Pengaruh budaya popular dari Korea Selatan kini tidak lagi terhad kepada muzik, drama, filem atau program aneka ragam. Kini budaya masyarakat Korea seperti pemakanan juga sedikit sebanyak telah melebarkan pengaruhnya ke seluruh dunia termasuklah di Malaysia.

Kejayaan Korea untuk mengkesport budaya mereka ke luar negara merupakan satu perihal yang cukup mengagumkan. Terbaru minuman tempatan yang terkenal dengan produk kecergasannya. Power Root Berhad memperkenalkan minuman terbaru yang menggabungkan elemen tempatan dan juga tradisi Korea.

Minuman terbaru ini yang dilancarkan pada minggu lalu dikenali dengan nama Per’l Yuzu. Ia menggabungkan elemen pemakanan yang terbaik dari Korea dengan herba tradisional Melayu yang dipercayai turun-temurun telah dilancarkan hari ini.

Han Byul Tampil Sebagai Duta Minuman Terbaru Gabungan Tradisi Tempatan & Korea, Per’l Yuzu

Jenama Per’l merupakan produk mereka yang terkenal dengan minuman berunsurkan kacip Fatimah akan menyaksikan perkembangan istimewa apabila Per’l Yuzu diperkenalkan kepada orang ramai. Minuman ini sememangnya gandingan buah dan herba yang menakjubkan dari dua negara Asia Timur yang ulung. Dengan Per’l Yuzu, pengguna akan dapat menikmati khasiat buah Yuzu bersama-sama kacip Fatimah dan kolagen.

KHASIAT BAIK

“Kebanyakan rakyat Malaysia sudah mengetahui kehebatan kacip Fatimah dan kolagen dalam mengekalkan kecantikan dan kesihatan wanita tetapi ramai yang masih belum mengenali rahsia kebaikan buah Yuzu. Jika kacip Fatimah ialah ratu segala herba tradisional di Malaysia, buah Yuzu boleh dianggap sebagai raja segala buah di Korea.

IKLAN
Han Byul Tampil Sebagai Duta Minuman Terbaru Gabungan Tradisi Tempatan & Korea, Per’l Yuzu
Pengerusi Bersama Power Root, Y.A.D Tengku Indera Pahlawan Diraja Tengku Dato’ Setia Putra Alhaj Bin Y.A.M Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj.

“Sebenarnya, buah Yuzu mempunyai khasiat vitamin C yang tiga kali ganda lebih daripada buah lemon dan 10 kali ganda lebih banyak kalsium daripada buah epal. Walaupun buah Yuzu juga ditanam di negara China dan Jepun, buah Yuzu yang paling berkualiti datang dari Korea,” kata Pengerusi Bersama Power Root, Y.A.D Tengku Indera Pahlawan Diraja Tengku Dato’ Setia Putra Alhaj Bin Y.A.M Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj.

Han Byul Tampil Sebagai Duta Minuman Terbaru Gabungan Tradisi Tempatan & Korea, Per’l Yuzu

Setelah menjalankan kajian dan penilaian pasaran, syarikat Power Root berjaya menghasilkan Per’l Yuzu. Ia adalah produk terbaru dibawah jenama Per’l, yang merupakan minuman-minuman berunsurkan kacip Fatimah pilihan utama dalam pasaran.

IKLAN

Tengku Dato’ Setia Putra Alhaj yakin bahawa Per’l Yuzu akan menarik perhatian segenap lapisan masyarakat Malaysia tanpa mengira bangsa, jantina dan umur serta memenuhi kehendak dan citarasa mereka.

DUTA JENAMA

Untuk mempromosikan minuman terbaru ini, syarikat Power Root telah melantik penyanyi dan pelakon sensasi Jang Han Byul sebagai duta jenama Per’l Yuzu. Lebih dikenali sebagai Han Byul, beliau ialah seorang artis Korea yang semakin popular di Malaysia dan sering muncul dalam rancangan-rancangan tempatan, terutamanya di Astro Ria.

Bintang Han Byul mula menyerlah apabila beliau muncul juara musim kedua program realiti, Big Stage, dengan lagu, Luka dan Bahagia, pada tahun 2019.

IKLAN

Han Byul Tampil Sebagai Duta Minuman Terbaru Gabungan Tradisi Tempatan & Korea, Per’l Yuzu

“Kami memilih Han Byul kerana perwatakan dan personaliti beliau yang sesuai dengan konsep dan objektif syarikat kami dalam memperkenalkan Per’l Yuzu kepada masyarakat umum,” ujar Tengku Dato’ Setia Putra Alhaj.

Syarikat Power Root akan menjalankan kempen iklan dan promosi secara besar-besaran selepas majlis pelancaran Per’l Yuzu hari ini. Iklan-iklan yang memaparkan Han Byul dengan Per’l Yuzu akan muncul dalam akhbar-akhbar utama, di kaca televisyen, melalui radio dan secara digital melalui Internet.

Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!

Han Byul Tampil Sebagai Duta Minuman Terbaru Gabungan Tradisi Tempatan & Korea, Per’l Yuzu

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI