Augmented reality (AR) merupakan antara perkembangan teknologi yang mempunyai potensi yang sangat besar untuk diterokai oleh mana-mana industri. Teknologi yang membenarkan pengguna melihat imej janaan komputer ini memberikan gambaran 360 darjah yang cukup luar biasa.
Buat pengguna Google, ada berita baik untuk anda terutamanya buat pencinta binatang liar. Beberapa hari yang lalu Google telah melancarkan feature terbaru dalam search engine mereka iaitu janaan imeh AR binatang-binatang liar.
It’s AR of the tiger!
If you’ve got an AR-enabled phone, you can now bring select animals right into your space for a safari (or safe snuggle) with Search. pic.twitter.com/kWpudETgeq
— Google (@Google) May 31, 2019
Buat masa kini ia memaparkan kebanyakan haiwan yang biasa kita kenali seperti ular, panda, beruang, harimau, sotong kurita dan banyak lagi. Buat masa kini pengguna yang menggunakan telefon pintar Android dilengkapi ARCore manakala iPhone yang mempunyai ARKit boleh menikmati pengalaman ini.
Jika anda ingin mencubanya sendiri ikuti langkah-langkah di bawah.
- Buka mana-mana browser dan taipkan nama binatang yang anda ingin lihat
- Sebagai contoh jika anda ingin melihat panda, dalam keputusan carian Google sebuah kotak keputusan carian akan terdapat yang tertulis, “meet a life-sized panda”
- Di dalam kotak tersebut terdapat tetapan “view in 3D”
- tekan tetapan tersebut dan pilih “view in your own space”
- ia kemudian akan membuka kamera telefon pintar anda dan memaparkan binatang pilihan!
BACA: 10 Pekerjaan Yang Hampir Pupus Ditelan Teknologi Terkini
Menariknya, anda juga boleh bergambar ‘bersama’ binatang tersebut! Konsep AR ini menggabungkan kombinasi jaaan imej dan dunia sebenar. Antara permainan video terkenal yang menggunakan teknologi ini sebelum ini ialah Pokemon Go, IKEA Place dan banyak lagi.
Sudahkah anda mencubanya? Ayuh cuba dan tangkap gambar bersama haiwan kegemaran masing-masing!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI