Hobi mengumpul patung aksi figura bukanlah satu perkara baru. Ia berkembang dengan pesat di kalangan lelaki yang lahir pada hujung 70-an hingga sekarang dengan industri ini kini dianggarkan bernilai USD8.28 bilion pada tahun 2022.

Dan ia juga akan dijangka akan berkembang dengan saiz yang lebih besar. Jadi tidak hairalah mengapa industri aksi figura kini banyak diterajui lelaki-lelaki dewasa yang mempunyai visi tersendiri. Salah satu siri aksi figura yang sentiasa mendapat tempat ialah ‘Transformers’.

Bermula dari barisan aksi figura berkembang menjadi animasi kanak-kanak sehinggalah seperti sekarang dengan filem aksi yang cukup mantap. Terbaru, ia hadir dengan filem terbarunya ‘Transformers: Rise of the Beast’.

Hasbro Perkenalkan Seleksi Aksi Figura ‘Transformers: Rise of the Beast’ Buat Pengumpul Tegar
Sesi pelancaran ringkas koleksi aksi figura ‘Transformers: Rise of the Beast’ baru-baru ini.

Seiring dengan pengenalan filem terbaru ini, Hasbro Malaysia turut melancarkan seleksi koleksi aksi figura terbaru yang diinspirasikan dari filem blockbuster tersebut. Selepas lima tahun menyepi tanpa sebarang filem terbaru keterujaan peminat Transformers untuk filem terbaru ini cukup menyerlah sekali.

IKLAN

Apatah lagi ia menampilkan karakter baharu dari kumpulan Transformers lebih unik iaitu Maximals. Seleksi aksi figura terbaharu dari Hasbro Malaysia ini diperkenalkan sesuai buat peminatnya dari segenap lapisan umur.

Hasbro Perkenalkan Seleksi Aksi Figura ‘Transformers: Rise of the Beast’ Buat Pengumpul Tegar
Smash Changers

Di antara karakter-karakter yang diketengahkan di dalam koleksi aksi figura ini ialah Optimus Prime dan Bumblebee dari Autobots. Manakala dari puak Maximals pula menampilkan Optimus Primal, Cheetor, Rhinox dan Airrazor. Buat Decepticons pula ia tampil dengan Skullcruncher dan Battletrap.

IKLAN
Hasbro Perkenalkan Seleksi Aksi Figura ‘Transformers: Rise of the Beast’ Buat Pengumpul Tegar
Mask 2-in-1

Terdapat beberapa kategori aksi figura dan juga aksesori diperkenalkan Hasbro Malaysia seperti Beast Battle Master, Battle Changers, Beast Weaponizer, Beast Combiner, Smash Changers dan juga Converting Mask.

IKLAN
Hasbro Perkenalkan Seleksi Aksi Figura ‘Transformers: Rise of the Beast’ Buat Pengumpul Tegar
Alliance Beast Weaponizers

Lebih menarik ia turut ditawarkan pada linkungan harga yang berpatutan iaitu dari RM69.90 sehingga RM199.90. Buat collector sekalian anda boleh dapatkan koleksi ini di atas talian dengan diskaun menarik menerusi platform seperti Shopee dan Lazada.

Hasbro Malaysia turut mengumumkan berita baik dengan pengenalan koleksi pengumpul setia iaitu The Transforming Series Deluxe dan Voyagers.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI