Soerang lagi pelakon filem aksi yang cukup disegani ramai bukan sahaja di Asia tetapi juga di Hollywood. Ranjau perjalanan kariernya penuh dengan liku namun Donnie Yen kini mampu berbangga menjadi sebaris pelakon legenda yang lain dari industri perfileman Hong Kong.
Sebut sahaja siri filem ‘Ip Man’ pastinya semua orang akan kenal dengan sosok pelakon yang mempunyai kemahiran luar biasa seni mempertahankan diri. Kemunculannya menerusi beberapa filem tersohor Hollywood seperti ‘Star Wars” Rogue One’ sebagai contohnya meletakkan Donnie Yen sebagai aktor cukup disegani ramai.
Walaupun tidaklah terlalu kerap menayangkan bentuk badannya di layar perak namun tahukah anda bahawa aktor yang kini usianya 59 tahun mempunyai kecergasan yang sangat mantap?
Menerusi beberapa filem lakonannya sebelum ini Donnie Yen telah melalui beberap jenis transformasi badan. Sebagai contoh menerusi filemm ‘xXx’ bersama Vin Diesel di mana dia perlu membina badan lebih ‘bulky’.
Manaka menerusi ‘Ip Man’ pula dia tampil lebih kurus dan tapi penuh dengan otot sasa. Jadi apakah rahsian diet dan juga senaman yang dilakukan oleh Donnie Yen?
Memetik JayneStars.com, Donnie Yen akan mengunjuni gimnasium sekurang-kurangnya dua kali dalam seminggu. Untuk memastikan bentuk badan dan jisim otot kekal latihan angkat berat akan dilakukan olehnya.
Namun senaman itu dilakukan mengikut kesesuaian dan tidak berlebihan sesuai dengan kemampuan serta sasaran yang telah diletakkan sebelum itu.
Ads
Sebelum melakukan senaman angkat berat, Donnie Yen akan memanaskan badan dengan dinamik kardio selama 5 hingga 10 minit. Manakala selepas melakukan senaman, dia turut meluangkan masa 5 hingga 10 minit untuk melakukan rengan bagi melepaskan tekanan pada keseluruhan otot badan.
Latihan regangan juga sangat penting kerana ia boleh mengelakkan kecederaan terutamanya bila melakukan senaman intensif seperti angkat berat. Tapi apa yang paling penting senaman dilakukan itu mampu membantu dirinya melakukan aksi lagak ngeri sendiri.
Dalam selang masa tertentu juga Donnie akan terlibat dalam sesi latihan beg berat untuk mencabar dirinya, menumbuk dan menendang beg berat lebih 10,000 kali.
Ads
Sesi senaman itu biasanya akan jadi lebih mencabar kerana Donnie sendiri telah berkongsi bahawa dia pernah menendang beg itu sehingga ke siling. Bayangkan betapa kuatnya tendangan seorang Donnie Yen!
“Hanya mereka yang mempunyai keazaman yang kuat sahaja boleh melatih membina bentuk badan yang cantik,” jelasnya.
DIET PENTING
Selain senaman fizikal faktor pemakanan atau diet juga tidak kurang pentingnya. Bagi Donnie Yen, dia mengikuti diet yang cukup ketat dan berdisiplin dalam memilih apa-apa jenis makanan.
Ads
Sebagai contoh dia mengelak dan tidak mengambil makanan yang mengandungi kandungan lemak tingi dan kalori. Ini termasuklah makanan yang disediakan terlalu sejuk atau mengujakan.
Untuk mengatasi kesan asid laktik selepas latihan, Donnie akan mengisi semula dengan sayur-sayuran, kentang, epal dan makanan beralkali yang lain.
Dalam sehari Donnie membahagikan kepada lima waktu makan. Berikut pecahan jumlah makanan yang diambilnya – 20 peratus sarapan pagi, 10 peratus snek, 30 peratus makan tengahari, 10 peratus snek dan 30 peratus makanan malam.
Buat anda yang mungkin usianya sudah meningkat usia 40 tahun ke atas ingatlah anda tidak terlambat. Boleh mula dari sekarang ya!
Semoga kisah ini memberikan inspirasi untuk anda semua.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Setiap hari jam 5 petang perhatian kita pasti tertumpu kepada sidang media harian yang dikendalikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah memberikan perkembangan terkini tentang penularan wabak COVID-19 di negara kita.
Tampil dengan penuh ketenangan dan sentiasa bersedia menjawab apa jua soalan dari pihak media membuatkan ramai rakyat Malaysia kagum dengan kemampuan beliau.
Bukan mudah untuk setiap hari tampil di hadapan media dan rakyat Malaysia menyampaikan sesuatu yang penting tatkala negara berdepan krisis yang cukup meruncing.
Namun dengan nada keyakinan dibawanya membuatkan kita semua berasa lebih tenang dan selamat.
Jadi tidak hairanlah apabila sebuah stesen televisyen dari China, Global TV Network menyenarikan Dr Noor Hisham sebagai antara tiga doktor terbaik di atas usaha menangani wabak COVID-19.
Dua lagi figura yang turut dipilihialah Dr. Anthony Fauci dari Amerika Syarikat dan Dr. Ashley Bloomfield dari New Zealand.
Ketiga-tiga individu hebat ini mendapat pujian daripada warga negara masing-masing kerana telah menjadi sumber maklumat paling dipercayai dan berjaya menenangkan orang awam ketika dunia sedang panik berdepan wabak ini.
Buat pengetahuan anda, Dr. Noor Hisham yang kini berusia 56 tahun telah memegang jawatan Ketua Pengarah Kesihatan sejak tahun 2013.
Beliau kini diangkat sebagai wira oleh rakyat Malaysia di atas usahanya yang tidak ernah kenal erti penat memberikan maklumat terkini sama ada di kaca televisyen mahupun laman media sosial.
Dr. Noor Hisham juga dipuji kerana dilihat sentiasa sabar menjawab apa sahaja persoalan yang diajukan wartawan semasa sidang media.
Dr. Fauci dan Dr. Bloomfield juga disifatkan sebagai individu berpengaruh di negara masing-masing apabila secara konsisten mengemas kini maklumat terbaharu, selain sering dilihat bertugas dalam tempoh masa yang lama.
Semoga dedikasi luar biasa Dr. Noor Hisham menjadi inspirasi buat kita semua.
Stay home and stay safe!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dikenali dan dihormati sebagai seorang tokoh politik yang berprinsip tinggi serta memperjuangkan keadilan sosial, hak asasi manusia, dan reformasi politik.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) telah berjaya menduduki tempat ke-15 dalam senarai The World’s 500 Most Influential Muslims (Muslim Paling Berpengaruh) bagi edisi 2025, yang diterbitkan oleh Royal Islamic Strategic Studies Centre (RISSC) dari Jordan.
PMX
Menurut laporan Malay Mail , ini merupakan peningkatan buat Anwar, yang pada tahun sebelumnya berada di tangga ke-17 dalam kategori yang sama.
Berita pengiktirafan ini turut dikongsikan oleh Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, yang mengucapkan tahniah kepada Anwar atas kejayaan tersebut melalui aplikasi X.
Nga menyatakan bahawa Anwar adalah contoh pemimpin yang mampu memimpin masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.
Dalam penerbitan tersebut, Anwar disenaraikan bersama nama-nama besar lain seperti Raja Jordan, Raja Abdullah II Al-Hussein, yang menduduki tempat pertama, dan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdul-Aziz Al-Saud (kelima), serta Presiden Indonesia, Prabowo Subianto (ke-18).
Dari 135kg ke 70kg adalah sesatu yang mustahil untuk seseorang itu lakukan. Bukan mudah untuk hilang 65kg dalam masa setahun lebih, tetapi jika ada kemahuan, di situ ada jalan. Tiada yang mustahil dalam dunia ini, apa sahaja yang ingin dilakukan jika ada kesungguhan semuanya jadi mudah.
Ini yang dilakukan oleh Mohamad Faizal Bin Saedon, Perkongsiannya ini membakar semangat buat semua yang bercita-cita untuk turunkan berat badan.
“Sepanjang proses saya turunkan berat dari 135kg sehingga 70kg saya mengkaji keseluruhan aspek yang terlibat. Ini kerana kejayaan saya mencapai angka 90kg pun dah jadi satu kejayaan besar bagi saya.
“Bila saya mampu turunkan sehingga 70kg saya cuba cari dimanakah letaknya cara yang betul sedangkan saya pernah cuba berpuluh malah mungkin beratus kali tapi gagal.” Tulisnya di status Facebook miliknya.
Menurutnya ia mengamalkan teknik pecahan. Teknik ini amat membantu dan akan memberi impak yang sangat positif jika anda mencuba.
“Jika kalian ada matlamat nak hilangkan 80kg berat badan kalian, jangan fokus untuk hilangkan 80kg, tapi fokus kepada hilangkan dulu 1kg demi 1kg.
“Jika penurunan 1kg dapat dibuat dalam masa seminggu, maka kalian hanya perlu 80 minggu untuk hilang 80kg yang bersamaan 1 tahun 6 bulan untuk kalian dapat berat badan normal.
“Kenapa teknik pecahan ini berkesan? Teknik ini adalah satu teknik membahagikan tahap tekanan dalam diri kalian. Dengan teknik ini kalian tidak stress dan akan menyebabkan kalian lebih Konsisten dalam usaha kalian.
“Teknik Pecahan bukan saja kepada mental tapi juga kepada tindakan kalian. Untuk turunkan berat badan umum tahu sifirnya ialah jaga makan dan perbanyakkan aktiviti pembakaran kalori.”katanya lagi.
Dia turut berkata teknik pecahan ini boleh diguna pakai malah dia sempat memberi beberapa tip untuk orang ramai capai matlamat.
“Pertama elak minuman manis, selepas itu ubah tabiat makan bertambah tambah, dan selepas itu makan dengan konsep suku suku separuh dan seterusnya makan dengan pengiraan kalori keperluan kalian. Satu demi satu secara perlahan lahan.
“Sama juga dengan aktiviti, jangan terus pergi jogging 3km. Mulakan dulu dengan berjalan 500m, tambah jarak mengikut keselesaan kalian. Sedikit demi sedikit. Sehinggalah kalian mampu berlari selama 3km sehari atau lebih.” Tulisnya sebelum menghabiskan bicara.
Teknik pecahan ini walaupun mengambil masa yang agak lama, tetapi sangat berguna! Malah, dia berharap semua orang faham dan parktikan.
Mohamad Faizal, sering update berkenaan diet serta amalan-amalan yang sering dilakukan untuk turunkan berat badannya. Malah dia turut ada berkongsi bagaimana hendak turunkan 24kg sebelum raya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.