Seakan-akan sudah lumrah menjadi pelakon yang kacak pastinya berdepan dengan ujian atau gangguan dari orang yang tidak dikenali. Apatah lagi apabila diganggu dan diuji oleh golongan yang memiliki kekayaan dan kemewahan duniawi. Itulah di antara ujian pernah dihadapi pelakon semakin meningkat naik, Haidar Hasanudin.
Memetik kenyataannya dalam satu temu bual bersama MEDIA HIBURAN, Haidar mendedahkan pernah didekati seorang wanita yang mendakwa dia merupakan peminat setia mahu menghamburkan kesenangan dari segi wang ringgit.
Jelasnya, ketika mula mengenali wanita tersebut hanyalah sebagai seorang perminat yang didakwa seorang ‘mak datin’ namun kemudiannya menawarkan wang sejumlah RM50,000.
“Semuanya bermula ketika saya membawakan watak ‘anak ikan’ bernama Arjuna dalam drama bersiri Layang Layang Perkahwinan. Ketika drama itu ditayangkan, dia mula mengikuti saya di Instagram dan sering menghantar mesej langsung (DM).
“Pada mulanya, dia memberikan komen mengenai drama tersebut. Lama kelamaan, keadaan menjadi pelik kerana dia mula bercakap soal peribadi dan sebagainya,” jelas Haidar.
Ads
TERKEJUT
Haidar terkejut apabila wanita itu mula menawarkan kemewahan seperti wang tunai bernilai RM50,000 dan juga mahu menghadiahkan sebuah kereta. Namun, Haidar tidak melayan permintaan wanita tersebut kerana mahu terus fokus mencipta nama dalam bidang lakonan.
“Kalau nak fikir mengenai kesenangan, mungkin saya dah terima, tetapi saya tak mahu apa yang saya usahakan selama ini tidak membuahkan hasil. Saya bermula dari bawah, nama saya sebagai pelakon mula dikenali.
“Jika saya berhenti kerana wang atau kemewahan, sia-sia sahaja segala susah payah saya selama ini. Penyebab utama saya berlakon adalah minat, bukannya wang. Jika nak senang, mesti saya dah terima tawaran wanita itu. Kini, saya tidak melayan mesej yang sering diberikan kerana bimbang ia akan melarat,” tambahnya lagi.
Haidar yang ditemu bual MEDIA HIBURAN di sidang media drama bersiri terbaharu Astro Ria, Cinta Untuk Sekali Lagi dan Bunga Salju di Zebra Square, Kuala Lumpur.
Menerusi drama bersiri ‘Cinta Untuk Sekali Lagi’, Haidar membawakan watak sebagai Cikgu Safuan. Turut membintangi drama tersebut ialah Meerqeen dan juga Erysha Emyra.
“Ini merupakan pengalaman pertama saya membawakan watak sebagai guru. Saya bersyukur dapat bergandingan dengan nama-nama popular seperti Meerqeen, Erysha Emyra, Ozlynn, Datin Nina Juren, Arash Mohd dan ramai lagi.
“Berlakon di bawah arahan Hadith Omar memberikan saya pengalaman baharu. Saya berdebar menantikan reaksi peminat memandangkan ia merupakan adaptasi novel. Saya juga berharap drama bersiri ini mendapat tempat di hati peminat,” katanya lagi.
Drama bersiri ‘Cinta Untuk Sekali Lagi’ bakal bersiaran bermula pada hari ini di slot Megadrama bermula 27 Mei 2024, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Demi memudahkan akses kepada kandungan-kandungan digital, sebuah aplikasi baharu iaitu SeeNI direka untuk mengumpulkan pelbagai jenis kandungan dalam satu lokasi yang mudah diakses.
SeeNI merupakan aplikasi tunggal yang menganduni pelbagai jenis kandungan. Kandungannya yang dipilih telah diteliti sesuai dengan selera dan minat para pengguna.
Sama ada anda seorang peminat fesyen, sedang mencari ilmu keibubapaan, seorang peminat sukan, atau sedang mencari pencerahan spiritual, SeeNI bersedia dengan sesuatu yang istimewa untuk anda.
“Tujuan seeNI dibangunkan adalah untuk memudahkan pengguna mengakses kandungan-kandungan tempatan yang pelbagai. Kami di SeeNI ibaratnya cef yang dah ada semua bahan untuk menghasilkan pelbagai jenis masakan untuk selera setiap lapisan generasi,” kata Syamil Fahim selaku Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv.
“Jadi kami gabungkan semuanya untuk menghasilkan sesuatu yang semua orang boleh kongsi dan nikmati bersama-sama”.
Kandungan-kandungan di seeNI diperoleh daripada rangkaian 19 penerbit digital terkemuka di bawah payung Nu Ideaktiv. Penerbit-penerbit terkemuka ini menghasilkan konten berkualiti dalam pelbagai bidang.
SeeNI pula mengumpulkan kandungan-kandungan di dalam aplikasinya, menjadikan akses lebih mudah bagi pengguna.
“Kami sangat bersemangat untuk memperkenalkan SeeNI sebagai destinasi utama bagi pencinta kandungan tempatan di luar sana. Dengan SeeNI, anda boleh menjelajah dunia pengetahuan, hiburan, dan inspirasi, semua dalam satu tempat,” tambah Syamil
Langkah Memuat Turun SeeNI
Untuk memuat turun aplikasi SeeNI, ikuti langkah berikut:
Scan QR kod di bawah. Atau download seeNI di Playstore atau Google Store.
Pilih tetapan bahasa yang disukai.
Pilih kategori yang diminati. Anda boleh memilih seberapa banyak yang anda mahukan.
Tahniah, seeNI anda bersedia untuk digunakan! Masa untuk skrol sampai lebam!
Sudah muat turun, jangan lupa ikuti semua platform media sosial SeeNI seperti Facebook, Instagram, X dan Tiktok.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Rasanya macam tak logik kalau anda tak pernah menonton filem super popular lakonan dan arahan pelakon legenda Hong Kong, Stephen Chow berjudul ‘Kung Fu Hustle’.
Kini selepas hampir 15 tahun akhirnya peminat boleh bersorak gembira dengan berita terbaru yang diumumkan oleh Stephen Chow sendiri.
Masa untuk anda ingat kembali geng kapak dan hikmat tumbukan Telapak Buddha! Ya, filem sekuel ‘Kung Fu Hustle’ akan mula menjalani penggambaran dalam masa terdekat!
Namun menurut Stephen Chow, ia bukanlah sekuel secara terus tetapi lebih kepada pewaris kisah yang ditonjolkan di dalam ‘Kung Fu Hustle’.
Stephen Chow bakal merealisasikan impian peminat filem arahannya dengan sekuel terbaru ‘Kung Fu Hustle’.
Pengesahan tentang filem yang bakal menarik perhatian global ini diumumkan sendiri oleh Stephen Chow menerusi satu temu bual di Guangzhoue ketika mempromosikan filem terbarunya, ‘The New King of Comedy’.
“Ia bukanlah satu sekuel yang secara langsung. Filem ini akan menjadi filem kung fu moden yang berlaku di sebuah negara asing dan mempunyai kisah unik tersendiri. Tetapi membawa semangat serta konsep sama dengan ‘Kung Fu Hustle’,” jelasnya.
Bagi MASKULIN itu pun sudah cukup menggembirakan kami!
Bagaimana dengan anda… adakah anda teruja dengan filem sekuel ini?
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tidak dinafikan sambutan perarakan Hari Kebangsaan yang berlangsung pada tahun ini memang cukup luar biasa. Orang ramai membanjiri lokasi perarakan di Dataran Merdeka dan kawasan sekitarnya bagi meraikan hari penuh bermakna ini.
Ramai tidak menyangka puluhan ribu manusia membanjiri sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini. Malah dilaporkan ada yang sudah berada di lokasi seawal jam 5 pagi. Keterujaan ini mungkin disebabkan negara kita sudah dua tahun tidak meraikannya akibat pandemik COVID-19.
Kemeriahan sambutan yang berlangsungh semalam turut dikongsi orang ramai menerusi laman media sosial. Pelbagai karenah dan telatah mencuit hati serta menusuk kalbu dapat kita saksikan. Kemunculan pasukan penyelamat dan juga pasukan Unit Anjing Pengesan PDRM (K9) di antara yang paling mendapat sambutan.
Namun dalam keghairahan sambutan itu berlaku pula kejadian yang kurang enak dan tidak diingini. Selain masalah sampah yang dibuang merata-rata, kejadian pokok lanskap yang habis musnah dipijak turut berlaku.
Dwan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melahirkan kekecewaan mereka menerusi satu hantaran di Facebook tentang perkara tersebut.
“Korang dah kenapa?”
“Seronok Min tengok lautan manusia membanjiri jalan-jalan sekitar Dataran Merdeka pagi tadi bagi bersama-sama meraikan sambutan Hari Kebangsaan. Semangat cintakan negara seperti inilah yang kita mahu.
“Tapi dalam pada itu, ada pula sesetengah di kalangan kita yang langsung tak mempedulikan persekitaran dan keindahan kawasan.. langsung rasa tak bersalah merosakkan landskap yang disemai cantik semangat tu dah bagus.. tapi caranya tak betul”.
KESEDARAN & TANGGUNGJAWAB
Bukan sahaja keindahan pokok-pokok lanskap itu musnah namun kerugian yang dialami juga dijangka cukup besar. Namun apa paling penting sebenarnya ialah kesedaran dan tanggungjawab untuk ktia semua agar perkara ini tidak berulang di masa akan datang.
Rata-rata warganet juga melahirkan rasa kecewa dan marah dengan kejadian seperti ini.
Di antara komen menarik, “merdeka daripada dijajah negara asing tapi belum merdeka dari segi akal dan sikap”.
Menerusi hantaran dari DBKL, beberapa foto dan video menunjukkan pokok-pokok lanskap yang ditanam oleh pihak mereka habis lenyek dipijak pengunjung. Malah lebih teruk ia mungkin tidak dapat diselamatkan langsung.
Semoga perkara seperti ini dapat kita elakkan berlaku lagi di masa akan datang. Selain itu juga MASKULIN berpendapat Putrajaya mungkin lebih sesuai untuk dijadikan sebagai lokasi sambutan Hari Kebangsaan seperti ini.
Selamat Hari Kebangsaan!
Kredit: DBKL
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.