Sempena musim cuti tahun 2023, jenama mewah Coach tampil dengan koleksi pakaian dan beg tangan wanita demi memenuhi kehendak acara atau aktiviti yang mengisi musim cuti anda. Para jejaka mungkin boleh mempertimbangkan koleksi ini sebagai hadiah untuk pasangan atau wanita yang disayangi dalam hidup anda. Mana tahu, ia mampu menyerlahkan lagi nikmat percutian anda.
Wear Your Shine
Tampil berani dan bergaya dengan koleksi yang bersinar ini. Beg dan kasut dari koleksi ini pastinya sesuai digayakan ke majlis yang ekslusif.
Glimmering Sequin
Jika sinaran sahaja tidak mencukupi, mungkin sentuhan gemerlapan labuci mampu menyerlahkan lagi penampilan anda. Beg dan gaun dipenuhi labuci ini pasti bakal menarik perhatian mata untuk memandang.
Ads
Cosmic Collection
Untuk yang sukakan pengembaraan dan galaksi, koleksi ini mungkin sesuai untuk anda. Tampil ceria dengan beg dengan corak yang comel, ia pasti membuatkan sebarang urusan percutian anda lebih menyeronokkan.
Ads
All Black
Pamakaian warna hitam yang klasik tidak pernah gagal untuk membuatkan sesorang tampak berkelas tinggi. Ia juga warna yang paling selamat dan pastinya sesuai untuk kebanyakan acara.
Ads
Shearling
Jika anda merancang untuk ke kawasan bermusim sejuk, jangan lupa untuk mempertimbangkan koleksi ini. Bukan sahaja tampak bergaya, ia juga mampu memberi kehangatan serta melindungi anda dari suhu yang rendah agar anda sentiasa selesa melakukan aktiviti.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jika ditanya kepada mana-mana lelaki pun, takkan ada lelaki yang berharap untuk menjadi duda apatah lagi tika usia masih muda. Namun sebagai manusia, perancangan kita masih terbatas pada perancangan Maha Esa yang lebih utama. Tidak ada celanya menjadi duda, tetapi tidak semua mampu untuk menghadapinya dengan tenang dan bersahaja. Maskulin menemu bual Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie Terkemuka, Puan Suzana Bt Ghazali untuk merungkai lanjut bagaimana seorang lelaki melayari kehidupan sambil membawa status duda.
Fenomena duda pada usia muda
Tidak kiralah siapa punya angkara hingga perlu memegang status duda, apa yang penting bukanlah penyebab pada status diterima kini, sebaliknya yang paling utama adalah bagaimana meneruskan hidup dengan status baru tersebut. Status bukan penentu kemuliaan atau ketinggian darjat. Jika berperanan dan bersikap baik, duda ialah sama seperti lelaki yang bujang atau masih kekal dalam perkahwinan, berhak untuk mencipta bahagia mereka tersendiri.
Apa yang menjadi masalah adalah apabila ada duda yang mengambil tindakan salah, membenci wanita atau menyalahkan semua wanita dengan kegagalan dalam perkahwinannya. Ini terutama sekali kes isteri curang, menjadikan wanita seterusnya yang hadir dalam hidup mereka sebagai mangsa dendam. Jika ini pendirian anda terhadap wanita, anda sukar bahagia bila berpasangan semula sedangkan realitinya pasangan dikurniakan untuk saling menyempurnakan kehidupan.
Cabaran perlu ditempuhi
1-Mendapat pasangan baru
Terutama bila status duda diperoleh apabila isteri memfailkan takliq atau fasakh. Rekod mereka sebagai calon suami yang baik seakan tercalar. Realitinya manusia boleh tersalah atau bersalah tapi mereka juga boleh berubah. Sejarah lalu tidak boleh dijadikan penentu atau tanda ukur untuk kehidupan yang akan datang. Jika Allah mampu memberi peluang untuk hamba-Nya berubah, kenapa tidak kita sesama manusia?
2-Memelihara dan membesarkan anak
Biasanya jika perceraian melibatkan hak jagaan, anak diberikan kepada bekas isteri. Ada lelaki berstatus duda yang tidak dibenarkan mengambil tahu segala hal berkaitan anak atau anak-anak yang diberikan hak jagaan kepada bekas isteri. Keadaan ini boleh memberikan tekanan kepada si lelaki, seakan peranan dan hak sebagai ayah turut dirampas bersama status sebagai suami. Jika ini berlaku, boleh dapatkan penguatkuasaan perintah di mahkamah agar diri dibenarkan melaksanakan tanggungjawab sewajarnya sebagai ayah.
Sama juga jika si lelaki ialah orang yg bertanggungjawab menjaga anak sama ada isterinya meninggal atau sememangnya hak jagaan diserahkan kepadanya dan bekas isteri diberikan hak lawatan. Cabaran diterima. Adakah ada jaminan bahawa kebajikan anak terbela jika dia berkahwin baru? Lantaran, perlu berhati-hati dalam memilih calon isteri baru agar anak-anak tidak menjadi mangsa ibu tiri.
Persediaan dan penyelesaian
1-Kewangan
Sama seperti lelaki bujang atau berkahwin, duda juga masih menjadi ketua rumah tangga jika dia mempunyai anak. Ini bererti dia perlu membiayai segala keperluan anak-anaknya walau anak tersebut berada bersama bekas isteri atau mertua atau dengan sesiapa saja yang ditentukan oleh Mahkamah Syariah termasuk dengan ibu bapa sendirinya. Ini kerana tanggungjawab sebagai ayah adalah membiayai segala keperluan si anak hingga anak tersebut mampu berdikari.
Menjadi duda bukan bermaksud anda bebas tanggungjawab jika mempunyai anak. Lantas, perlu berusaha tahap maksima bagi membiayai keperluan anak – keperluan sahaja, bukan kemewahan atau perlu penuhi segala kehendak melampau bekas isteri. Status baru memberikan kelebihan untuk memperuntukkan lebih masa untuk bekerja lebih keras mendapatkan kewangan yang lebih kukuh. Tetapi ia perlu juga adil buat diri sendiri, bukan sampai menganiayai diri seperti bekerja tanpa rehat atau cuti. Anda juga diberikan hak untuk menjaga kebajikan diri.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Orang yang mampu memberi nafkah hendaklah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang disempitkan rezekinya, maka dia hendaklah memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu). Allah tidak memberikan seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.” – Surah Al-Talaq ayat 7.
2-Emosi / mental
Perlu lebih bertenang dan banyakkan bersabar. Bila anda bertenang, fikiran akan berfungsi sewajarnya. Mengikut kajian kesihatan juga, ketenangan akan menyebabkan hormon positif menguasai diri seterusnya membiakkan aura positif juga. Bila dalaman anda positif, pastinya luaran juga boleh positif. Manusia yang positif akan mampu hadapi dan terima apa saja ujian kerana ia dianggap sebagai cabaran yang bila mampu diatasi menjadi bukti kekuatan dan kematangan diri.
Kita tidak mampu merubah rencanaNya yang telah berlaku tetapi kita masih boleh berusaha dan berikhtiar agar hari depan kita lebih baik berbanding hari ini. Tiada manusia yg inginkan kekecewaan dan kegagalan tapi hanya kekecewaan dan kegagalan mampu menjadikan kita sebagai manusia yang benar-benar menghargai erti keceriaan dan kebahagiaan.
Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 216 yang bermaksud: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagi mu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi mu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
3- Perhubungan
Kegagalan dalam satu perhubungan bukan bererti anda akan gagal juga dalam perhubungan seterusnya. Jodoh adalah ketentuanNya. Biasanya mempunyai kaitan dengan kesesuaian dan keserasian antara dua orang individu. Bila tiada keserasian atau kesesuaian maka akan timbul ketidaksefahaman. Lantas, perhubungan tidak dapat diselamatkan lagi. Maka, kenapa perlu berduka dengan cerita lama?
Nyata anda dan dia tidak punya kesesuaian dan keserasian. Biarkan kisah lama menjadi sejarah dan teladan serta pengajaran untuk mencipta hubungan baru dengan individu yang lebih baik, sesuai dan serasi untuk hidup bersama anda. Bunga bukan sekuntum. Bukan semua bunga juga busuk. Berikan peluang kepada diri sendiri untuk mencipta bahagia dengan syarat, tutup buku lama dan bukalah buku baru dengan kekal mengambil iktibar atas kesilapan lalu.
Realiti dalam masyarakat
1-Dilema paling utama yang bakal menimpa si duda adalah tekanan nafsu. Tiada lagi tempat untuk melepaskan keinginan batin. Sedikit sebanyak ini boleh menambahkan lagi tekanan hidup si duda.
2-Dianggap BEBAN sekiranya mempunyai anak daripada perkahwinan yang dahulu. Bagi pihak keluarga yang bakal menerima menantu berstatus duda ini, mereka risau sekiranya anak perempuan mereka dikahwini semata-mata untuk dijadikan ‘pengasuh’.
3-Ritual masyarakat terutamanya masyarakat Melayu sering menganggap status duda atau janda seperti ‘second class’. Malah masyarakat beranggapan golongan sebegini hanya layak berkahwin dengan individu yang juga berstatus duda atau janda sahaja dan bukannya dengan individu bujang. Jika ini berlarutan dan anda hanya mementingkan pandangan masyarakat sahaja, maka si duda dan janda mungkin tidak berkahwin sehingga akhir hayat mereka.
4-“Shyla bercerai mungkin disebabkan suaminya yang ada perempuan lain”. Ini adalah persepsi pertama oleh masyarakat apabila mendengar berita penceraian. Walau hakikat punca sebenar cerai tidak diketahui umum. Maka secara tidak langsung pandangan serong atau negatif ini sentiasa melekat kepada si duda.
5-Berkemungkinan akan mendapat simptom ‘gila talak’. Si duda tidak dapat menerima hakikat atau cemburu jika jandanya atau bekas pasangannya mempunyai pasangan baru.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Masih ingatkah lagi jasa dan pengorbanan yang dilakukan oleh ibu bapa kita semenjak dari kecil sehinggalah ke hari ini. Bagi ibu bapa, mereka sanggup melakukan apa sahaja demi masa depan anak yang cerah.Sebaliknya berlaku apabila anak-anak sudah besar dan punya kerjaya dan kehidupan sendiri.
Cai Yujun, 52, mengubahsuai motosikalnya bagi membolehkan ibunya Yang Suxiu membonceng dengan selesa ketika dia membuat penghantaran barang ke kedai komputer sekitar Chengdu.
Sejak disahkan menghidap Alzheimer tujuh tahun lalu, Suxiu yang berusia 92 tahun tidak lagi mampu menjaga diri sendiri, namun sebagai anak, Yujun tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya.
“Ibu telah bersusah payah sepanjang hidupnya untuk kami sekeluarga, kini giliran saya menjaganya,” kata Yujun.
Pasangan ibu dan anak tersebut mengelilingi serata bandar bersama dan Yujun akan sentiasa memegang tangan ibunya setiap kali membuat penghantaran. – SCMP
Pasti kita berpikir bagaimana caranya pilot kacak ini mengambil gambarnya berswafoto luar jendela kokpit pesawat yang diterbangkan dengan latar belakang memukau. Menggunakan nama Pilotganso pada akaun Instagram, beliau telah berkongsi gambar menarik berlatar belakangkan Palm Islands di Dubai. Juruterbang yang mempunyai 43,000 pengikut meletakkan kapsyen seperti berikut pada gambar: “Ia umpama rumah kedua saya #dubai selfie.” Tak kurang juga pengikut istagram pilot ini memberi beberapa komen dan menyuarakan rasa kagum mereka dengan apa yang dilakukan juruterbang ini.
Seorang netizen menulis: “Kenapa perlu lakukan aksi berbahaya ini? Anda mungkin akan terjatuh dan membahayakan penumpang!
Ada juga yang memberi komen sebegini: “Wow…anda tak takut ke?”
Bagi @latelyisunday pula katanya: “Tak mungkin ini aksi sebenar? Tidakkah syarikat ada ada polisi berkaitan perkara seperti ini? Ia sesuatu yang berbahaya”
Tapi akhirnya baru-baru ini, juruterbang berkenaan telah menambah sesuatu pada akaun Instagramnya: “Ingin saya nyatakan di sini, semua gambar yang dimuat naik adalah palsu.Rupa-rupanya juruterbang ini yang mahir mengendalikan Photoshop. Dan dia berjaya meyakinkan orang ramai kononnya dia telah berswafoto ketika berada di luar jendela kokpit pesawat yang diterbangkan dengan latar belakang memukau. Tapi memang nampak real lah gambar dia. Gempak betul.
Jom kita lihat gambar-gambar dia yang awesome tu .
Sumber : Mstar Online
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang