Tun Dr. Mahathir Mohamad, seorang figura yang tidak asing lagi dalam arena politik Malaysia, telah memainkan peranan penting dalam pembangunan negara ini. Dilahirkan pada 10 Julai 1925 di Alor Setar, Kedah, dan kini berusia 98 tahun.
Beliau telah menjadi Perdana Menteri Malaysia sebanyak dua kali, iaitu dari tahun 1981 hingga 2003 dan sekali lagi dari 2018 hingga 2020.
Malah, diusia yang bakal menjangkau 100 tahun, lelaki hebat ini masih dilihat aktif.
Sebagaimana yang diketahui, Kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sangat disegani pemimpin negara dunia pertama, negara maju mahupun negara membangun. Ramai pemimpin dunia menghormati kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad ini.
Ads
Nama Tun Dr Mahathir Mohamad telah terpahat dalam sejarah dunia apabila muncul sebagai Perdana Menteri Tertua di dunia. Lebih istimewa apabila Tun Dr Mahathir Mohamad telah dua kali menjadi Perdana Menteri.
Beliau berjaya membuktikan bahawa usia hanyalah angka! Bapa Pemodenan ini kekal sihat dan mampu bergerak aktif di usianya sekarang. Bapa kepada Marina, Mirzan, Melinda, Mokhzani, Mukhriz, Maizura dan Mazhar ini telah berkongsi rahsianya kekal sihat menerusi paparan video di laman sosial TikTok.
Dalam video berdurasi satu minit tujuh saat itu, beliau berkongsi salah satu aktiviti yang dilakukannya ialah berjalan kaki. “Kalau lihat dalam kebanyakan keluarga, kalau orang itu sudah tua, dia suka sangat suruh tidur. Jalan!
Ads
Saya pun mengantuk juga nak tidur. Tapi saya tak mahu tidur. Kalau saya tidur, kita jadi lemah. Lutut-lutut kita tak ada exercise. Jadi lepas kita tidur, lama-lama sangat tidur, nak bangun pun tak larat, tak kuat,” kata beliau.
Mantan Perdana Menteri Malaysia keempat dan ketujuh ini turut menyentuh aspek berkaitan keupayaan otak apabila memasuki peringkat berusia. Tun Mahathir menggalakkan aktiviti-aktiviti yang boleh mengaktifkan otak. “Satu lagi perkara, pemikiran kita.
Ads
Kalau kita tak fikir, otak kita itu kebolehannya berkurangan. Sebab itu walaupun kita sudah berumur, tetapi kita kena aktif. Aktif tubuh badan, aktif akal fikiran. Jadi kalau kita bercakap dengan orang, berbahas dengan orang, menulis, membaca, itu semua activate kita punya brain. Barulah otak mampu kekal aktif,” kata beliau.
Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah seorang tokoh yang telah memberikan sumbangan besar kepada negara Malaysia. Dari segi pendidikan, ekonomi, dan politik, beliau telah meninggalkan kesan yang mendalam dan akan terus dikenang dalam sejarah negara ini. Kepimpinan dan wawasan beliau akan terus menjadi inspirasi kepada generasi akan datang.
Kalau sudah namanya dilahirkan di bumi Malaysia, suka atau tidak kita pasti akan bergantung kepada juadah nasi putih. Makanan ruji yang tidak pernah lekang daripada pinggan.
Malah, ada juga di kalangan kita yang enggan menyentuh nasi atas alasan berbeza seperti ingin berdiet dengan mengurangkan pengambilan kanji.
Begitulah juga rahsia awet muda aktor Hong Kong yang tersohor. Melihat wajah dan bentuk tubuhnya, siapa sangka aktor dan penyanyi kacak dari Hong Kong, Andy Lau telah memasuki usia 62 tahun hari ini, tanggal 27 September.
Andy Lau terkenal sebagai antara bintang yang tidak pernah hilang aura dan pesonanya walaupun sudah berpuluh tahun dalam industri hiburan. Dipetik Detik.com, demi penampilan yang sempurna, ternyata ada pengorbanan yang dilakukan Andy Lau. Rahsia Andy Lau untuk kekal muda ialah tidak makan nasi putih. Aktor yang dilahirkan pada 27 September 1961 ini telah lakukannya bertahun-tahun secara konsisten.
“Andy Lau berkeras untuk tidak makan nasi selama 10 tahun supaya dia dapat mencapai penampilan terbaik. Menjadi seorang selebriti mungkin kelihatan hebat di mata orang ramai, tetapi sukar untuk membayangkan apa yang mereka lakukan di sebalik tabir,” ujar pengarah Wong Jin.
Dipetik dari Today Online, netizen memuji bintang filem The White Storm 2 ini kerana disiplin dirinya, memanggilnya ‘hebat’ dan ‘inilah sebabnya dia masih popular selepas 40 tahun’.
Hmm…agak-agaknya korang mampu ke ikut Andy Lau berhenti makan nasi untuk kekal muda..
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Gambar atau visual individu berwajah kacak dan cantik mampu meransang otak dan kesihatan mental.
Penemuan ini menunjukkan bahawa ‘cuci mata’ dengan visual wanita cantik boleh memberikan manfaat yang positif terhadap kesihatan mental lelaki, sekaligus membuka perspektif baru dalam usaha meningkatkan kesejahteraan psikologi.
Lihat Gambar LELAKI KACAK, WANITA CANTIK Bagus Untuk Otak
Penyelidikan menunjukkan bahawa melihat wajah yang kacak dan cantik boleh membuatkan orang lebih bersemangat untuk bekerja keras dan mempunyai ingatan yang lebih baik. Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Evolutionary Psychology ini telah menjalankan dua eksperimen untuk menentukan kesan melihat wajah lelaki kacak dan wanita cantik terhadap otak.
Kajian Pertama
Dalam eksperimen pertama, penyelidik dari East Carolina University telah mengkaji seramai 58 pelajar. Separuh daripada peserta diminta melihat wajah individu yang kurang menarik selama tujuh saat. Manakala separuh lagi diminta melihat wajah kacak dan cantik dari jantina yang berlainan juga selama tujuh saat.
Peserta kemudian diberi bahan bacaan cerita dan kebolehan mereka diuji melalui ujian ingatan untuk mengukur fungsi otak. Hasil kajian menunjukkan bahawa peserta yang melihat wajah yang menarik dapat mengingati lebih banyak butiran berbanding peserta yang melihat wajah biasa.
Secara khusus, kajian ini mendapati bahawa lelaki lebih banyak dipengaruhi oleh wajah yang cantik berbanding wanita. Lelaki cenderung mengingati lebih banyak butiran mengenai wanita cantik tersebut atau perkara lain yang berkaitan.
Kajian Kedua
Dalam eksperimen kedua, penyelidik menganalisis seramai 123 pelajar. Kaedah kajian adalah hampir sama seperti sebelumnya, namun kali ini pengkaji mengubah susunan kajian.
Kumpulan pertama bermula dengan melihat wajah yang menarik, mendengar cerita, melihat wajah biasa, dan kemudian mengambil ujian ingatan. Kumpulan kedua bermula dengan melihat wajah biasa, mendengar cerita, melihat wajah yang menarik, dan kemudian mengambil ujian ingatan. Kumpulan ketiga hanya melihat wajah biasa sebelum dan selepas mendengar cerita, kemudian mengambil ujian ingatan.
Hasil Dari Kajian
Hasil kajian menunjukkan bahawa melihat wajah lelaki kacak dan wanita cantik boleh mencetuskan keupayaan seseorang untuk menarik perhatian pasangannya serta meningkatkan fokus dan ingatan mereka.
“Memori adalah proses kognitif asas yang berkaitan dengan kemahiran kelangsungan hidup yang penting,” kata penyelidik yang dipetik oleh Medical Daily.
Sebaliknya, melihat wajah individu yang berwajah biasa tidak akan mencetuskan seseorang untuk bekerja lebih keras. Penyelidikan mendapati bahawa melihat wajah lelaki kacak atau wanita cantik sebenarnya lebih bermanfaat untuk kesihatan otak!
Antara ilmu atau kebolehan yang berbaloi untuk dipelajari oleh kaum lelaki adalah seni mempertahankan diri.
Bagi bekas jaguh silat negara Al Jufferi Jamari, 32, ilmu mempertahankan diri mampu menjadi ‘senjata’ di saat senjata fizikal sudah tidak berguna lagi.
“Apabila pisau dah tiada, senjata dah tiada, semua dah tiada, tangan kosong dan akal fikiran kita ini lah yang kena ada menjadi senjata,” kata Al Jufferi ketika ditemui Maskulin.
“Tapi nak menjadikan ia senjata itu, macam mana? Pelajarilah seni mempertahankan diri”.
Ilmu itu juga merupakan persediaan yang penting sebelum seseorang ditimpa musibah, tambahnya.
Bukan Sekadar Ajar Bertempur, Ia Membentuk Adab Seseorang
Walaupun Al Jufferi seorang pengamal ilmu persilatan, namun baginya sebarang jenis ilmu membela diri juga membawa manfaat yang setara walaupun berbeza teknik.
Baginya, golongan lelaki khususnya wajib mempunyai ilmu mempertahankan diri.
“Kita kena pertahankan maruah keluarga kita, diri kita. Kalau yang mana dah berkahwin, mesti mempertahankan isteri dan anak-anak,” tambahnya.
Bukan sekadar mengajar cara bertempur, namun seni bela diri turut membentuk jati diri, disiplin, adab serta kesopanan seseorang, ulasnya lanjut.
Usia Muda Lebih Mudah Dilentur
Mula mempelajari ilmu persilatan seawal usia 12 tahun, Al Jufferi mengakui pentingnya untuk mempelajari seni bela diri seawal usia kerana golongan dewasa sedikit sukar untuk dilatih.
“Kalau untuk yang macam umur 18, 20an lah senang cerita, mereka agak lambat sikit,” jelasnya.
Namun dengan minat dan semangat yang tinggi, tidak mustahil untuk melenturkan mereka, tambahnya lagi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.