
Makan sekali sehari memang boleh mempercepatkan penurunan berat badan. Tetapi ia adalah amalam yang salah dan tidak sihat.
Tahukah anda sebenarnya ‘makan’ ini bagus untuk kesihatan. Tetapi haruslah berpada-pada. Jangan pula anda makan apa yang diidamkan tanpa melakukan senaman ya!
Di sini kami berikan pada anda akibat kalua makan sehari sekali tanpa ada apa-apa back-up plan.
#1: Kemampuan otak menurun
Apabila anda tidak makan, badan memerlukan glukosa dari makanan untuk otak menjalankan tugasnya seperti mengingati, berfikir dan menumpukan perhatian. Jadi jika anda hanya makan sekali, otak anda tidak dapat berfungsi dengan baik.
#2: Tekanan darah dan gula melonjak naik
Menurut kajian The American Journal of Clinical Nutrition berkata, jika perut yang kosong seharian di isi dengan makanan, tekanan darah serta gula anda boleh melonjak naik secara tiba-tiba.
#3: Kekurangan nutrisi penting
Apabila perut lapar, anda akan lebih memilih makanan seperti daging dan nasi, hal ini menyebabkan anda terlepas pandang atau lupa untuk mengambil sayur-sayuran atau buah-buahan. Jadi, tubuh badan akan kekurangan nutrisi penting.
#4: Gangguan pencernaan
Makan tiga kali sehari akan lebih melancarkan proses pencernaan berbanding makan sekali sehari, ini kerana perut atau usus perlu berkerja lebih keras untuk memproses makanan yang dimakan. Malah, kesan sampingan itu anda mungkin akan merasa loya tekak atau sakit dada.
Kenapa Bunyi Earphone Ada Best & Tak Best? Sebabnya Anda Tak ‘Check’ Hujung Dia!

Kenapa Bunyi Earphone Ada Best & Tak Best? Sebabnya Anda Tak ‘Check’ Hujung Dia!
“Eh, kenapa earphone baharu ni bunyi dia tak best? Tak macam earphone lama. Yang lama dengar muzik sedap sikit bunyinya!”
Pernah tak timbul persoalan sebegini sewaktu anda bertukar-tukar menggunakan earphone untuk mendengar apa-apa lagu kegemaran anda?
Jika pernah, jawapannya adalah kerana setiap bicu audio memiliki fungsi yang berbeza dan ia dapat dikenal pasti menerusi jalur yang ada pada hujung wayar.
Misalnya, ada yang satu jalur, dua jalur, tiga jalur dan kadang-kala ia tersedia dengan fungsi USB.
Perbezaan empat jenis penghujung wayar ini turut dikenali dengan terma seperti berikut:
1. TS (Tip and Sleeve)
Fungsi ini hanya boleh menyokong audio mono sahaja tanpa kesan stereo. Kebiasaannya, ia boleh didapati pada wayar untuk gitar elektrik.
2. TRS (Tip, Ring and Sleeve)
Fungsi TRS adalah menghasilkan audio-audio stereo yang membezakan bunyi antara fon telinga kanan dan kiri. Jalur tersebut mempunyai fungsi menebat yang membezakan satu fungsi kepada fungsi yang lain.
3. TRRS (Tips, Ring, Ring and Sleeve)
Kebiasaan digunakan pada telefon pintar moden. Mempunyai dua bahagian untuk audio (stereo) satu bahagian lagi untuk mikrofon. TRRS juga mempunyai fungsi untuk memberi isyarat seperti contoh menamatkan panggilan.
4. Jenis USB
Audio dan mikrofon disambung bersama ke bicu menggunakan penyambungan USB.
Sumber rujukan: Wiser.my, Geeksmate dan Headset Buddy
Diet Tegap Body Sado, Sumber Protein Ayam Atau Ikan Jadi Pilihan

Tak dapat dinafikan sumber makanan haiwan utama yang dimakan oleh rakyat Malaysia ialah ayam dan ikan.
Namun bagi anda yang berdiet dan ingin mendapatkan bentuk badan yang cantik pasti tertanya-tanya pilihan manakah yang lebih baik. Adakah ayam atau ikan?
MASKULIN yakin ramai yang berada dalam dilema seperti ini. Bagi anda kedua-duanya sedap namun yang mana satu lebih sihat, berkhasiat serta dapat membantu badan anda menjadi lebih menarik.
Usah risau kerana MASKULIN ingin kongsikan keresahan anda itu dengan perkongsian di bawah.
Ayam
Ayam mungkin merupakan pilihan utama berbanding ikan secara umum dalam kalangan masyarakat. Ia mungkin disebabkan rasanya yang lebih sedap (sangat subjektif) atau lebih penting adalah harganya yang lebih murah berbanding ikan.
Jika anda ingin fokus kepada menambah jisim otot tanpa kalori yang tinggi, ayam adalah pilihan yang baik sebagai sumber protein. Namun, sebaiknya adalah membeli ayam tanpa kulit untuk pilihan yang lebih sihat. Selain itu, ayam juga kaya dengan vitamin B.
Salah satu daripada isu yang timbul adalah banyak ayam yang diternak secara komersial diberikan antibiotik dan hormon pembesaran. Ayam yang dijual mungkin tidak 100% semula jadi. Oleh itu, sila berhati-hati dalam memilih jenis ayam.
BACA: Bersenam Tapi Berat Tak Turun? Ikuti Cara Diet & Senaman Terbaik Ikut Bentuk Badan
Ikan
Ikan sememangnya sumber protein yang tinggi. Selain itu, ia mempunyai kandungan yang sangat penting iaitu omega 3 yang tidak boleh dihasilkan oleh badan. Antara manfaat omega 3 adalah meningkatkan memori, mengurangkan keradangan dan memberikan jantung yang lebih sihat.
Sesetengah ikan mungkin mempunyai lebih vitamin B. Contohnya, kandungan vitamin B-12 di dalam ikan salmon adalah lebih tinggi berbanding ikan lain dan juga ayam. Ikan ini juga kaya dengan vitamin D yang penting untuk kesihatan tulang.
Antara kebimbangan yang ada pada ikan adalah kandungan merkuri yang terdapat di dalamnya. Beberapa jenis ikan mengandungi kadar merkuri yang tinggi termasuk makarel raja, ikan yu, tilefish dan ikan todak. Ibu mengandung terutamanya harus elakkan pengambilan ikan dengan kandungan merkuri yang tinggi.
Apakah pilihan terbaik?
Realitinya, tiada satu pun makanan yang boleh membekalkan semua jenis nutrien kepada badan kita. Oleh sebab itu, kita perlu mengambil pelbagai jenis makanan bagi memastikan semua jenis nutrien dapat diperoleh. Sama juga seperti ayam dan ikan. Jika ingin dibandingkan, kedua-duanya tidak jauh berbeza. Kemungkinan ikan mendahului ayam dari sudut omega 3.
Walau bagaimanapun, mengambil kedua-duanya secara bergilir adalah cara yang terbaik agar khasiat daripada kedua-duanya dapat dimanfaatkan. Tapi jangan sampai berlebihan!
Trik Mudah Buat Wanita Jatuh Hati Pada Anda, Salah Satunya Beri Perhatian Bila Dia Bercakap

Lelaki memang terkenal dengan sikap ego yang tinggi. Itu tidak dinafikan memang ada pada setiap manusia bernama lelaki. Namun ketahuilah bahawa ego yang tinggi melangit juga boleh membunuh perwatakan hebat seorang lelaki.
Pernah dengar kes lelaki yang ada segala-galanya serta cukup serba-serbi namun masih lagi belum berumah tangga? Jawapannya mudah, kerana dia tidak pasti bagaimana untuk menyelami jiwa kompleks seorang wanita.
Kali ini MASKULIN berikan sedikit tip & trik bagaimana nak buat wanita mudah jatuh hati pada anda.
BACA: Ahli Psikologi Ini Tunjuk Cara Jadi Pendengar Setia Kepada Rakan Yang Tidak Sihat Emosi
1. Cuba cari & ketahui minatnya
Di zaman moden kini, nak tahu sesuatu tidak sesukar dahulu, anda hanya dapatkan nama social media miliknya dan anda bebas untuk ketahui minat serta kesukaannya. Namun, harus ada titik sempadan terhadap cari dan stalker. Di instagram contohnya, bila tengah usha gambar, kawal jari agar tidak sengaja ter ‘like’ gambar lama milik wanita idaman anda.
2. Buat dia rasa selesa
Bila sudah ada peluang untuk berjumpa dengannya. Pastikan anda buat dia rasa selesa dengan kehadiran anda. Waktu macam ini kawal segala tingkah laku pelik anda. Apa yang penting adalah untuk pastikan dia selesa serta mempunyai peluang untuk janji temu kali kedua.
3. Berikan perhatian kepadanya
Pastikan ketika bersama dengannya, anda letakkan phone dalam keadaan silent mode. Hanya periksa telefon bila dia tidak bersama anda contohnya bila dia ke tandas atau sebagainya. Wanita memang dahagakan perhatian, sebab itu bila dia bercakap, pastikan anda tenung matanya dan fokus setiap butir bicaranya. Sekurang-kurangnya, dari 10 point, dapat 7 sudah memadai. Dia pun tidak rasa seperti anda tidak mempedulikannya.
4. Jaga perasaannya, kalau tidak tiada ‘next level’
Bila anda sudah mula serius dengannya, pastikan segala apa yang tidak disukainya anda sudah peka. Ini untuk mengelakkan anda daripada tidak sengaja terbuat kerana wanita sangat particular dengan perkara sebegini. Contoh paling mudah, berkata benar walaupun pahit.
5. Cuba berkenalan dengan keluarganya
Jika step ini anda sudah mahir, tidak lama lagi rakan anda bakal menikmati nasi minyak di kenduri perkahwinana anda. Wanita bila sudah suka dan bersedia, dia pasti akan cuba mengajak anda untuk bertemu keluarganya. Tahniah bro.
BACA: Nak Kekal Kurus & Sihat, Lelaki Kena Selalu Bangun Awal Pagi, Ini 5 Kebaikannya
6. Sentiasa bersabar
Lelaki dinasihatkan jangan gelojoh. Semuanya mengambil masa. Sesuatu yang baik tidak datang dengan segera. Percayalah.