning. Oleh itu, pengambilan makanan berkalsium tinggi seperti susu, keju dan brokoli boleh membantu mengelakkan hakisan dan sekaligus mengekalkan keputihannya.

6. Berus & flos

Jangan pandang rendah kepada rutin memberus gigi dengan flos. Ubat gigi dapat membantu mengeluarkan kotoran daripada gigi manakala penggunaan flos dapat mengeluarkan sisa makanan dengan berkesan. Sesetengah makanan yang terlekat di celah gigi tidak dapat dibersihkan dengan sempurna menggunakan berus gigi sekali gus jika terbiar lama, ia boleh menghasilkan bakteria dan plak gigi.

 

IKLAN