Bagi wanita kebanyakan daripada mereka memang mahukan badan yang kurus. Bak kata mereka selagi boleh mahu kelihatan seperti peragawati di atas pentas peragaan.

Tapi bagi lelaki memiliki tubuh yang kurus merupakan satu kondisi yang tidak berap digemari. Selain sukar berfesyen, lelaki kurus juga menghadapi masalah melakukan aktiviti fizikal.

Berikut MASKULIN kongsi beberapa keadaan yang hanya lelaki kurus sahaja yang faham.

MANGSA EJEK ‘TENGKORAK’

Bila bersama kawan-kawan pergi berkelah ini antara perkara yang selalu berlaku. Ya, memang hanya bergurau tapi kalau setiap kali buka baju nak mandi-manda kena ejek dan jadi bahan gurau tak seronok juga. “Tulang dada kau macam gitar dowh!” Itu antara yang biasa sangat kita dengar.

SUSAH CARI BAJU

Disebabkan badan yang kurus memang agak sukar nak cari baju sesuai. Ini terutamanya bila ingin beli pakaian dari jenama luar negara. Sais ‘S’ bila pakai sudah macam saiz XL bila anda pakai. Malah kadang-kadang terpaksa shopping baju di bahagian kanak-kanak.

SASARAN FITNESS

IKLAN

Berbeza dengan orang lain yang bersusah payah bersenam dan amkan segala macam ubat untuk turunkan berat badan. Anda pula berhempas pula nak naikkan berat. Kalau tersalah bersenam nanti berat makin agi turun. Memang struggle ini orang lain tak akan faham.

“MAKANLAH LAGI”

Ini antara ayat yang biasa orang kurus dapat sama ada daripada ahli keluarga atau rakan-rakan. Walhal anda sudah pun telah makan full meal course dengan lengkap.

FRAGILE

IKLAN

Dalam erti kata lain anda mudah terjatuh atau tergolek bila bergurau dengan kawan-kawan. Atau bila bermain bola sepak, pastinya orang sangat risau dengan kondisi anda yang kurus.

BOLEH MAKAN BANYAK

Orang lain mungkin sakit hati bila tengok anda makan tanpa ada sebarang kawalan. Nak makan burger tiga biji? No problem, anda boleh makan dengan hati yang senang. Kalau orang lain pasti selesai makan muka penuh penyesalan.

Hanya Insan Bersaiz XS Sahaja Yang Faham Situasi Ini
MUDAH SEJUK

IKLAN

Antara masalah yang sering menghantui orang kurus. Kalau terlupa bawa sweater ketika pergi tengok wayang itu bermakna anda akan menderita sampai tayangan tamat. Bagi orang lain sushu sejuk itu satu keselesaan tapi tidak bagi anda.

MUAT TEMPAT SEMPIT

Bila ada sesuatu yang tersepit di ruang yang sempit anda pastinya akan jadi orang yang kena suruh. Kunci terjatuh di celah-celah jeriji penutup longkang? Ya, andalah yang terpaksa tolong sebab lengan anda sahaja yang muat.

SELUAR LONDEH

Kebanyakan jenama seluar lelaki, saiz palong kecial yang terdapat di pasaran ialah 28 inci. Bayangkan jika anda mempunyai saiz pinggang yang lebih kecil. Kalau saiz pinggang sama pun ia akan jadi mudah londeh. Ini kalau terlupa pakai tali pinggang memang boleh jadi kisah seram.

TAK BOLEH DUDUK LAMA

Ini terutamanya bila anda duduk di atas permukaan keras. Disebabkan kurus dan punggung yang macam tak ada isi, anda pasti rasa tak selesa bila duduk lama. Iyalah, umpama duduk menggunakan alas tulang pinggul semata, memanglah sakit.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI