Gigi putih bersih menjadi idaman semua tidak kira wanita mahupun lelaki.
Ramai yang beranggapan menggosok gigi sahaja sudah cukup untuk merawat gigi kuning dan mencegah gigi ditumbuhi ‘karang’. Tetapi, sebenarnya menggosok gigi sahaja tidak mencukupi, apatah lagi jika anda memiliki gigi kuning.
Oleh sebab itu kita perlu menjaga gigi kita seperti bahagian lain kerana dengan senyuman kita itu membuat diri begitu berharga. Pastikan gigi kita sentiasa bersih agar tiada masalah ‘bau mulut’ yang boleh menghilangkan keyakinan diri.
Nyahkan ‘Karang Gigi’ Dengan Satu Bahan Ini!
Ads
Salah satu masalah bau mulut ini adalah berpunca dari karang gigi dan ia tidak boleh diambil ringan. Karang Gigi ini juga dikenali sebagai kalkulus merupakan plak yang menempel di bahagian dalam dan depan gigi.
Jika dibiarkan ia akan mengeras dan akan mendatangkan masalah lain seperti bau mulut, gangguan pencernaan dan juga jangkitan pada gusi. Untuk menghidari masalah tersebut, anda perlu membersihkan karang gigi yang sudah mengeras dan tebal.
Ads
Cara Terbaik Buang Karang Gigi Di Rumah!
Anda boleh atasi masalah ini dengan lakukan sendiri di rumah menggunakan bahan semula jadi iaitu garam.
Ditunjukkan di sini cara untuk menghilangkan karang gigi menggunakan garam.
1. Campurkan 1 sudu garam dan 1 sudu baking soda.
Ads
Tambahkan sedikit air dan kacau sehingga menjadi pes.
3. Basahkan berus gigi dan oleskan adunan pes tadi.
4. Gosok gigi anda dengan perlahan dan amalkan rutin ini hingga dapat kesan yang diinginkan.
Sumber: Petua Bonda
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Minggu hadapan, umat Islam di seluruh dunia akan menyambut kedatangan bulan Ramadan, bulan penuh keberkatan dan keinsafan. Sepanjang tempoh berpuasa, salah satu aspek kesihatan yang tidak boleh diabaikan ialah tahap gula dalam darah.
Pemahaman mengenai bacaan gula dalam darah yang normal dapat membantu mengelakkan risiko hiperglisemia (gula tinggi) dan hipoglisemia (gula rendah), sekali gus memastikan kesihatan kekal terjaga.
Tahap gula dalam darah mencerminkan keupayaan tubuh untuk memproses glukosa, yang merupakan sumber tenaga utama bagi sel-sel badan.
Bacaan gula yang stabil dan dalam julat normal amat penting bagi individu yang ingin mengekalkan kesihatan optimum, terutama ketika berpuasa.
Setiap peringkat umur mempunyai tahap gula yang berbeza berdasarkan keperluan tenaga dan sistem metabolisme badan. Berikut adalah julat normal tahap gula dalam darah:
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), tahap normal semasa berpuasa adalah antara 70 mg/dL hingga 100 mg/dL. Sementara itu, bacaan selepas 2 jam berbuka puasa boleh meningkat kepada 200 mg/dL atau lebih.
Bagi individu tanpa diabetes, tahap gula dalam darah yang normal adalah seperti berikut:
Pesakit diabetes perlu lebih berhati-hati dalam mengawal tahap gula mereka, terutama ketika berpuasa. Berikut adalah tahap gula dalam darah yang disarankan bagi mereka yang menghidap diabetes:
Mengetahui tahap gula dalam darah dan memahami bagaimana ia berubah mengikut usia dan status kesihatan adalah penting bagi memastikan kesejahteraan tubuh, terutama ketika berpuasa di bulan Ramadan.
Dengan memantau bacaan gula secara berkala dan mengamalkan gaya hidup sihat, kita dapat mengurangkan risiko komplikasi kesihatan serta mengekalkan tenaga sepanjang hari berpuasa.
Bagi individu yang mempunyai risiko diabetes atau yang sudah didiagnosis dengan penyakit ini, pastikan untuk mendapatkan nasihat doktor sebelum memulakan puasa.
Dengan perancangan yang baik dan pemantauan kesihatan yang berterusan, ibadah puasa dapat dilakukan dengan lancar tanpa menjejaskan kesihatan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Baju Melayu dan samping memang tidak boleh dipisahkan dengan orang lelaki. Lambakan pelbagai rekaan baju Melayu di pasaran membuatkan kita rambang mata untuk memilih dan membeli untuk disarungkan di hari raya.
Sebagai pemakai baju Melayu dan samping, anda seharuslah mengetahui terlebih dahulu sejarah dan makna di sebalik rekaan baju Melayu dan samping itu sendiri. Orang kata, barulah smart bergaya!
Kini rekaan baju Melayu mula menampak inovasi mengikut arus permodenan fesyen. Namun yang menyedihkan sentimen asli pada setiap helaian baju Melayu itu hilang kerana ditambah dengan pelbagai rekaan yang tidak perlu.
Bagi merungkai makna di sebalik baju Melayu dan samping, ikuti perkongsian video daripada Ahmad Nordin Abu Bakar.
Dikatakan baju Melayu mula direka pada 700 tahun lalu ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka di bawah pemerintahan Sultan Muhammad Shah (1423-1444). Baginda sangat menitikberatkan falsafah dalam setiap perkara termasuklah dalam aturan berpakaian.
Sultan Muhammad Shah mahukan pakaian khas untuk golongan diraja dan pembesar-pembesar agar ia menjadi pakaian istimewa ketika menghadap sultan dan permaisuri.
Baju Melayu kemudiannya dikatakan banyak dipengaruhi daripada pakaian Arab iaitu jubah manakala seluar pula membawa pengaruh dari Turki.
Baju Melayu banyak membawa pengaruh Islam yang sangat kuat. Sehingga kini baju Melayu menjadi kebanggaan kaum Melayu di Malaysia.
Lima butang ini melambangkan rukun Islam termasuklah mengucapkan dua kalimah syahadah, menunaikan solat fardu lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan, membayar zakat dan mengerjakan haji bagi mereka yang mampu.
Ia melambangkan tauhid yang mempercayai bahawa Tuhan itu hanya satu. Anda boleh melihat rekaan ini dalam baju Melayu Teluk Belanga.
Tiga poket iaitu pada bahagian kiri dada dan dua di bahagian bawah baju pula mewakili Islam, Iman dan Ihsan bermaksud kesempurnaan.
Pemakaian samping melambangkan kesungguhan menjaga syahwat, aurat dan maruah.
Baju Melayu tidak akan lengkap jika tidak digandingkan dengan samping daripada kain pelekat atau kain songket yang dililit kemas di bahagian pinggang.
Pemakaian samping juga ada aturannya.
1. Samping yang dipakai di bawah lutut bermaksud sudah berkahwin
2. Samping yang dipakai di atas lutut pula untuk lelaki bujang.
Walaupun dibanjiri dengan pelbagai rekaan baharu yang telah banyak diubah suai mengikut arus pemodenan, hakikatnya masih ramai lagi lelaki yang berpegang teguh dengan rekaan baju Melayu tradisional.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Depresi boleh menyebabkan ulser perut, fakta atau mitos? Tekanan boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan mental, tetapi tahukah anda bahawa ia juga boleh menjejaskan kesihatan fizikal, termasuk perut anda?
Salah satu kesan yang sering dikaitkan dengan tekanan dan depresi ialah ulser perut. Namun, sejauh mana kebenaran dakwaan ini? Adakah depresi benar-benar boleh menyebabkan ulser perut, atau ia sekadar mitos yang disebarkan tanpa bukti saintifik?
Ulser perut, atau dalam istilah perubatannya dikenali sebagai ulser peptik, merujuk kepada luka atau hakisan pada lapisan perut atau bahagian awal usus kecil (duodenum). Ia biasanya berpunca daripada:
Walaupun penyebab utama ulser perut adalah H. pylori dan penggunaan NSAID, terdapat bukti bahawa tekanan emosi dan depresi juga boleh menjadi faktor penyumbang. Berikut adalah beberapa cara bagaimana depresi boleh mempengaruhi kesihatan perut:
Ketika seseorang mengalami depresi atau tekanan yang berpanjangan, tubuh akan menghasilkan lebih banyak hormon kortisol. Hormon ini boleh meningkatkan pengeluaran asid dalam perut, yang akhirnya boleh merosakkan lapisan perut dan meningkatkan risiko ulser.
Orang yang mengalami depresi cenderung mempunyai tabiat yang boleh memburukkan lagi keadaan perut mereka, seperti:
*Makan secara tidak teratur atau mengambil makanan tidak sihat
*Merokok dan mengambil alkohol sebagai cara mengatasi tekanan
*Mengambil ubat tahan sakit secara berlebihan untuk meredakan ketidakselesaan badan
Faktor-faktor ini boleh meningkatkan risiko keradangan pada perut dan seterusnya menyebabkan ulser.
Tekanan emosi dan depresi yang berpanjangan boleh melemahkan sistem imun tubuh, menjadikannya kurang berkesan dalam melawan jangkitan H. pylori. Ini boleh meningkatkan risiko seseorang untuk mengalami ulser perut.
Depresi juga boleh mengganggu sistem pencernaan dengan menyebabkan masalah seperti pergerakan perut menjadi lebih perlahan atau terlalu cepat. Ini boleh mengakibatkan ketidakseimbangan dalam pengeluaran lendir pelindung perut, menjadikannya lebih terdedah kepada luka dan ulser.
Jika anda mengalami depresi dan bimbang tentang risiko ulser perut, berikut adalah beberapa langkah yang boleh membantu:
✅ Uruskan Stres Dengan Baik – Amalkan teknik relaksasi seperti meditasi, senaman pernafasan, atau yoga untuk mengurangkan tekanan.
✅ Jaga Pemakanan – Elakkan makanan pedas, berasid, dan kafein yang boleh merangsang pengeluaran asid perut berlebihan.
✅ Dapatkan Rawatan Untuk Depresi – Berjumpa dengan doktor atau kaunselor untuk mendapatkan sokongan dan rawatan yang sesuai jika anda mengalami tekanan emosi yang berpanjangan.
✅ Hindari Rokok – Merokok boleh merosakkan lapisan perut dan memperburuk keadaan ulser.
✅ Kurangkan Penggunaan Ubat NSAID – Jika perlu mengambil ubat tahan sakit, dapatkan nasihat doktor untuk alternatif yang lebih selamat.
Kesimpulan
Walaupun depresi bukan penyebab utama ulser perut, ia boleh meningkatkan risiko dan memburukkan keadaan jika seseorang sudah terdedah kepada faktor lain seperti jangkitan H. pylori atau penggunaan NSAID.
Oleh itu, penting untuk menguruskan tekanan dan menjaga kesihatan mental dengan baik, bukan sahaja untuk kesejahteraan emosi tetapi juga untuk kesihatan fizikal secara keseluruhan.
Jika anda mengalami simptom seperti sakit perut berpanjangan, pedih ulu hati yang teruk, atau muntah berdarah, segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut. Kesihatan mental dan fizikal saling berkaitan. Menjaga satu aspek boleh memberi kesan positif kepada yang lain.
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.