Masih tak habis meroyan pasal Syed Saddiq, semalam kecoh peminat SS tidak membenarkan YB SS rapat dengan kak lofa lama-lama kan? Bersesuaian dengan Maskulin, kami sempat bertanyakan kepada Syed Saddiq berkenaan dengan rutin hariannya dan cara beliau menjaga diet.
Soalan: Bagaimana YB praktikkan diet dalam kehidupan harian?
Saya tidak terlalu memilih. Cuma, saya pastikan saya bersarapan pagi. Dah banyak dah saya dengar bahawa sarapan pagi membantu kita kekal sihat dan memberikan tenaga berpanjangan dalam aktiviti harian saya.
Soalan: Berapa kali YB bersenam dalam masa seminggu?
Ads
Biasanya, saya tidak akan terlepas dengan bersenam setiap pagi apabila bangun sahaja dari tidur. Itu keutamaan, selain daripada menjaga pemakanan, saya amat meninitikberatkan senam setiap pagi dan jika diberi kesempatan, saya akan bersenam pada sebelah malamnya sebelum tidur. Menjadikan saya bersenam 2 kali setiap hari. Itu adalah kewajipan.
Soalan: Adakah YB menjaga jadual tidur?
Jujur saya katakan tidak. Kebelakangan ni tidur saya tidak menentu. Tambahan ketika musim pilihanraya. Jadual saya tidak menentu. Kalau dahulunya saya menjaga tidur, tapi saya terpaksa biasakan diri dengan kehidupan sekarang yang sibuk menguruskan Muar dan kepentingan rakyat.
Soalan: Apa suplemen yang diambil?
Ads
Bab ni saya tidak terlalu fikirkan. Mungkin kerana faktor usia saya yang masih muda. Namun ibu saya sering membekalkan saya Vitamin C walau ke mana saja saya pergi sebagai langkah berjaga-jaga walaupun daya tahan saya masih baik dan jarang sakit.
Soalan: Tips sihat yang boleh dikongsikan kepada peminat dan mereka yang inginkan badan sihat diluar sana
Pertama sekali saya tidak merokok kerana seperti yang kita tahu, ia tidak baik untuk kesihatan. Walaupun umur saya masih muda, namun kita seharusnya menjaga kesihatan tubuh dari muda. Selain dari itu, jika nak badan sentiasa kekal fit dan sihat, elakkan makan lewat malam. Ia tidak bagus untuk tubuh dan membolehkan berat anda naik dengan mendadak.
Ads
Soalan: Makanan sihat yang paling YB suka
Saya suka makan telur separuh masak!
Biodata Syed Saddiq
Nama: Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman
Asal: Pulai, Johor
Tarikh lahir: 6/12/1992
Berat: 72kg
Tinggi: 174cm
Keturunan: Melayu-Arab (Malaysian)
Hobi: Membaca & Jogging
Pendidikan:
Maktab Tentera Diraja (SPM)
UIAM (Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Undang-Undang)
Temple University Philadelphia (Ijazah Religious Pluralism and Art of Dialogue)
Menolak tawaran biasiswa penuh Oxford University untuk politik
Mula sertai politik: Semasa tahun ketiga UIAM
Status Rumahtangga: Masih Bujang
Fitness Goal: Chris Evans
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Cara seorang lelaki membawa diri. Dia perlu tahu apa yang dia mahukan dalam hidup.
Bila bermula
Bermula sejak lapan tahun yang lalu. Saya melakukan aktiviti kecergasan bagi meningkatkan stamina dan prestasi sukan. Saya sangat aktif dengan sukan kayak, di mana saya selalu memasuki pertandingan yang berkaitan sukan ini seperti kayak sprint 500m dan kayak marathon. Syukur saya berhasil memenangi acara kayak 500m Double sebagai johan pada tahun 2008. Saya juga mendapat tempat ke-8 Men Physique kategori 170cm ke-atas semasa Battle of The Freak, lewat Disember, 2015.
RUTIN HARIAN
7 am – Sarapan Oatmeal + 5 biji telur
8 am – Kardio (40 minit)
9 am – Protein shake
12 noon – Ayam kukus bersama brokoli + kentang lecek
3pm – Almond/Kekacang
5pm – Weight training
6pm – Protein shake
8pm – Grill Fish bersama bayam
AWARENESS
80% peratus hasil kecergasan kamu datang dari cara pemakanan kamu. Senaman dan diet yang seimbang boleh membantu meningkatkan kualiti kehidupan. Kamu tidak boleh bersenam dengan corak pemakanan yang salah. Harus selalu ingat, kecergasan bukan semata-mata kamu mengeluarkan peluh ketika bersenam, makanan juga harus kamu pantau. Di sini saya tekankan sekali lagi, diet pemakanan yang seimbang sangat penting. Apa yang kamu makan, adalah hasil yang kamu lihat. Tiada jalan pintas dalam dunia kecergasan, hanya kerja keras dan dedikasi pada seluruh tubuh dan badan.
INSPIRASI DAN IDOLA
Saya lalui banyak perbezaan dari segi fizikal dan mental berkat asuhan ibu saya, Che Zaipah Bt Abdul Mutalib. She is such a strong woman. Seorang yang penyayang dan ambil berat dalam semua perkara. Sejak dari kecil saya selalu memandang tinggi keperibadian dia. Ibu saya memberi saya inspirasi. I love you mommy.
TIP DAN NASIHAT
Mengambil banyak masa dan kerja keras untuk menjadi diri saya sekarang. If u want to be a wolf, join the wolf pack. Maksud saya, berlatihlah bersama orang-orang yang punyai semangat dan sasaran keputusan yang sama dengan kamu. Pasti perjalanan kecergasan kamu jadi seperti tidak terasa dan lebih cepat kamu menggapainya.
Nasihat saya pula, jika kamu mahu atau baru-baru memasuki dunia kecergasan, kamu harus punya sifat sabar dan tabah. Set gol ikut kemampuan, kuatkan azam dan teruskan latihan tanpa putus asa!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ada sesetengah lelaki rasa kurang selesa mengenakan kemeja lengan panjang kerana berdepan dengan kesukaran untuk melipat lengan kemeja.
Jika tersalah melipat lengan kemeja boleh menampakkan penampilan diri yang tidak kemas dan serabai.
Sebenarnya teknik melipat lengan kemeja panjang bukan sahaja boleh menonjolkan kekemasan pada penampilan diri seorang lelaki, sebaliknya ia juga boleh menambahkan keyakinan diri apabila berdepan dengan orang sekeliling.
Di sini ada empat teknik melipat lengan kemeja panjang yang boleh anda praktikkan agar penampilan anda lebih terjaga.
1. Gaya kasual
Foto: Esquire.com
Jika anda ingin tampil kasual dan santai, gaya lipatan lengan kemeja ini boleh dijadikan pilihan. Ciri utama gaya lipatan ini tidak terlalu tinggi dan hanya sebaris atau setengah lengan sahaja. Lipatannya lebih kemas kerana ia tidak mudah turun setelah dilipat 2-3 kali.
1. Buka semua butang yang ada di pergelangan tangan kemeja dan longgarkan.
2. Balikkan cuff (bahagian keras di hujung lengan kemeja) hingga bahagian yang dalam berada di luar. Lipat cuff hingga tersembunyi di sebalik kain lengan kemeja.
3. Pastikan lipatan yang dibuat sama rata sehingga lipatannya tidak terlalu besar atau terlalu kecil.
4. Ulangi langkah ini sehingga mendapat batas ketinggian lipatan lengan yang anda inginkan. Umumnya had maksimum untuk gaya lipatan ini adalah pada hujung siku.
2. Gaya klasik
Foto: Realmenrealstyle.com
Gaya lipatan lengan yang ini sering digunapakai oleh ramai lelaki dan boleh membuatkan penampilan lebih santai. Selain kemeja, lipatan ini juga boleh digunakan ketika anda memakai sweater.
1. Buka butang pada lengan kemeja.
2. Lipat cuff lengan ke bahagian luar sehingga bahagian dalam lengan terlihat dan pastikan lipatan berada di mana jahitan cuff lengan bertemu dengan lengan kemeja.
3. Kemudian, teruskan lipatan mengikut kelebaran yang pertama hingga lipatan tersebut melepasi siku. Kemaskan lipatan agar ia tidak terbuka dan jatuh ke bawah.
3. Gaya Italian Roll
Foto: Esquire.com
Bagi yang ingin tampil dengan gaya yang lebih menarik dan stylish, sesuai menggunakan gaya lipatan lengan ini. Caranya lebih ringkas dan mudah untuk dilakukan.
1. Buka butang lengan kemeja.
2. Tarik lengan kemeja yang agak panjang hingga berada di atas siku.
3. Lipat lebihan lengan kemeja, namun jangan sampai menutupi cuff lengan kemeja. Biarkan lebihan ⅓ cuff.
4. Gaya Marine Roll
Foto: Google
Gaya lipatan ini selalu digunapakai untuk pakaian seragam Marine yang menampakkan gaya lebih segak dan rapi.
1. Ratakan lengan kemeja yang sudah diseterika di atas permukaan yang mendatar.
2. Lipat panjang lengan kemeja hingga pertengahan antara siku dan bahu.
3. Lipat 2-3 kali dan jarakkan agar cuff menutupi lipatan terakhir.
4. Lipat cuff hingga menunjukkan bahagian luar dan menutupi lipatan terakhir.
5. Gaya lipatan ini haruslah berada jauh di atas siku.
Anda tidak akan boleh menarik perhatian si dia hanya dengan mengingati untuk memberus gigi. Apa yang benar-benar penting bagi mereka adalah impresi pertama apabila mereka melihat anda.
Apa yang menarik perhatian mereka berbeza dari satu wanita ke wanita yang lain. Kerana wanita sekarang lebih mementing pemerincian gaya dalam setiap penampilan.
Di sini ada 5 perkara yang boleh memberikan impresi baik atau buruk tentang diri anda pada si dia.
1. Bulu Hidung, Telinga Dan Kening
Si dia akan perasan terutama mengenai bulu-bulu yang tidak sepatutnya muncul pada wajah anda. Mereka lebih rela untuk berbual bersama lelaki yang mulutnya berbau dari mereka yang bulunya tumbuh di merata tempat.
Anda harus memperbaiki penampilan anda dan uruskan bulu-bulu di hidung atau telinga anda agar tidak terlalu kelihatan.
2. Gigi
Gigi anda adalah salah satu daya menarik bagi seseorang wanita kerana mereka kerap berada pada paras tersebut dan duduk di meja bertentangan, maka itulah perkara yang mereka akan perasan selalu.
Anda boleh bersihkan gigi anda dan melakukan flos gigi seminggu sekali jika mempunyai kesempatan kerana wanita menggemari lelaki yang bergigi putih.
3. Bulu Leher
Wanita dengan segera akan perasan apabila seseorang lelaki itu memiliki garis leher yang kemas dan licin. Bulu yang tumbuh di leher boleh mencacatkan penampilan anda.
Singgah kedai gunting seketika untuk memperbaiki bulu yang tumbuh pada leher anda setelah menggunting rambut anda untuk memperkemaskan penampilan.
4. Kuku Jari
Hubungan peribadi dan profesional semuanya bermula dengan berjabat tangan – oleh itu penggayaan kuku anda juga haruslah berada pada tahap yang setanding dengan profesionalisma anda.
Tiada wanita yang ingin keluar bertemujanji dengan lelaki yang kukunya kelihatan seperti tinggal di hutan berbulan lamanya.
5. Wangian Dan Pewangi
Wanita ini cepat perasan jika anda memakai bau-bauan yang berlebihan. Bukan sahaja berkenaan pewangi anda tapi juga berkenaan mandian badan yang anda kadangkala pakai selepas pulang dari gimnasium.
Gunakan mandian badan tanpa bau yang kuat seperti mandian badan yang bebas dari wangian keluaran Dove dan Aveeno.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.