Jika anda ingin kelihatan sihat, segak, cergas, kacak dan lebih maskulin, bersemangatlah ikuti perkongsian Puan Fatin Erma Idayu Hashim. Menurut Fatin yang berkongsi petua ini menerusi page Masakan Apa Hari Ini (MAHN), suaminya mengamalkan air ini selama tiga hari.
Yang menariknya, berat badan suami turun dengan pantas dari 88kg ke 85.5kg. Beliau telah menyediakan air minuman yang diolah dengan enam bahan mudah yang sentiasa ada di dapur.
Berikut adalah petua perkongsian beliau Fatin. Selamat mencuba
Bahan-bahan:
Ads
7 biji bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
3 hiris halia (jangan hiris besar, untuk elak pedas)
2 batang serai
1 sudu madu
1 hiris lemon (atau ikut cita rasa)
1 liter air
Cara membuat:
Ads
1. Bersihkan bahan, kemudian rebus kesemuanya dalam periuk selama 15-20 minit.
2. Tutup api dan sedia untuk diminum. Tapi sebelum minum, campur dengan air masak agar suam.
Ads
3. Simpan baki air dalam peti sejuk dan minum keesokan harinya.
Tip:
Amalkan minum air ini sebelum sarapan dan sebelum tidur. Boleh diamalkan suami isteri yang sama-sama mahu menguruskan badan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tidak dinafikan sesetengah individu cukup skeptikal dan sinis apabila membicarakan tentang buah-buahan tempatan. Bagi mereka buah-buahan import yang tidak terdapat di Malaysia lebih baik.
Walhal buah tempatan sebenarnya mempunyai khasiat dan zat yang jauh lebih baik dari sesetengah buah luar negara! Salah satunya ialah superfuirt yang cukup banyak dan mudah didapati di negara kita iaitu buah betik.
Buah yang hebat ini juga sesuai dimakan sama ada sihat atau sakit. Selain dari sumber makanan yang murah dan senang untuk didapati, buah betik dikatakan sebagai buah yang mengandungi hampir kesemua zat makanan yang diperlukan untuk kesihatan tubuh badan.
Disebabkan oleh kelebihan-kelebihan yang ada dalam buah betik inilah ia menjadi pilihan buah-buahan yang cukup digemari oleh kebanyakan lelaki yang ingin tampil kacak dan sihat.
Ini antara 10 khasiat buah betik yang tak patut anda lepaskan.
Buah betik kaya dengan vitamin A (kulitnya) dan juga kalium. Nutrien-nutrien penting yang terkandung dalam buah betik menjadikan buah ini sebagai buah-buahan yang mempunyai nilai perubatan yang tersendiri.
Tidak hanya untuk pencernaan, buah betik juga boleh membantu dalam merawat dan mengatasi masalah-masalah kulit seperti jerawat dan masalah kedutan.
Anda hanya perlu hancurkan buah betik dan tampalkan di tempat yang bermasalah selama setengah jam sebelum mandi. Sekiranya dibuat secara konsisten, kulit yang bermasalah itu akan kembali sembuh. Selain itu, buah betik juga bertindak untuk menghaluskan kulit dan menjadikan wajah anda sentiasa awet muda.
Buah yang kaya dengan vitamin A dan C ini disarankan pengambilannya sebagai buah-buahan yang elok dimakan untuk anda yang ingin menurunkan berat badan. Sebiji betik kecil yang beratnya 1/2 kg hanya mengandungi 68 kalori atau 3 peratus daripada diet standard 2,000 kalori. Diet 3,500 hingga 7,000 kalori setiap minggu, dapat mengurangkan 1 hingga 2 kg berat badan.
Buah betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah yang menyebabkan kaki rasa sakit. Salah satu daripada rawatan tradisional bagi mengubati masalah tumit pecah ini ialah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua, kemudian ambil getahnya lalu sapukan di bahagian tumit yang pecah.
Bagi lelaki yang ingin meningkatkan kuantiti sperma, apa kata masukkan buah betik sebagai menu diet harian anda. Setiap lelaki dewasa digalakkan mengambil 500mg Vitamin C setiap hari. Sesuai dengan khasiat buah betik sebagai pembekal antioksidan yang baik.
Menurut sebahagian doktor dan pakar pemakanan, pengambilan buah betik ranum yang dicampur dengan madu asli adalah baik bagi anda yang mengalami kencing tak lawas dan penghidap masalah pada berkaitan dengan sistem kencing. Membuang air kecil secara baik penting untuk menghindarkan anda daripada diserang masalah batu pada pundi kencing.
Makan buah betik setiap hari juga dapat menambahkan tenaga dan menjadi sumber pembersih perut yang amat berkesan. Ia amat mujarab bagi menyembuhkan pelbagai gangguan dalam perut dan penghadaman makanan.
Daun betik yang dilayur di atas api dapat mengubati sakit-sakit otot apabila dilekapkan pada bahagian yang sakit. Bagi mengubati sakit sendi pula, ambillah air perahan dari daun muda yang ditumbuk lumat dan campurkan dengan sedikit perahan limau nipis.
Betik mempunyai beberapa enzim protein pencernaan yang unik termasuklah papain dan chymopapain. Dipercayai enzim ini mampu membantu mengurangkan keradangan dan dapat merangsang penyembuhan akibat kesan terbakar. Sebagai tambahan, khasiat antioksida di dalam betik termasuklah vitamin C, E dan beta karotena juga amat baik dalam mengurangkan keradangan.
Papain di dalam betik muda juga dikatakan amat berguna dalam masalah kekurangan jus gastrik, mukus tidak elok yang berlebihan di dalam perut, dyspepsia dan keradangan usus. Buah yang masak pula jika dimakan selalu boleh mengurangkan masalah sembelit, hemoroid atau buasir, najis yang berdarah dan kronik. Jus yang dihasilkan daripada biji betik juga dikatakan berguna dalam merawat dyspepsia dan najis berdarah.
Jika mengalami sembelit, cubalah makan betik kerana ia murah dan selamat. Betik juga menjadi penawar yang ideal bagi penyakit buasir berdarah. Selain membekalkan banyak vitamin, zat galian dan serat yang kita perlukan, buah betik juga boleh menjauhkan kita daripada cacing pita dan kerawit yang ada dalam perut. Ini kerana betik mengandungi unsur yang disebut anthelmintic yang dapat membunuh kuman.
Semoga perkongsian ini mampu berikan manfaat untuk anda!
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bagaimana tahi mata terbentuk? Tahi mata mengandungi mukus, minyak, sel kulit dan bahan lain yang terkumpul pada tepi mata ketika tidur.
Tahi mata sebenarnya berperanan melindungi, mengeluarkan sisa buangan dan kandungan yang membahayakan daripada permukaan mata. Mata kita sentiasa mengeluarkan air mata yang meliputi bahagian depan permukaan mata.
Apabila kita mengerlip mata, permukaan mata berair dan mukus ini membantu membuang sisa kotoran sebelum ia mengeras atas permukaan mata, berbeza dengan waktu tidur yang mana mata tidak berkerlip. Jadi, kandungan kotor ini terkumpul dan mengeras pada tepi mata, lantas berlakunya tahi mata.
Jangkitan kuman
Tahi mata dengan kuantiti sedikit yang keluar selepas bangun dari tidur adalah normal terutama jika seseorang mengalami jangkitan demam dan selsema. Tetapi, jika jumlah tahi mata adalah banyak dengan warna kehijauan atau kekuningan, penglihatan kabur atau mata sakit dan pedih apabila terkena cahaya, ini mungkin tanda mata mempunyai jangkitan serta perlu mendapatkan pemeriksaan doktor mata.
Malah, individu yang pernah melalui sejarah alahan dan sering menggosok mata pada awal pagi dengan pengeluaran tahi mata berlendir atau melekit juga disarankan mendapat nasihat daripada doktor mata. Jangkitan penggunaan kanta lekap juga boleh menyebabkan pengeluaran tahi mata pada waktu pagi adalah lebih daripada biasa.
Ini disebabkan beberapa faktor, termasuk jangkitan mata disebabkan kuman. Memakai kanta sentuh terlalu lama setiap hari juga akan menyebabkan mata semakin kering dan tidak selesa. Ini antara sebab mata rasa penat dan gatal.
Jangkitan pada mata
Selain itu, keadaan ini juga boleh berlaku disebabkan jangkitan pada bahagian saluran keluar air mata. Apabila saluran keluar air mata tersumbat, kandungan tahi mata semakin terkumpul pada bahagian “lacrimal sac”.Kandungan ini boleh membiakkan jangkitan dan menyebabkan keradangan. Bahagian ini akan nampak bengkak dan sakit dan mata sering berair sekali gus menyebabkan mata bertahi.
Walaupun tiada kaitan dengan faktor genetik, bayi berusia kurang daripada setahun dengan kekerapan mata berair perlu menjalani pemeriksaan untuk memastikan pembentukan saluran air mata keluar dengan betul. Jika kanak-kanak berumur empat dan enam tahun mengalami masalah tahi mata berlendir pada setiap pagi dan sering menggosok mata disebabkan mata gatal, ibu bapa perlu membawa anak mendapatkan rawatan untuk masalah alahan mata ini.
Panduan elakkan jangkitan pada mata
* Mengelakkan menyentuh mata supaya mengurangkan jangkitan daripada merebak.
*Kerap kali mencuci tangan, lebih-lebih lagi terdapat masalah mata merah yang berjangkit
*Jika anda adalah seorang yang sering menggunakan kanta lekap, elakkan terus menggunakan ia dan berjumpa segera doktor.
* Jika mata bertahi dan merah, jangan gunakan bahan kosmetik pada mata seperti maskara dan pensil mata
•Jika mata bertahi disebabkan alahan, elakkan persekitaran tercemar kerana persekitaran bersih tanpa habuk dapat mengurangkan mata yang sensitif, gatal dan berair.
Kaedah penjagaan mata
* Satu antara enam orang dewasa mengalami masalah mata dan peratusan ini meningkat selari dengan usia.
* Antara masalah mata sering berlaku disebabkan penambahan usia adalah, katarak dan glukoma.
Jenis makanan baik untuk mata
1. Bayam
2. Sawi.
3. Oren, tembikai, betik dan pisang ( buah warna terang )
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Senaman pagi merupakan antara perkara wajib yang harus anda lakukan sebelum anda pergi kerja.
Ini senaman yang boleh anda lakukan setiap pagi. Sekurang-kurangnya tak ada lah anda rasa bersalah sangat apabila anda telan semua makanan yang penuh dengan kalori itu.
#1: Push up
Kami nasihatkan anda luangkan masa 2 minit untuk lakukan senaman ini. Anda pun tahu kelebihan push up kan? Ia dapat membantu mengurangkan lemak di perut dan kuatkan otot pada lengan.
Untuk beri efek yang menarik pada gambar OOTD anda pump sedikit badan anda. Baru banyak like!
#2: High knee
Sebelum anda ke tempat kerja, ataupun melakukan apa-apa aktiviti harian, apa kata anda lakukan senaman ini sebanyak 3 set dengan 15 rap.
High knee boleh mengeluarkan peluh dan membakar lemak secara berterusan walaupun anda sedang melakukan kerja menaip di pejabat.
#3: Burpees
Senaman ini berfungsi sama seperti High Knee. Ia dapat meningkatkan metabolisme di samping membakar lemak secara berpanjangan.
Jadi jika anda sedang menikmati nasi lemak atau nasi berlauk di waktu makan tengan hari pun, lemak anda masih membakar.
#4: Squats
Senaman ini anda boleh lakukan semasa mandi. Ataupun ketika badan anda penat duduk menghadap pc di pejabat. Ambil masa sikit untuk anda bersenam. Tak banyak pun dalam 30 rap dah cukup.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang