Setelah setahun berada di pasaran, Honda Beat 2017 kini ditawarkan menerusi grafik terkini agar kekal relevan di pasaran. Skuter berkenaan ditawarkan dengan corak grafiti terkini untuk memberikan gaya ranggi.

Grafik berkenaan didatangkan dengan dua tona warna. Pelanggan boleh memilih pilihan warna Space Magenta Metallic (warna baru), Pearl Nightfall Blue, Pearl Magellanic Black dan Vivacity Red.

GRAFIK BAHARU HONDA BEAT 2017 LEBIH CERIA

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, Nobuhide Nagata kini Honda menambah baik reka bentuk Honda Beat menerusi pilihan warna baharu dan corak grafik terkini sesuai dengan pasaran skuter berkenaan buat penunggang muda.

IKLAN

“Ia bukan sahaja mempunyai kelengkapan keselamatan yang sesuai untuk para pelajar menunggangnya dalam aktiviti seharian, tambahan reka bentuk Honda Beat  juga menjadikan mereka nampak lebih bergaya ketika menunggangnya,” katanya.

Honda Beat dilengkapi dengan roda aloi 14-inci bersama tayar tubeless, sistem brek combi (CBS) dan Sistem Smart Lock yang memastikan brek terkunci semasa menghidupkan enjin atau ketika parkir. Ini untuk mengelakkan kejadian memecut dengan tidak sengaja ketika dalam trafik serta tidak ketinggalan Side Stand Switch.

IKLAN

Honda Beat menggunakan enjin ESP dengan teknologi geseran rendah (low-friction) agar enjin menjadi lebih cekap tenaga. Selain itu, Honda Beat menggunakan sistem suntikan bahan api (PGM-FI) yang menyumbang kepada penjimatan bahan bakar.

Honda Beat adalah skuter pertama yang menerima status pengiktirafan kenderaan cekap tenaga (EEV) di Malaysia. Harga jualan Honda Beat ialah RM5,724 (termasuk GST) seunit. Harga Honda Beat sedikit meningkat jika dibandingkan harga jualan asas setahun lalu iaitu RM5,565 (+RM159).

IKLAN

GRAFIK BAHARU HONDA BEAT 2017 LEBIH CERIA

Honda Beat dikuasakan oleh enjin 108cc OHC, penyejukan udara yang mampu menghasilkan kuasa 8.77PS dan tork 9.14Nm. Skuter dengan berat 94kg itu dipadankan dengan saiz tangki empat liter. 

 

GALERI

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI