Selain bola sepak sukan badminton merupakan antara yang paling dekat di hati rakyat Malaysia. Walaupun prestasi skuad badminton negara di kejohanan antarabangsa ada pasang surutnya namun badminton tetap menjadi sukan kesayangan ramai.

Salah seorang pemain yang kini cukup diminati ramai ialah pemain perseorangan utama negara, Lee Zii Jia. Kehebatannya di gelanggang sememangnya cukup digeruni lawan apatah lagi dengan teknik backhand smash dimilikinya cukup berbisa.

Semalam, MASKULIN sempat mengikuti majlis pengumuman Lee Zii Jia sebagai duta rasmi jenama LG Electronic Malaysia.

Kerjasama di antara jenama gergasi asal Korea Selatan dan Lee Zii Jia dilihat sebagai pemangkin terbaik buat kedua-dua pihak. Lee Zii Jia yang bakal menjadi harapan pingat untuk Sukan Olimpik Paris 2024 hadir membawakan persona gaya hidup sihat dan kemudahan kepada pengguna LG Electronics.

Sebagai duta terdahulu LG PuriCare™, sebuah unit perniagaan dalam LG Electronics Malaysia, Lee Zii Jia kini mewakili imej jenama LG secara menyeluruh. Kerjasama semasa akan memperluaskan program duta jenama yang merangkumi produk Hiburan Rumah dan Peralatan Rumah.

KESEDARAN JENAMA

Selai itu, LG turut merancang untuk berkolaborasi bersama Lee Zii Jia untuk meningkatkan kesedaran cara hidup berkualiti tinggi dengan slogan “Live Smarter, Go Higher”, dan bantuan produk inovatif jenama LG seperti Hiburan Rumah, Peralatan Rumah, LG PuriCare™, dan lain-lain.

IKLAN

“Kami amat berbangga dan berasa terhormat untuk menyambut Lee Zii Jia ke dalam keluarga LG sebagai Duta Jenama LG yang baharu. Semangat, kecekalan dan komitmen beliau mengejar impian dan mengamalkan gaya hidup sihat adalah representasi yang mengagumkan bagi jenama kami.

Harapan Pingat Olimpik 2024, Lee Zii Jia Diumumkan Duta LG Electronics

“Kami yakin bahawa Zii Jia akan membuka pintu dan memacu rakyat Malaysia untuk hidup lebih pintar dan baik melalui teknologi dan produk terkini kami,” kata Justin Choi, Pengarah Urusan LG Electronics Malaysia.

“Kepentingan keperluan pengguna selalu menjadi keutamaan kami. Melalui kerjasama ini, kami berharap agar produk kami dapat menyumbang pada peningkatan gaya hidup pengguna,” kata Choi.

IKLAN

Harapan Pingat Olimpik 2024, Lee Zii Jia Diumumkan Duta LG Electronics

TONGGAK UTAMA

Lee Zii Jia telah memenangi pingat emas dalam acara tunggal lelaki di Sukan Asia Tenggara 2019 dan gelaran BWF Super 1000 pertama di Terbuka Seluruh England 2021. Beliau juga merupakan juara tunggal lelaki Asia, selepas memenangi kejuaraan Badminton Asia pada tahun 2022.

“Semuanya bermula dengan impian, dan saya sentiasa berusaha untuk mencapai gaya hidup sihat dan pintar di rumah. Saya yakin bahawa produk-produk LG memberi tumpuan kepada kesihatan, kebersihan dan kemudahan yang merupakan tiga tonggak utama yang saya pegang erat.

‘Saya sangat berterima kasih kerana dapat bekerjasama dengan LG dalam memimpin gaya hidup yang saya idamkan, dan saya yakin ia juga akan memberikan manfaat kepada hidup profesional saya,” kata Lee Zii Jia.

IKLAN

Harapan Pingat Olimpik 2024, Lee Zii Jia Diumumkan Duta LG Electronics

Sebagai salah satu jenama terkemuka dalam industri, LG Electronics Malaysia sentiasa mencari langkah seterusnya untuk memberikan nilai tambah dan kecekapan kepada kehidupan pengguna melalui produk berteknologi terkini.

Lee Zii Jia sebagai sebahagian daripada keluarga besar LG merupakan asas kepada nilai-nilai jenama tersebut. Sebagai duta, Lee Zii Jia akan mempromosikan pelbagai produk LG yang bukan sahaja sesuai untuk gaya hidupnya, tetapi juga gaya hidup sihat dan bersih kepada pengguna secara menyeluruh.

Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video manarik seperti di bawah ya!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI