Kejayaan itu adalah proses membina dan mempersiapkan diri untuk mencapai satu matlamat. Membina sebuah empayar pula adalah satu perjalanan membina kekuatan dalam menambah pengetahuan yang tak pernah habis dan tiada noktah. Sama ada tercapai mahupun tidak, ia bukan lagi jadi keutamaan, sebaliknya perjalanan itu harus dinikmati demi perubahan yang kian mencabar, rasai setiap kepuasan dan keseronokan itu dengan sebaiknya.
Demi merealisasikan impian untuk kekal cantik, ada yang sanggup berhabis wang sehingga beribu-ribu ringgit setiap bulan khusus untuk membeli produk-produk kecantikan. Makanya kuasa beli wanita itu cukup besar dilihat di dalam arus caturan perniagaan. Dari kesedaran itu, DYXY, sebuah jenama produk kosmetik baru keluaran bumiputera terus mengorak langkah demi memenuhi kehendak pengguna mereka yang sememangnya ingin tampil cantik, sempurna dan yakin setiap hari.
ATURAN KEHIDUPAN
“Masa lalu anda tidak sama dengan masa depan anda.”
Ads
Mungkin sudah tertulis suratan dalam kitab kehidupan, fasa kejatuhannya membuatkan figura besi ini terbang tinggi seperti hari ini. Tersusun ribuan liku kepayahan yang harus ditempuh demi meraih manisnya kejayaan. Kini tular di media sosial, produk kosmetik DYXY mampu mengubah tekstur wajah pengguna menjadi lebih sempurna tanpa sebarang editing di telefon pintar. Mahu mengenali lebih dekat pengasasnya, Maskulin bersama Shah Hafiz Borhannuddin, 31 tahun atau lebih dikenali sebagi Shah Hafiz, berkongsi ceritera hidupnya, membangun sebagai anak peniaga dan kini menjadi usahawan kosmetik yang semakin disegani.
Dia yang satu ketika dahulu pernah dihimpit kepayahan hidup benar-benar mengajar dirinya untuk lebih menghargai kejayaan. Shah Hafiz, sangat optimis dengan produk kecantikan kosmetik DYXY yang dilihat sebagai anak sulungnya yang wajar diberikan tumpuan.
Ads
“Mungkin orang tidak mengenali siapa saya lagi, saya juga terkejut kerana diberikan penghargaan sebesar ini untuk menghiasi kulit hadapan Maskulin edisi Mac 2018. Ini diibaratkan sebagai salah satu kejayaan peribadi yang tidak mungkin dapat saya lupakan. Membesar dalam keluarga kecil hanya ada ayah dan abang, kami dibesarkan dan diberi kasih sayang dengan cukup sempurna sekali, hinggalah saat kehilangan ibu tercinta sewaktu saya berusia dalam lingkungan belasan tahun. Sejak itu keluarga kami sedikit goyah, ditambah pula nasib ayah yang baru kehilangan kerja dan punca pencarian utama waktu itu.
KAMI SEKELUARGA HANYA TINGGAL DI FLAT LAMA YANG SANGAT SEMPIT DAN TIDAK SELESA. PALING TIDAK MUNGKIN DAPAT SAYA LUPAKAN, APABILA TIBA BULAN RAMADAN, KAMI SEKELUARGA MENGALAS PERUT HANYA DENGAN MENIKMATI JUADAH SARDIN YANG DIPELBAGAIKAN. SAHUR DAN BERBUKA, ITULAH MENU KAMI. JIKA BOSAN, KAMI SINGGAH KE MASJID UNTUK MERASAI SUATU YANG BERBEZA UNTUK MENGALAS PERUT KAMI.”
“Disebabkan tiada peluang menyambung pengajian ke peringkat tinggi, saya mula berniaga sendiri, dari pasar malam sehinggalah perniagaan import eksport. Satu ketika apa yang direncanakan tidak berjalan lancar, habis musnah perniagaan waktu itu dan saya diisytiharkan bankrap pada usia 23 tahun. Hutang tidak perlu diceritakan, lebih ratusan ribu ringgit terpaksa saya langsaikan. Sedih, tidak ramai yang ingin membantu tika itu, hanya isteri dan keluarga tempat saya mengadu. Isteri berikan sokongan yang tidak terhingga sehinggalah satu ketika saya mendapat idea tatkala melihat isteri sibuk dengan alatan soleknya. Terdetik untuk saya memperkembangkan perniagaan berasaskan solekan.”
Ads
“Tidak mudah untuk saya yang bermula dari kosong semula untuk meraih kepercayaan, saya mengambil masa sekitar dua tahun untuk kembali pulih dari kemerosotan hidup. Isteri saya sangat membantu dalam usaha kami merealisasikan perniagaan kosmetik pertama kami. Akhirnya DYXY tercipta yang hanya bermula dengan satu BC Cream sahaja. Memulakan sejarah perniagaan kami di Wakaf Che Yeh Kelantan dengan bertemankan sebiji meja plastik menjadi saksi perjudian nasib terakhir perniagaan ini. Kenapa memilih Kelantan? Saya lihat ramai usahawan kosmetik berjaya banyak bermula dari negeri ini. Siapa sangka orang di sana sangat-sangat membantu dan begitu terbuka dalam menerima produk baru kami. Hanya dalam tempoh dua bulan produk kami semakin dikenali, meraih kepercayaan juga perhatian. Sejak itulah DYXY terus berkembang.”
“Bila berbicara mengenai produk berasaskan alat solek wanita, lelaki adalah agen paling mudah memahami dan mendekati pelanggan wanita. Berbeza gender inilah menjadi daya tarikan utama produk DYXY semakin dikenali. Simple, lelaki faham kehendak wanita dan kuasa beli wanita itu sangat besar, jadi mengapa perlu saya persiakannya. Kini isteri saya yang menguruskan perihal produk dan saya sepenuhnya menguruskan rancangan dan projek pembangunan produk DYXY untuk tempoh masa mendatang.”
DAPATKAN MAJALAH MASKULIN EDISI MAC 2018, KINI DI PASARAN!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bahaya juga akibat terlalu obses dengan aktiviti ber swafoto ini. Kejadian ini berlaku di Bangalore, India ketika remaja berusia 17 tahun itu berkelah bersama rakan sepengajiannya di kolej kebangsaan.
Hal ini merupakan detik menyedihkan bagi seorang remaja, Vishwas G. Ketika dia tergapai-gapai dalam air, kawan-kawannya pula sedang sibuk berswafoto, tanpa menyedari rakan mereka itu sedang kelemasan.
Menurut salah seorang rakannya, Sumanth A, ketika kejadian mereka sedang berkelah dan berenang di sebuah kuil. Selepas habis berenang, mereka berswafoto beramai-ramai dan meninggalkan kolam berkenaan tanpa menyedari kehilangan Vishwas.
“Salah seorang rakan kami melihat semula gambar itu dan menyedari Vishwas lemas. Kami kembali semula ke kolam itu namun dia telah hilang,’’ katanya yang kemudian memaklumkan kepada pensyarah mereka, Prof, Girish yang bertugas memantau pelajar terbabit.
Mereka menghubungi polis dan tidak lama kemudian mayat Vishwas ditemui di kolam kuil terbabit yang berusia 300 tahun. Keluarga Vishwas turut dimaklumkan mengenai anak mereka dan mereka bergegas ke situ. Keluarga mangsa mendakwa pensyarah yang bertugas cuai dan mahu tindakan diambil namun tidak lama kemudian menarik balik gesaan terbabit. Ia selepas pengurusan kolej berjanji akan menyiasat dan mengambil tindakan disiplin terhadap mana-mana pihak yang cuai. Vishwas merupakan anak kepada seorang penarik beca.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Selalu orang cakap kalau gemuk tu bahagia. Tapi ia silap besar, sebenarnya kamu bukannya bahagia tapi stress sebenarnya.
Untuk pengetahuan, kenaikkan berat badan selalunya berkaitan dengan stress. Makin stress makin kuat nafsu makan. Mungkin bukan semua, namun ada sesetengah orang memiliki nafsu makan yang besar apabila sedang stress.
Anda tidak percaya? Nak lihat 5 kajian ini
1.Stres meningkatkan selera makan
Bila otak terlalu risau, tubuh akan terdorong untuk merembeskan hormon grehlin. Hormon inilah yang menyebabkan minda terangsang untuk makan makanan kegemaran yang tidak sihat.
Anda mula makan tanpa henti dan tanpa memikirkan kesannya. Mungkin kerana terlalu stres hingga tidak mampu mengawal selera makan. Sebab itulah kita akan rasa nak makan makanan yang menenangkan seperti coklat atau minuman kegemaran. Antara makanan kegemaran yang kita suka makan apabila stres adalah cokelat. Terdapat juga kajian sebuah jurnal di Science Direct telah membuktikan bahawa ‘comfort food‘ seperti coklat boleh menjadi ‘jalan keluar’ yang pantas bagi mengurangkan rasa stress.
2. Proses pembakaran lemak terhalang
Tahukah anda, stres juga menyebabkan badan sukar memproses lemak untuk bertukar menjadi tenaga. Suatu penelitian mendapati bahawa apabila berada dalam keadaan tertekan, tubuh akan menghasilkan protein yang menghalang enzim yang berfungsi untuk membakar lemak.
Jika anda mahu kekal kurus dan sihat, anda harus pandai mengawal emosi anda.
3. Pemusnah diet
Menurut hasil kajian oleh jurnal Neuron, terdapat satu bahagian dalam otak yang berfungsi untuk merekod matlamat jangka panjang dan meyakinkan diri supaya kekal ke arah matlamat tersebut sehingga tercapai. Bahagian kecil ini juga menyimpan maklumat supaya minda berpihak kepada pilihan baik, selari dengan misi yang ingin dicapai. Apabila kerap stres, bahagian otak tersebut tidak dapat berfungsi dengan berkesan.
4. Stres merangsang hormon menggemukkan
Stres di tempat kerja membuatkan ramai tidak mendapat tidur yang berkualiti akibat minda yang berkecamuk. Kekurangan tidur mengurangkan rembesan hormon leptin, iaitu hormon yang merangsang minda supaya berhenti makan ketika kenyang. Kekurangan tidur juga boleh meningkatkan paras hormon yang membuatkan kita cenderung terhadap makanan.
Rasa stres dalam aktiviti harian turut meningkatkan produksi hormon kortisol. Paras kortisol yang tinggi ini mampu menjadikan tubuh kita aktif memproduksikan glukos, lalu meningkatkan paras gula dalam darah. Apabila proses ini sering berlaku, ia akan menyebabkan berat badan anda meningkat, seperti yang dijelaskan melalui Today’s Dietitian.
5. Metabolisme semakin menurun
Metabolisme yang seimbang penting untuk fungsi badan yang sihat secara menyeluruh. Pakar juga menyarankan untuk mengikut waktu pemakanan yang tetap untuk mengekalkan berat badan yang seimbang. Stress adalah faktor utama mengapa metabolisma anda menurun.
Sumber: Asyikheboh.bid
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Latihan kecergasan yang menggunakan tenaga dan stamina tubuh secara maksima bagi menghasilkan kesan sangat efektif buat otot dan tubuh secara berkesan.
DEADLIFT
Efektif dengan melakukan pergerakan pantas pada keseluruhan otot tubuh nyata memberikan kesan secara menyeluruh. Lakukan deadlift dengan mengangkat bebanan yang anda mampu lakukan bergantung kepada kekuatan tubuh dan stamina yang dimiliki.
BURPEE OVER BAR
Lakukan burpee over bar secara berselang dengan deadlift dengan kiraan 5-4-3-2-1 . Turunkan tubuh anda ke permukaan lantai dengan kaki menjurus ke belakang di sebelah deadlift. Lakukan push up lantas berdiri semula dan melompat ke bahagian lain deadlift dengan mengulangi pergerakan yang sama.
KETTLEBELL SWING
Kettlebell mempunyai beberapa jenis bebanan dan pilih berat yang mampu anda lakukan. Hayunan kettlebell mampu memberi rengan kepada keseluruhan otot utama tubuh anda. Lakukan dengan mengangkat kettlebell dengan kedua belah tangan dan mulakan hayunan hingga ke posisi 70 darjah. Lakukan secara berulang dari kiraan 20-10-5.
GOBLET SQUAT
Kekal menggunakan kettlebell dengan mengaplikasikan sifat fizikal bebanan yang dimiliki. Lakukan squat sambil memegang kettlebell dengan menggunakan kedua belah tangan dan bawa kettebell ke paras dada. Lakukan secara berulang dari kiraan 20-10-5.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.