
Sejak kebelakangan ini hand sanitizer sering habis di jual di pasaraya jika ada pun, harganya agak tidak masuk akal hinggakan orang ramai semakin panik dan bimbang jika mereka tidak mempunyai sebarang perlindungan terhadap kes Covid-19.
Tak menjadi masalah, relaks jangan panik, di Facebook Berani Buat, ada menunjukan alternative lain untuk banteras virus dengan buat sendiri sanitizer guna air sabun.
Menurut page tersebut dia telah mendapatkan rujukan dari pakar malah videonya ini telah dikongsi sebanyak 6.6 ribu share dan mendapat butang like sebanyak 5.6 ribu.
Dia turut memberi contoh dan beberapa experiment apa yang terjadi jika kita basuh tangan menggunakan sabun.
“Caranya ambil air dan tuangkan minyak. Anda boleh nampakan lapisan minyak dan air tidak bercampur walaupun sudah di kacau.
“Kemudian, ambil sabun mandi atau basuh pinggan dan tuangkan sedikit atau setitik sahaja dan kacau air tersebut.
“Setelah kita letak air sabun minyak tersebut sudah pecah kerana fungsi sabun memecahkan minyak. Sebab itu lah, virus seperti Corona ini kalah dengan sabun atau hand sanitizer” Tunjuknya kepada orang ramai di dalam video.
Oleh yang demikian, dia mencipta air sabun untuk memecahkan structure Corona Virus.
“Saya ada sebekas air dan picit sabun ke dalamnya. Jadi kontena ini akan jadi air bersabun. Tak perlu terlalu banyak sabun kemudian goncang dan boleh guna.
“selepas salam orang, ambil air sabun ini dan picit. Lumurkan seperti anda membasuh tangan dan pastikan anda mengosoknya sekali kerana untuk memastikan jika ada virus di tangan kita, virus tersebut bersentuhan dengan sabun itu dan tidak aktif lagi. Jika ada berbuih sedikit ambil air kosong dan bilas. Sekiranya tiada air, ambil wet tisu dan lapkan tangan anda.” Katanya lagi.
BMW Group Financial Services Malaysia Sertai Usaha Penghutanan Semula Di Borneo

BMW Group Financial Services Malaysia mengumumkan komitmennya ke atas usaha penghutanan semula di Borneo. Ia merupkan usahasama bersama Animal Projects and Environmental Education (APE Malaysia), sejajar dengan matlamat kelestarian BMW Group untuk mengurangkan emisi karbon secara global.
Tobias Eismann, Pengarah Urusan BMW Group Financial Services Malaysia berkongsi, “Kami sedar bahawa usaha untuk melindungi iklim merupakan tanggungjawab bersama. Dengan memainkan peranan kami dalam mendukung inisiatif penghutanan semula yang dirancang di Malaysia, kami berharap ia dapat menangani fenomena perubahan iklim.
“BMW Group Financial Services Malaysia akan menyalurkan sumbangan secara langsung kepada program Restore Our Amazing Rainforest (ROAR) oleh APE Malaysia, yang bertujuan untuk mewujudkan dan menghubungkan koridor-koridor hutan bertaraf penting yang telah terhakis akibat kegiatan pembasmian hutan. Sebagai sebuah syarikat, kami semakin menumpukan fokus terhadap inisiatif yang ketara untuk menyokong kelestarian alam sekitar, bermula dengan inisiatif kendiri untuk mengurangkan penggunaan kertas melalui proses digitalisasi.”
Inisiatif ini bakal menyaksikan sumbangan bernilai RM100 disalurkan bagi pihak pelanggan BMW dan MINI, untuk setiap kontrak yang dibiayai bagi model-model* berikut: BMW 330e M Sport, BMW 530e M Sport, BMW 740Le xDrive, BMW X5 xDrive45e M Sport, serta MINI Cooper SE Countryman ALL4. Kesemua kontrak pembiayaan dari 1 Mei hingga 31 Julai 2021 layak menyertai inisiatif ini.
Setiap RM100 yang terkumpul akan digunakan untuk menanam lima benih pokok di Santuari Hidupan Liar Hilir Kinabatangan. Para pelanggan dengan kontrak yang terlibat dalam inisiatif ini akan menerima e-sijil yang mengandungi koordinat GPS bagi pokok mereka berserta dengan gambarnya daripada APE Malaysia.
Program ROAR juga berfungsi untuk memulihkan habitat bagi haiwan yang terancam dan ia meliputi orang utan dan Gajah Kerdil Borneo, di samping menangani isu jejak karbon.
Pada awal tahun ini, BMW Group Financial Services Malaysia juga telah berjaya mengumpul lebih daripada RM20,500 melalui BMW Engage untuk fasa program subsidi BMW Safety 360° yang selanjutnya.
Fasa ketiga program ini bakal menyaksikan penambahan 300 subsidi kerusi kereta kanak-kanak disediakan buat para ibu bapa dalam komuniti B40. Lebih daripada 500 kerusi kereta kanak-kanak telah diserahkan melalui program subsidi ini sejak ia diperkenalkan pada lewat tahun 2019.
“Sokongan yang diberikan kepada program subsidi BMW Safety 360° adalah sinonim dengan BMW Group Financial Services Malaysia, dimana kami sentiasa berusaha untuk menjadikan keselamatan jalan raya sebuah keutamaan buat semua. Meskipun ramai yang tidak dapat balik ke kampung halaman pada tahun ini, kami masih ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia,” simpul Eismann.
Terokai BMW Engage di https://www.bmwfs.my/, dan dapatkan maklumat lanjut mengenai aktiviti-aktiviti APE Malaysia dengan melayari https://apemalaysia.com/.
Samsung Galaxy S21, Diangkat Sebagai Siri Telefon Pintar Epik Segenap Sudut

Saban tahun peminat dan juga penggemar peranti pintar pasti menantikan kemunculan telefon pintar terbaru daripada pembikin dari Korea Selatan, Samsung Electronics Co. Ltd. Walaupun berdepan dengan segala macam cabaran dan persaingan dari jenama pesaing namu kedudukannya sebagai antara jenama telefon pintar paling dipercayai masih lagi utuh.
Di antara siri yang paling dinantikan setiap tahun ialah menerusi siri ‘S’ yang merupakan kategori flagship mereka. Dan pengguna dan peminat yang menantikan telefon pintar terbaru daripada Samsung pastinya tidak kecewa kali ini dengan pengenalan Samsung Galaxy S21.
Pada majlis pengenalannya yang dilakukan secara penstriman secara langsung baru-baru ini telah diperkenalkan model terbaru Samsung Galaxy S21 yang tampil dengan tiga versi berlainan. Setiap satunya tidak lari darippada citi-ciri teknologi dan inovasi terkini diperkenalkan mereka.
Seleksi telefon pintar terbaru tersebut ialah Samsung Galaxy S21, Galaxy S21+ dan Galaxy S21 Ultra 5G. Menurut Presiden dan Ketua Komunikasi Perniagaan Mobil Samsung Electronics, TM Roh, “Galaxy S21 Ultra merupakan satu contoh bagaimana Samsung sentiasa menjadi penggerak bermakna dalam inovasi serta menawarkan pengalaman lebih kaya buat pengguna untuk mengekspresikan diri”.
“Melihatkan betapa pentingnya teknologi peranti pintar kini dalam kehidupan seharian, kami mahu membawa dan merentas sempadan dengan inovasi terunggul,” jelasnya lagi.
Sudah lebih 10 tahun Galaxy S series membawakan pelbagai teknologi unggul dan memberikan pengalaman terbaik buat pelanggannya. Kini dengan siri terbaru Galaxy S21, ia diyakini mampu meneruskan legasi tersebut.
SAMSUNG GALAXY S21 ULTRA 5G
Versi paling premium dan berada pada kelasnya tersendiri, Galaxy S21 Ultra 5G membuka lembaran terbaru jenama Samsung untuk mengukuhkan semula kedudukan mereka di pasaran global.
Tampil dengan skrin paparan 6.8 inci Quad HD+, ia tampil dengan bezel yang cukup nipis di sekelilingnya. Di bahagian atas terdapat ‘lubang kecil’ yang menyaksikan kedudukan kamera 40MP kamera selfie.

Paparan skrinnya menggunakan teknologi AMOLED 2X yang mampu melakukan refresh rate, 120Gz. Ini bermakna skrin terbaru model ini mampu melakukan Adaptive 120Hz refrsh rate dengan resolusi Quad HD+. Secara tal langsung menawarkan pengalaman yang lebih kaya dan lancar buat kepuasan pengguna.
Melihat dari segi kekuatan dalamannya pula, Galaxy S21 Ultra dikuasakan pemproses Exynos 2100 dengan memori 12GB atau 16GB RAM. Manakala untuk seleksi storan dalaman pula ia menyediakan dua tiga varian iaitu 256GB dan 521GB yang ditawarkan untuk pasaran Malaysia.
Dari segi bateri pula, Galaxy S21 Ultra menggunakan bateri 5,000 mAh dengan sokongan pengecasan pantas 25W. Ia juga menyokong pengecasan tanpa wayar sehingga 15W dan juga boleh digunakan sebagai reverse wireless charge untuk peranti lain.
Berita baik untuk peminta fotografi kerana Galaxy S21 Ultra menawarkan set up quad kamera. Ia dilengkapi kamera wide angle 108MP, ultra wide angle 120MP dan dua telefoto 10MP yang menawarkan 3x optical zoom dan 10x optial zoom.
Walaupun mempunyai rangkaian kamera tersebut, ia masih mampu melakukan 100x Space Zoom. Bagi memastikan kualiti fokus foto dan video yang terbaik, Galaxy S21 Ultra turut dilengkapi AF modul.
Dan feature yang mungkin agak mengejutkan turut tampil pada Galaxy S21 Ultra ialah S Pen. Selain itu, ia turut mempunyai tahap kalis air IP68 dan juga tahan habuk. Sistem audio pula dilengkapi dengan kulaiti audio Dolby Atmos.
GALAXY S21 & S21+
Perbezaan ketara dua model yang tidak kurang hebatnya daripada siri Galaxy S terbaru ini adalah saiz. Galaxy S21 tampil dengan saiz 6.2 inci manakala S21+ pula sama seperti versi Ultra iaitu pada ukuran 6.7 inci. Kedua-duanya menawarkan memori 8GB RAM storan dalaman (tawaran di Malaysia) 256GB.

Ia juga lengkap dengan skrin Full HD+ Dynamic AMOLED dengan Adaptive 120hz (48hz sehingga 120Hz). Secara keseluruhan rekaan di bahagian hadapannya tidak jauh beza dengan versi Galaxy S21 Ultra. Di bahagian belakang pula terdapat tiga lensa kamera utama dengan 12MP wide, 12MP ultra-wide dan 64MP telephoto.

Antara ciri yang paling menarik perhatian ialah sistem keselamatan Samsung Knox Vault. Ia merupakan platform keselamatan yang diperkenalkan Samsung bagi memastikan keselamatan data pengguna dengan lebih baik. Selain itu, ia turut memperkenalkan fungsi Private Share di mana pengguna boleh mengawal siapakah yang boleh mengakses kandungan yang dihantar dan boleh bertahan berapa lama.
DIBUKA SEKARANG
Kesemua model terbari dari siri Samsung Galaxy S21 yang dinyatakan di atas kini dibuka untuk pra-tempah sehingga 28 Januari 2021. Apa yang menarik setiap pra-tempah yang dilakukan, pengguna bakal mendapat fon telinga pintar terbaru, Samsung Galaxy Buds dan Galaxy SmartTag secara percuma.
Buat anda yang berminat boleh layari laman sesawang rasmi mereka untuk maklumat yang lebih lanjut.
Jangan lupa untuk follow Instagram MASKULIN bagi update gajet terkini!
Mulut Berbau Buat Orang Rasa Menyampah Dengan Kita, Ini Cara Mudah Untuk Miliki Nafas Segar

Bayangkan pagi-pagi pergi kerja naik keretapi yang sarat dengan penumpang, tiba-tiba sebelah anda ada insan menguap dan tidak tutup mulut. Mulutnya berbau dan terus buat kita rasa menyampah. Ingat, kena sentiasa jaga mulut agar tidak berbau hingga orang menyampah.
Itu kalau kejadian tersebut berlaku sekali-sekala, bagaimana pula jika anda juga mempunyai nafas yang berbau seperti insan tersebut.
Mari MASKULIN tunjukkan bagaimana untuk pastikan nafas anda kekal segar terutamanya pada pagi hari sebelum masuk kerja.
BACA: Selain Mudah Dapat Sakit Jantung, Ini Yang Akan Terjadi Jika Banyak Makan Makanan Tak Berkhasiat
1. Berus gigi & lidah dengan sempurna
Selepas makan, jangan sekadar berkumur. Ada baiknya berus gigi dan lidah dengan sempurna agar dapat membersihkan segala kekotoran yang ada.
2. Minum air masak dengan banyak
Bagi meneutralkan bau mulut, anda digalakkan minum air masak dengan banyak. Selain itu, ia membantu mengurangkan rasa kering semasa siang hari.
3. Kunyah gula-gula getah
Kunyah gula-gula getah buat anda rasa seperti baru lepas berus gigi kerana banyak keluarkan air liur untuk membersihkan dalaman mulut. Selalu kunyah gula-gula getah selepas makan untuk pastikan nafas kita segar berpanjangan.
4. Jaga pemakanan
Faktor pemakanan boleh mempengaruhi bau nafas seseorang. Pada waktu sarapan, kita digalakkan untuk ambil makanan yang sihat tetapi bertekstur keras seperti kacang, cornflakes dan epal kerana ia dapat membersihkan lidah pada bahagian belakang.
5. Minum teh hijau
Teh hijau mengandungi zat polyphenol yang berfungsi membersihkan bakteria dalam mulut dan saluran pernafasan. Digalakkan juga untuk anda minum teh hijau tanpa campuran gula.
BACA: Kalau Tak Cukup Tidur, Badan Mudah Mengembang, Jadi Elakkan 6 Jenis Makanan Ini
6. Buat pemeriksaan gigi
Jika mulut berbau time puasa sunat itu adalah normal tetapi kalau baunya terlampau kurang menyenangkan sehingga ganggu orang lain, ada perlu ke klinik gigi untuk buat pemeriksaan. Risau ada gigi yang rosak dan anda wajib untuk servis!