Setiap kisah individu mengalami masalah obesiti berjaya menurunkan berat badannya adalah satu perjalanan yang memberikan inspirasi.

Kerana kita semua tahu bukan mudah untuk menurunkan berat badan, mengubah gaya hidup yang sudah menjadi rutin dan terpaksa menjalani rejim latihan senaman.

MASKULIN tertarik dengan pengalaman seorang guru dari Australia yang telah berjaya menurunkan lebih 90 kilogram berat badannya dengan sebuah transformasi luar biasa.

Guru Lelaki Ini Hilang 90kg Selepas Ikuti Keto Diet & Sertai Kelas Tinju
Keadaan fizikalnya sebelum ini

Memetik artikel dari Ladbible, Derek Goforth yang merupakan ayah kepada tiga orang anak memiliki berat badan kira-kira 200 kilogram. Berdepan dengan situasi itu beliau mengambil keputusan untuk mengubah hidupnya dan berazam menurunkan berat badan.

Salah satu sebabnya kerana ingin menunjukkan contoh yang baik kepada para pelajarnya.

IKLAN

BAGAIMANA DIA MELAKUKANNYA

Menurut Derek dia melakukannya dengan melakukan perubahan drastik terhadap diet harian dan mengambil kelas tinju. Sepanjang melakukan rejim ini selama beberapa tahun dia telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 90 kilogram!

Untuk meletakkan konteks terhadap kejayaan luar biasanya ini, berat 90 kilogram itu bersama berat individu lelaki dewasa bersaiz besar yang lain!

IKLAN
Guru Lelaki Ini Hilang 90kg Selepas Ikuti Keto Diet & Sertai Kelas Tinju
Transformasi perubahannya

Kini Derek menyimpan hasratnya untuk menjadi seorang jurulatih peribadi.

“Sejak kecil saya merupakan seorang kanak-kanak bersaiz besar. Bila masuk ke alam ramaja berat makin bertambah dan ia semakin meningkat bila dewasa. Saya juga berdepan masalah diabeties type 2, tekanan darah tinggi dan masalah pernafasan. Bila melihat anak-anak yang aktif dengan menyertai pelbagai sukan dan aktviti saya mendapat inspirasi untuk berubah,” jelasnya menerusi temu bual bersama Ladbible.

IKLAN
Guru Lelaki Ini Hilang 90kg Selepas Ikuti Keto Diet & Sertai Kelas Tinju
Selepas melakukan perubahan besar inilah keadaan fizikalnya sekarang

DIET KETO

Derek mengikuti diet keto dan aktif dengan sukan tinju sepanjang proses dirinya berubah dan menurunkan berat badan. Berikut merupakan beberapa tip diet ini yang diamalkan olehnya;

  • Tak mengambil sebarang makanan bergula, bijiran, roti dan pasta
  • Tinglatkan pengambilan protein dan lemak sihat. Menanam sendiri sayuran dan membela ayam untuk dapatkan telur
  • Mendaftarkan diri di sebuah gimnasium untuk mengambil kelas tinju, latihan intensif yang dikendalikan oleh jurulatih peribadi

TIADA JALAN MUDAH

Untuk menurunkan berat badan pastinya tiada jalan mudah. Bagi Derek tida istilah hanya diet semata. Ia lebih kepada bagaimana kita mengatur gaya hidup yang lebih sihat. Sepanjang perubahan ini Derek telah melakukan transformasi bukan sahaja senaman diet atau gaya pemakanan tetapi juga aspek dalam dalam kehidupan seharian.

“Tak kiralah anda memiliki berat sebanyak mana sekali pun perubahan itu tak pernah terlambat untuk dilakukan. Perubahan walaupun sedikit mampu memberikan sebuah kehidupan yang lebih baik.” jelasnya lagi.

Kredit: Ladbible

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI