Banyak cerita yang berleluasa sehingga kini tentang keburukan gula. Hakikatnya, gula bukanlah penyebab utama masalah kesihatan terutamanya kepada kita rakyat Malaysia. Menurut pakar kimia, penyakit jantung dan obesiti bukanlah disebabkan oleh pengambilan gula berlebihan, tetapi puncanya ialah kerana lemak tepu didalam gula yang dijual dipasaran.
Mitos : Gula punca gemuk dan penyakit
Perkara sebenarnya, gemuk dan penyakit itu berpunca dari kandungan kalori yang tinggi. Gula mudah dihadam oleh badan dan ini membuatkan kalori dibawa bersama-sama gula sambil kita masih tidak puas untuk merasa makanan yang manis. Hal ini menjadi punca utama penyumbangan kalori ke dalam badan.
Ads
Mitos : Pemanis semula jadi lebih baik dari gula biasa
Tidak! Semua pemanis lain seperti madu, sirap maple dan stevia memberikan kesan yang sama kepada badan anda. Ada kajian lain menyatakan bahawa pemanis didalam buah-buahan juga memberi kesan yang sama. Bahkan lebih teruk lagi ianya boleh membuatkan perubahan hormon justeru selera makan anda meningkat.
Ads
Mitos : Gula tidak bagus, Kurangkan gula adalah bagus
Gula sangat diperlukan oleh otak. Ketiadaan gula boleh membuatkan otak anda lembab dan tidak cerdas. Masalah ini berpunca daripada peniaga produk atau industri yang selalu menjaja tagline seperti “sugar free” dan “no sugar added”. Hal ini menimbulkan persepsi yang salah kepada pengguna. Pengguna harus tahu, didalam produk-produk seperti ini, biasanya mereka akan menggunakan pemanis atau gula artificial yang boleh memberikan kesan lebih buruk dari gula biasa.
Ads
Mitos : Jus buah-buahan lebih baik dari gula biasa
Tidak! Gula didalam buah-buahan tetap adalah gula yang sama. Glukos dan fruktos juga diproses dalam badan dengan cara sama tidak kiralah dari mana sumber asal gula itu datang. Akan tetapi, kita tidak boleh menidakkan bahawa makan buah-buahan bagus untuk kesihatan kerana ia mengandungi vitamin. Ianya tetap bagus cuma fakta bahawa gula buah-buahan lebih bagus dari gula biasa itu adalah salah!
sumber: iluminasi.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Mulakan hari anda dengan aktiviti yang positif untuk menjadikan hari anda kekal sihat dan segar sepanjang hari. Banyak artikel menyuruh anda melakukan senaman di wakti pagi untuk berat badan yang ideal namun bukan semua orang ada masa untuk bersenam, tambahan lagi pada waktu pagi. Kekangan masa menyukarkan mereka-mereka yang nak turunkan berat badan. Kami ada cara untuk anda mampu untuk menurunkan berat badan, namun tidak memerlukan anda untuk bersenam pada waktu pagi. Sambil-sambil anda ke pejabat, kelas atau apa saja aktiviti anda, apa kata anda luangkan masa kejap buat beberapa perkara ini.
Makan sarapan!
Jangan skip sarapan. Jika anda seorang yang sibuk, grab sekeping roti kosong dan segelas susu sebelum anda ke pejabat. Jika anda tiada masa, makan sambil hadap jem dalam perjalanan anda ke pejabat, ataupun dalam train. Jika anda rajin, rebus telur selama seminggu dan ambil sebiji untuk sarapan. Pun dah cukup.
Morning Stretch
Bangun saja tidur, apa kata anda menggeliat seketika, lepas tu renggangkan leher dan tangan anda agar badan anda tidak lenguh. Tak perlu beriya sangat sampai kena jumping jack pepagi buta tu. Jika anda beragama Islam, solat subuh merupakan stretching paling bagus untuk anda mulakan hari anda.
Minum segelas air suam
Alahai, senang sangat nak buat benda ni. Lepas mandi pun boleh buat. Jika anda seorang yang utamakan kesihatan secara menyeluruh, kami sarankan anda minum segelas air masak sebelum anda gosok gigi. Ini untuk menguatkan immunisasi dalam tubuh anda. Tak percaya cubalah.
Jangan terus grab phone!
Segelintir anda pasti akan terus terkam telefon celik saja mata kan? Selain daripada boleh merosakkan mata anda, tatap telefon celik saja dari tidur boleh membuatkan anda kurang bertenaga sepanjang hari. Eksperimen ini telah dilakukan oleh salah seorang pakar di US. Beliau sendiri menceritakan pengalaman beliau. Jadi sebelum anda scroll phone tu, apa kata kalau anda ambil sarapan, tengok matahari dan orang sekeliling seketika, ambil masa untuk menarik nafas dan set goal anda dahulu, baru anda tengok apa yang terjadi pada dunia hari ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, ungkapan itu sesuai menggambarkan selebriti Alif Satar yang banyak memiliki persamaan dari ayahnya, terutamanya dari segi kecergasan.
Disebabkan sama-sama mengamalkan gaya hidup yang aktif dan cergas, tidak hairanlah mengapa Alif Satar dan ayahnya lebih kelihatan seperti pasangan adik beradik berbanding anak beranak.
Menerusi hantaran di laman Instagram, pelantun lagu Lelaki Seperti Aku itu berkongsi gambar dia menghadiahkan seutas jam tangan sukan untuk ayahnya sempena hari bapa.
Memiliki tubuh yang masih cergas di usia lanjut membuatkan ayahnya tampil awet muda sehingga ramai menyangka beliau adalah abang kepada Alif.
“Kalau aku keluar jalan pergi mana-mana dengan daddy, bila aku introduce dekat orang “this is my dad”, their respond would be “eh, ingatkan abang!”,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Hati siapa tidak berbunga-bunga apabila menerima reaksi sebegitu dari orang ramai, ayah Alif juga tidak terkecuali dari merasai perkara itu.
Selain memiliki tubuh yang masih tegap dan gaya rambut seperti seorang bintang rock, ayahnya juga turut memiliki jiwa sepeti orang muda, tambah Alif.
Pencetus fenomena Geng Subuh Macam Jumaat itu juga turut berharap dia mampu kekal sihat dan kuat di usia lanjut seperti ayahnya itu.
Dalam pada itu, Alif turut berkongsi bagaimana dia dan ayahnya turut berkongsi minat yang sama dalam seni dan juga sukan.
Dalam bidang sukan, mereka berdua sama-sama meminati sukan tenis.
Alif juga sempat berseloroh memberitahu bahawa ayahnya merupakan seorang kidal.
Kecenderungan ayahnya menggunakan tangan kiri, termasuklah ketika bermain tenis, menjadikan otot lengan kiri ayahnya kelihatan lebih sasa berbanding kanan mirip bintang tenis dari Sepanyol, Rafael Nadal.
Hari Bapa disambut setiap tahun pada 16 Jun. Meskipun kita dituntut untuk menghargai ayah hingga ke hujung usia kita, ambillah tarikh ini sebagai satu kesempatan untuk meluangkan masa bersama ayah kita.
Masih ingat remaja lelaki berusia 19 yang ditemui maut dipercayai terkena renjatan elektrik daripada telefon bimbit yang sedang dicaj menggunakan ‘powerbank’ di Taman Merbok, Bukit Baru, Melaka?
Dalam kejadian jam 8.10 pagi itu, mangsa, Syamirul Armizie Adenan, 19, ditemui meninggal dunia di bilik tidurnya oleh ibu mangsa, Suriah Rahim, 48, dengan kesan kulit melecet pada bahagian bahu kiri. Kejadian disedari ibunya apabila mangsa tidak membuka pintu bilik selepas diketuk berulang kali memaksa pintu dibuka dengan kunci pendua.
Mangsa kemudian ditemui dalam keadaan baring sambil menggunakan fon telinga bersambung pada telefon pintar yang dalam keadaan bercas pada sebuah ‘powerbank’.
Penggunaan powerbank yang tidak mempunyai sistem perlindungan litar pintas mampu menyebabkan kematian sekiranya berlaku litar pintas ketika digunakan walaupun ianya tidak bersambung pada punca suis elektrik.
Kematian boleh terjadi disebabkan pengaliran arus pada jantung akibat litar pintas di dalam power bank. Ramai orang salah anggap, mereka menjangkakan voltan rendah seperti 12 Volt itu tidak mungkin membunuh, sedangkan hakikatnya voltan tidak menyebabkan kematian sebaliknya nilai arus yang mengalir pada jantung yang boleh menjadi punca maut.
Sebagai contoh, 2.1 Ampere merupakan nilai purata keluaran arus normal bagi powerbank sedangkan nilai arus litar pintas boleh melebihi 100 Ampere sekiranya berlaku di dalam powerbank. Hanya diperlukan arus elektrik 0.5 Ampere pada jantung untuk membawa maut.
“Thermal runaway berlaku dalam masa amat singkat dan apabila bersentuhan dengan badan, ianya boleh mengakibatkan kesan melecur pada kulit serta kesan yang lebih teruk”
“Sebab itu, masyarakat tidak digalakkan meletakkan powerbank berhampiran dengan tubuh bagi mengelakkan kecederaan akibat litar pintas serta tidak terpengaruh dengan harga powerbank yang terlalu murah kerana dikuatiri tiada sistem perlindungan litar pintas.
Ini tip membeli powerbank agar anda tidak mudah tertipu
Jikalau anda merupakan pengguna aktif peranti mudah-alih seperti kami, mungkin kebiasaan bateri telefon pintar anda akan bertahan sekitar sekitar 9 jam sahaja. Perkara ini sering menganggu, terutamanya apabila kita bekerja di luar. Sebagai alternatif untuk anda telefon pintar anda terpadam sebegitu sahaja, dan untuk kekalkan bateri telefon anda, salah satu peranti yang boleh membantu adalah powerbank.
Powerbank boleh dikatakan sebagai salah satu pengecas bateri mudah-alih, dan pelbagai pengeluar menawarkannya di pasaran. Kebanyakkannya boleh dikatakan hadir dari China, disamping beberapa pengeluar peranti seperti Nokia, Sony, Xiaomi dan lain-lain turut menawarkan powerbank jenama mereka tersendiri.
Dengan pelbagai penawaran ini, semestinya ia mungkin membuatkan anda sedikit sukar dalam membuat keputusan untuk membuat pembelian powerbank anda. Jadi, apakah antara ciri-ciri yang perlu diberi perhatian sebelum membelinya?
Input dan Output
Output yang dikeluarkan oleh sesuatu powerbank adalah salah satu perkara yang perlu diketahui sebelum anda membelinya, dan ia juga bergantung kepada peranti yang anda akan gunakannya untuk tujuan pengecasan.
Boleh dikatakan kebanyakkan telefon pintar hari ini boleh menerima pengecasan pada kadar 1A, dan beberapa telefon pintar yang menerima lebih daripadanya. Sebagai contoh, telefon pintar yang dilengkapi dengan sokongan Qualcomm Quick Charge boleh menerima kuasa pengecasan sehingga 2A melalui port USB – sekaligus membuatkan masa pengecasan menggunakan powerbank lebih pantas berbanding kebiasaan.
Selain telefon pintar, beberapa tablet juga boleh menerima kuasa pengecasan yang lebih tinggi. Sebagai contoh, iPad tidak boleh dicas pada kuasa 1A, dan memerlukan lebih daripadanya. Beberapa powerbank turut hadir dengan dua port pengecasan, dimana kebiasaannya pada 1A dan juga 2.1A.
Disamping output, bagaimana input ataupun bagaimana sesuatu powerbank dicas juga perlu diberi perhatian. Terdapat beberapa powerbank yang memerlukan kabelnya tersendiri dan tidak menggunakan kabel USB biasa untuk pengecasan. Perkara ini mungkin tidak digemari ramai memandangkan perlu menguruskan satu lagi kabel tambahan untuk disimpan.
Beberapa penjual powerbank juga turut menyarankan untuk menggunakan kabel yang didatangkan bersama-sama peranti yang dibeli untuk dihubungkan antara peranti dengan powerbank.
Kapasiti Storan
Kapasiti simpanan juga memainkan peranan penting dalam membuat pembelian powerbank anda. Secara kasarnya, boleh dikatakan dimana powerbank dengan kapasiti storan tenaga lebih tinggi akan bersaiz lebih besar dan lebih berat. Perkara ini mungkin memerlukan anda memilihnya berdasarkan kepada kemudahan anda membawanya ke mana-mana, dan tidak terganggu dengan saiz powerbank yang besar.
Disamping itu, dengan kapasiti bersaiz besar, ia juga akan mengambil masa pengecasan powerbank yang lebih lama untuknya – tetapi boleh digunakan untuk mengecas peranti beberapa kali berbanding dengan kapasiti bersaiz kecil.
Sering kali ramai yang membuat pengiraan berdasarkan kapasiti simpanan powerbank dan juga kuasa bateri telefon pintar. Pengiraan ini boleh dikatakan agak kurang tepat disebabkan kadang-kala kuasa hilang dalam sesetengah proses, selain mana kadang-kala powerbank turut digunakan bukan hanya ketika telefon pintar kehabisan bateri sepenuhnya.
Pastikan Jenama Asli
Dengan lambakan powerbank di pasaran pada hari ini, jenama dan keaslian powerbank tersebut sendiri perlulah diberi perhatian. Terdapat beberapa penjual yang menjual powerbank tiruan yang mana hadir dengan bateri berbentuk alkali dan tidak bertahan lama. Ia juga boleh dikatakan agak membahayakan peranti anda sendiri.
Untuk memastikan anda membeli pengecas asli, mungkin anda boleh mendapatkan powerbank tersebut daripada penjual atau pengedar rasmi sesuatu jenama, ataupun membeli terus melalui kedai-kedai mereka.
Kebanyakkan pengeluar peranti mudah-alih, seperti Sony, BlackBerry, dan sebagainya mempunyai powerbank mereka tersendiri. Jikalau inginkan sesuatu yang murah, mungkin anda boleh mendapatkan powerbank daripada pihak Xiaomi yang ditawarkan pada harga RM36 untuk kapasiti 10400mAh.
Lain-Lain
Lain-lain perkara yang turut boleh diberikan perhatian oleh anda ketika ingin membeli sesuatu powerbank adalah termasuk bilangan port yang disediakan untuk pengecasan, dan beberapa ciri-ciri tambahan. Powerbank berasaskan Li-Polimer juga dilihat lebih selamat dan mempunyai kadar kehilangan cas yang rendah berbanding beberapa powerbank lain.
Pengguna juga mungkin boleh memberikan perhatian kepada beberapa ciri-ciri keselamatan dan keserasian dengan peranti yang disertakan pada sesuatu powerbank sebelum membuat pembelian – untuk mengelakkan ia merosakkan peranti anda, ataupun meletup secara tiba-tiba.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.